Pages

Jumaat, 11 Oktober 2024

Penerbangan Batik Air Kuala Lumpur - Lahore : Lapangan Terbang Antarabangsa Allama Iqbal

Bismillahirrahmanirrahim.
Jadual penerbangan Kuala Lumpur - Lahore:

  • 15 September 2024 - Ahad
  • Departure : 1905 - waktu Malaysia
  • Arrival : 2205 - waktu Pakistan
Penerbangan lewat : 1905 ditunda ke 2025.
Waktu penerbangan sebenar : 2110.


Terbang seadanya dengan menaiki penerbangan Batik Air OD131, pesawat tiga bintang. Segala kemudahan adalah hanya yang asas, tidaklah setanding dengan pesawat antarabangsa yang lain namun dapat membawa kami ke destinasi yang dituju. Ketika pesawat berusaha untuk meluncur naik, terdengar segala sendi-sendinya berkeriuk di sana-sini. Bismillah. Aku bertawakal kepada-Mu ya Allah.


Pukul 2210 - kami dihidangkan dengan makanan yang khas ditempah oleh agen pelancongan. Ketika itu leher sudah terkulai layu di bantal tengkuk tetapi usahakan juga untuk buka mata sebab memang perut berasa sangat lapar! Nasi Goreng Flavoured Satay Chicken yang masih panas habis licin masuk ke perut. Alhamdulillah. Minum pula air mineral 300 ml. Harap-harap perut tidaklah meragam di dalam pesawat. Toilet Batik Air agak tersorok kedudukannya berbanding pesawat lain yang meletakkan pintu toilet di bahagian tengah.

Nasi Goreng Flavoured Satay Chicken

Syukurlah, perut kita sporting sepanjang penerbangan. Masuk jugalah sebentar ke toilet takut tidak dapat menahan sehingga kapal mendarat di Lahore.

Lapangan Terbang Antabangsa Allama Iqbal di bandar Lahore, Pakistan

Ketika sedang lena dibuai mimpi, kedengaran pengumuman dalam pesawat untuk spray ruang pesawat atas arahan pihak berkuasa tempatan. Penumpang diminta menutup hidung sekiranya rasa terganggu. Melihat jam, sudah pukul 1:57 waktu Malaysia. Pukul 2:30 pagi waktu Malaysia juga, pesawat Batik Air selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Allama Iqbal di bandar Lahore, Pakistan.


Pukul 11:55 waktu Pakistan, kami sudah berada di ruangan tuntutan bagasi. Kalau sekarang menunjukkan pukul 11:55 waktu tempatan, bermakna di negara kita sudah pukul 2:55 pagi! Begitu dan begini, akhirnya kami bertemu dengan tour guide Pakistan, Mr. Mudassir. Seterusnya kami menaiki van untuk bergerak menuju hotel. Di pertengahan jalan, van patah balik ke lapangan terbang.
Kenapa patah balik?
Rupanya tour leader kami, Encik Musjid tertinggal di lapangan terbang!
Astaghfirullahalazim!
Apa cerita sebenarnya ini wahai Mr. Mudassir and driver?


Dan akhirnya menjelang pukul 1:39 pagi waktu tempatan (4:39 pagi waktu Malaysia), sampailah kami di Hotel Ramada.

Tengok signboard begini di pintu masuk hotel, rasa lain macam pulak!

Jambangan bunga segar menyamabut kedatangan kami.

Dengan mata terkebil-kebil seperti anak kecil dibangunkan sahur, begitulah kami pada waktu dinihari baru hendak jumpa tempat tidur.


Sekonyong-konyong kelihatan Salman Khan datang menatang sedulang minuman untuk kami!


Alhamdulillah, walaupun waktu dinihari dihidangkan jus buah nanas tetapi rasa segarnya yang melintasi tekak turut menyegarkan sedikit pandangan mata kami sementara menunggu waktu mengambil kunci bilik.

Bukan gelas kecil yang dihulur, tapi gelas besar penuh berisi jus nanas yang sungguh lazat.

Jus Nanas

Chicken Pulao Rice & Kabab

Kami turut dibekalkan dengan makanan malam yang dibungkus dan masih panas. Sampai di bilik sudah pukul 2:07 pagi waktu tempatan dan pukul 5:07 pagi waktu negara kita. Rasanya seperti hendak bersahur pula. Amie tidak sentuh makanan berupa nasi pulao itu. Gee, rakan sebilik cadangkan supaya Amie berikan nasi bungkus kepada pekerja hotel yang akan menghantar beg kami ke bilik. Selesai!

Nasi Biryani Pakistan

Cepat-cepat masuk bilik air, cuci muka dan berus gigi serta mengambil wuudhu' untuk solat jamak takhir isya' dan maghrib. Waktu solat subuh di sini dijadualkan pada pukul 4:20 pagi. Ini bermakna ada lebih kurang dua jam untuk sambung tidur! Esok pagi sajalah mandinya.

Penatnya rasa badan, hanya kambing biri-biri saja yang tahu sakitnya kalau dicemeti oleh tuan gembalanya!

17 ulasan:

  1. Ai.. boleh pulak tour leader tertinggal di airport 😂😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah... sudah larut malam menjelang dinihari baru sedar tour leader tertinggal di airport!

      Padam
  2. 🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣 kalau cust yg tertggl tu biasa tp tour leader tertinggal? adoiiiiiiiiii drama pakistan betul ni🤣🤣🤣🤣🤣🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... sudah mengantuk!
      Dah terbayang tilam empuk di hotel.
      Tetiba van patah balik ke airport ambil tour leader tertinggal.... haruuu betul!

      Padam
  3. adoiii... itu lawak. TG tertinggal pulak. Wecoming jus nanas tu nampak segerrr

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak masuk dek akal pula bila fikirkan kembali macamana tour leader boleh tertinggal.

      Padam
  4. Adoi.. Part tour leader tertinggal.. Ini kelakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sangat kelakar. Mari kita ketawa sama-sama.

      Padam
  5. Alalaaa tour leader tertinggal di airport haha. Jus tu nampak sedap betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap dan segar jus nanas tu. Rasa hendak minta lagi, tapi cukuplah segelas besar. Harap-harapnya esok pagi jumpa lagi waktu sarapan.

      Padam
  6. hahaha.. boleh kan tertinggal ye. dah la lewat sampai ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entahlah... agaknya masing-masing sudah letih menunggu, ditambah pula keadaan malam yang agak gelap hanya samar-samar cahaya di bahagian luar airport. Mungkin tak perasan tour guide tertinggal.

      Padam
  7. Kocak lah mereka, bisa tertinggal tur guidenya 🤣🤣🤣.

    Saya pun melihat signboard weapon ini langsung ngeri2 sedap kak Amie 😅. It means banyak yg bawa weapons di sana yaa 😅.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lucu banget sampai tour guide tertinggal di airport kan.
      Pertama kali melihat signboard weapon teringat pula suasana ketika turun kapal terbang di Srinagar menuju Khasmir. Banyak tentera berkawal di sana.

      Padam
  8. Cantik kapal terbang batik air ni. Lapar memang tak boleh bawa bincang. Nampak nasi lagi tak sabar nak menyuap. Aduhaii boleh pulak tour leader tertinggal. Tak pasal pasal kena patah semula. Alamak, seram pula tengok signboard gambar weapon tu kak Amie. Lain macam dijamukan jus nanas. Mujur sedap dan perut tak meragam.

    BalasPadam
  9. Mesti mata rasa berpasir, minum jus nenas pun tak dapat mengembalikan kesegarannya.

    BalasPadam
  10. lucu plak bila tour leader tertinggal di airport ye...dapat bayangkan freshnya jus nanas tu...

    BalasPadam