Pages

Sabtu, 12 Oktober 2024

Kibarkan Jalur Gemilang Sempena Hari Malaysia 16 September di Lahore

Bismillahirrahmanirrahim.
Kebetulan kami tiba di Pakistan bersamaan dengan tarikh Hari Malaysia 16 September 2024. Jusna mengingatkan kami supaya membawa bersama Jalur Gemilang, dan pada masa yang sama kami juga membawa sepasang pakaian tradisional sebagai identiti rakyat negara Malaysia yang tercinta. Itulah, kami wakil individu glokal yang mengekalkan jati diri walaupun berada di peringkat global tetapi berpegang teguh pada jati diri lokal (tempat tumpah darah). Ececeehhhh.....

Walaupun hari sudah siang tetapi ruang lobi sunyi sepi! Apabila keluar ke pintu masuk kelihatan beberapa orang pekerja sedang membersihkan halaman hotel, menyiram pokok bunga di pasu dan mengangkat permaidani yang basah, mungkin malam tadi hujan!

Sementara menunggu rakan-rakan turun dari bilik masing-masing, dan menantikan pukul tujuh untuk bersarapan baiklah ambil gambar di sekitar hotel dahulu dengan Gee.


Berpakaian baju kurung Kedah sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah di hadapan Hotel Ramada.


Bergambar di jalan pintu masuk hotel berhampiran pondok keselamatan.


Bergambar dengan Gee yang segak berkebaya!


Masuk semula ke ruang lobi. Masih belum terlihat kelibat kawan-kawan.



Ruang ini juga masih kosong. Terbayang pukul 2 pagi waktu Pakistan (pukul 5 pagi waktu Malaysia) kami duduk di sini sambil menikmati minuman jus nanas yang dihidangkan oleh Salman Khan.


Sempat merakam wajah letih lesu sebaik sahaja tiba di hotel!


Semalam penuh tetamu di sini, pagi ini lengang!
Mungkin masing-masing sedang melayan letih di bilik.



Tidak lama kemudian Gee beritahu boleh masuk ke dewan makan untuk sarapan. Ketika sedang bersarapan itulah kawan-kawan yang lain sampai.




Selesai sarapan, ambil gambar kenangan berbaju kurung Kedah sedondon lain warna dengan Nano.



Baju kurung Kedah ini pun last minute baru sampai. Hendak terbang ke Kuala Lumpur pada 14 September, baju sampai pada 13 September! Terima kasih Nano, tolong order sekali untuk kita.


Jom ambil gambar dengan Jalur Gemilang.
Alamak, tak cukuplah gang kaki jalan enam orang!


Wokey.
Gambar yang ini cukup enam orang.


Jom kita kibarkan Jalur Gemilang di luar pula.
Malaysia Madani : Jiwa Merdeka!

13 ulasan:

  1. Sweetnya semua pakai baju kurung dan kibarkan jalur gemilang di Pakistan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Jiwa merdeka... walau di mana berada, Malaysia tetap di hati.

      Padam
  2. sweet berbaju Kedah. Berkibar bendera di Pakistan ek.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... bawa identiti negara walaupun kelihatannya kecil sekali.

      Padam
  3. Terbaik.. Semangat Malaysia tetap di hati tak kira di mana berada.

    BalasPadam
  4. tuuu diaaa semangat lg💪🇲🇾

    BalasPadam
  5. Cantiiiiiiiik nya semuaaa 😍😍👏. Memakai baju kurung di negara orang saat hari Malaysia yaa 👍. Keren kaan. Nasionalis sekali... ☺️

    BalasPadam
  6. Terbaik kak Amie and the geng kaki jalan sebab bawa semangat kemerdekaan sampai ke sana. Bagus juga idea tu.

    BalasPadam
  7. Semangat anak Malaysia sehingga ke Pakistan!

    BalasPadam
  8. Terlihat anggun dan cantik dengan mengenakan pakaian adat Malaysia, Mbak.
    Dan foto terakhir menggambarkan kebanggaan sebagai warga negara Malaysia...

    Salam,

    BalasPadam
  9. Seronoknya sambut Hari Malaysia di Negara orang

    BalasPadam