Bismillahirrahmanirrahim.
Sewaktu daftar masuk di Jawi Peranakan Mansion, petugas di kaunter berpesan supaya kami singgah minum petang di Chowrasta Market Penang. Katanya di situ ada cucur udang yang sedap dan garing. Keesokan petangnya kami jalan-jalan ke tempat tersebut berpandukan WAZE. Tiba-tiba mata terpandang papan tanda Ais Tingkap Penang! Memang pernah terbaca beberapa kali tentang Ais Tingkap Penang! Jadi, Amie pun minta Fuad berhenti di tempat tersebut.
Sayang sekali, rupanya orang ramai sedang beratur menanti giliran untuk membeli di Ais Tingkap Penang. Tempat letak kereta pula penuh. Terpaksalah Fuad berpusing mencari tempat letak kereta di bahagian atas (entah apa nama bangunan tersebut).
Empat jenis minuman yang dibeli di Ais Tingkap Penang |
Barisan kedai-kedai menuju ke Ais Tingkap Penang. Gambar diambil sewaktu menuruni anak tangga tempat letak kereta, menuju ke Ais Tingkap Penang.
Ketika ini jam menunjukkan angka 4:16 minit petang. Alang-alang sudah sampai sini, teruskan sajalah hasrat hati hendak merasa Ais Tingkap Penang.
Ais Tingkap Since 1919 |
Ketika beratur, terdengarlah keluhan beberapa orang di situ. Ada yang mengatakan tak sanggup menunggu sebab terlalu lama berdiri. Terdengar suara memujuk, katanya tak lama lagi sampailah giliran. Fuad, Encik Suami dan Abang Farid pula meninjau-ninjau barisan gerai makanan di tepi jalan berhampiran Ais Tingkap Penang. Sementara itu Amie dan Firdaus menunggu dalam barisan. Beberapa minit kemudian Fuad kembali dan beritahu terjumpa Penang Famous Chowrasta Cucur Udang.
Alhamdulillah.
Akhirnya jumpa juga tempat yang dimaksudkan oleh petugas kaunter Jawi Peranakan Mansion. Oleh kerana kerusi meja yang disediakan di Ais Tingkap Penang sudah penuh, jadi eloklah ke Penang Famous Chowrasta cucur Udang sahaja.
Akhirnya jumpa juga tempat yang dimaksudkan oleh petugas kaunter Jawi Peranakan Mansion. Oleh kerana kerusi meja yang disediakan di Ais Tingkap Penang sudah penuh, jadi eloklah ke Penang Famous Chowrasta cucur Udang sahaja.
Ais Tingkap yang dihasilkan di sini menggunakan 25 rempah asli dengan kebanyakannya diimport dari India. Kedai ini diasaskan oleh Allahyarham Seeni Rowther dan dijual menerusi tingkap kedai pada permulaan operasinya di Lebuh Tamil dekat sini, pada 1919.
Perniagaan itu kemudian diusahakan generasi seterusnya, Allahyarham Abdul Majid Seeni Rowther dan Allahyarham Seeni Mohamed Abdul Majid. Ais Tingkap Penang pernah disenaraikan sebagai antara 50 juadah yang perlu dinikmati di Pulau Pinang pada 2017, selain turut mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa.
Sumber : Ais Tingkap Sambut Ulang Tahun ke-100
Sekarang gerai itu tidak bertingkap, hanya berbumbung, tetapi di lokasi yang sama. Air sarbat disediakan dengan menggunakan resipi keluarga dan kini dikendalikan oleh generasi ke-5. Dikatakan bahawa air sarbat yang mengandungi campuran getah anggur, kembang semangkuk, biji selasih , air dan isi kelapa, sirap merah dan lain-lain menjanjikan kelazatannya yang tersendiri. Boleh juga memesan Cendol Kacang Merah yang meriah dengan ais sagat, cincau, susu cair,air akar sarbat yang amat sedap dengan santan berlemak dan titisan sirap gula merah!
Sumber: 101 Resipi Destinasi Makan Popular Pulau Pinang Olahan Chef Selebriti Chef Hussin Khan
Beratur dari pukul 4:16 minit, dan pada 5:17 minit petang barulah dapat beli empat jenis minuman di sini:
- Ais Sarbat Laici
- Ais Sarbat Sirap Selasih
- Cendol Special
- Ais Kapai Special
Harga? Tak ingat dah.... maklum hanya tinggal gambar kenangan...hiks!
Keempat-empat minuman ini kami bawa ke Penang Famous Chowrasta Cucur Udang. Beli empat sahaja Ais Tingkap Penang sebab Encik Suami hendak minuman panas. |
Cendol Special |
Ais Kapai Special |
Ais Sirap Selasih |
Kami hanya memesan dua piring cucur udang campur tauhu goreng sahaja.
Kuahnya sedap!
Selesai makan cucur udang, kami hendak pulang tetapi jalan-jalan dahulu di sekitar. Nampaknya para pelanggan masih berbaris menunggu giliran di Ais Tingkap Penang.
Sabar sungguh mereka berbaris menunggu giliran. |
Di sebelah hujung barisan Ais Tingkap Penang ada Kedai Jeruk Madu Pak Ali.
Ronda-ronda dahulu sebelum balik ke hotel.
Terpandang buah pala segar! Kita pernah nampak buah pala atas pokok di kebun orang. Waktu itu (waktu Abang Farid umur setahun setengah) kita temankan Encik Suami tanam pokok jagung di kebun. Perjalanan ke kebun jagung melalui kebun orang, jadi sempatlah berhenti melihat buah pala yang lebat atas pokok!
Dapatlah beli beg jinjing @ tote sebagai kenangan datang ke Pulau Pinang.
Sekian.
Catatan kenangan suatu petang di Georgetown.
Kalau sampai beratur2 tu petanda mmg sedap. Dan ternyata air tu mmg nampak sedap2 semuanya.
BalasPadamFirst time nampak fresh buah pala. Selalu yg jeruk je.
Kira hebatlah juga Ais Tingkap Penang ni. Lebih 100 tahun umurnya bertahan.
PadamYe k amie kena beratur panjang
BalasPadamMasa sy pegi pun adoiii sb nk jga kan ktorg duduk tepi suh anak buah beratur ha haa
Hahahaa... Fuad kata dah alang-alang sampai sini, ikut beratur sajalah. Kalau tidak, nanti dah balik kampung terkenang-kenang pula.
PadamPernah rasa ais jendela di PJ, mmg jauh beza dgn ais tingkap penang...sedap betul nmpknya..lawa design beg..I like!!
BalasPadamBeruntunglah saya dapat rasa Ais Tingkap Penang kan. Berbaloi beratur panjang hihihii.
PadamDari jauh saya terpikat warna beg yang tergantung tu... rembat dua walau warna hampir sama. Sebab dah tersuka.
kalau saya pun memang tak lepas peluang merasai ais tingkap penang tu. tapi anak anak mesti tak sudi, diorang tu ABC pun minta yang kosong taruk susu dan sirap aje..
BalasPadamTeringin juga merasa ATP yang legend tu.
PadamSeronok tengok kemeriahan tetamu di Penang. Penang memang tak mengecewakan, banyak tempat boleh kita singgah terutama tempat makan dan membeli buah tangan.. Tak pernah jemu ke Penang..
BalasPadamSejak anak bekerja di Penang sudah tiga kali kami berkunjung tapi sekejap=sekejap saja. Jadi, adalah alasan untuk selalu datang sebab banyak tempat belum dijejak.
Padammemang viral ais tingkap ni kat Penang , beratoq manjang :)
BalasPadamRasanya cukuplah sekali datang sini hihihiii... tak sanggup beratur tunggu giliran.
PadamSy kalau ke Ais Tingkap tu beli yg dah siap jer Kak Amie, takyah beratur. Cuma feel dia lain la, rasa dia sama, heheh.
BalasPadamLain kali kalau ada rezeki tersinggah lagi, mungkin beli ais sarbat yang dah siap tu. Tak yah beratur panjang.
Padamwahhh packaging pun dah cun daaa
BalasPadamlagi ramai laaaaa yang beratur nanti...
kuasa viral ni bukan boleh kira....
Kan Anies.
PadamSanggup jew diorang beratur panjang.
Kak Amie pun apa kurangnya hihihiii.
Kalau SA x tau la sanggup ke beratur macam tu punya panjang....wah packaging dia dah menarik dah...
BalasPadamMulanya memang rasa tak sanggup tapi melihat jual beli nampak lancar, tunggu sajalah giliran.
PadamYa Allah rasa nak terbang ke Penang saya kak 😍😍😍😍. Saya tak pernah coba Ais tingkap nih. Lihat bentuknya saya rasa lebih sedap drpd cendol di Penang yg famous sangat itu.
BalasPadamCucur udang pun menarik. Sempat coba saat di KL. Yg dipenang nantilah, masuk bucket list dulu 😄
Datanglah ke Ais Tingkap Penang. Memang meriah.
PadamTapi yang cucur udang itu, tempatnya pada pandangan Kak Amie agak kurang selesa dari segi kebersihannya sebab ada aroma dan berhampiran longkang pula. Mungkin boleh cari gerai lain yang lebih gterjamin tahap kebersihannya.
Fuhhh lama jugak tu beratur kak Amie. Tapi tulah dah alang alang datang rasa rugi pula kalau tak cuba kan. Nampaknya kat sini tak pernah surut dengan ramai orang. Sentiasa meriah je suasananya.
BalasPadam