Bismillahirrahmanirrahim.
Pukul 10:30 pagi, kami meninggalkan Astaka Taman Tun Sardon yang terletak di Gelugor. Menjelang pukul 12 tengah hari, kami tiba di LOTUS Sungai Petani Selatan. Setelah meronda-ronda seketika, kami singgah di Medan Selera.
Miang Kham |
Amie : Sup Ayam dengan Telur Pindang |
Abang Farid hendak makan pasembur. Agaknya tidak puas makan pasembur di Anjung Gurney. Kalau kelmarin makan pasembur di Gani Famous Pasembur kuahnya merah pekat, kali ini kuahnya kurang menyala.
Kami beli juga pulut mangga dan Vietnam Roll.
Tak sempat hendak merasa pasembur, Abang Farid sudah habiskan sepinggan! Sedap sangat kot. Sampai sekarang Fuad asyik usik Abang Farid : Bila lagi hendak datang Penang makan pasembur!
Firdaus pula memilih ayam goreng.
Sebenarnya perut tidaklah berasa lapar sangat sebab sudah diisi di Astaka Taman Tun Sardon. Saja jew santai-santai di sini sambil makan-makan.
Sedap betul pulut mangga, lemak manis berkrim!
Tambah seronok apabila dapat jumpa Miang Kham!
Belilah satu set. Harganya pun tak ingat! Mungkin dalam RM6.90 begitu.
Belilah satu set. Harganya pun tak ingat! Mungkin dalam RM6.90 begitu.
Bentang daun kaduk sehelai dua, makanlah sedikit di sini.
Selebihnya bawa balik ke hotel. Boleh sambung makan di bilik.
Bestnya Kak Amie dapat berkumpul anak beranak, dapat makan macam² di bumi Malaya. Sayangnya Fairuz tak ada. Kalau tak, dah cukup korum. Teringin pulak nak makan Miang Kham.
BalasPadamItulah, tak cukup korum. Kalau berkumpul begini disebut-sebutlah nama Fairuz oleh abang dan adiknya.
PadamSukanyaa miang kham..lama x makan, klu dekat opis lama kan selalu dieorang buat..
BalasPadamKalau makan ramai-ramai, memang tak sedar entah berapa helai daun kaduk masuk perut.
Padamsedapnya..miang kham
BalasPadamMemang sedap, makan tak tahu nak berhenti.
PadamJauh Miang Kham berjalan! hehehe
BalasPadamAlhamdulillah, Miang Kham berjalan sampai Sungai Petani.
PadamWah saya gak tau banyak makanan ini, jarang dengar namanya juga Miang Kham...kalau Pulut mangga sih tau kak.😁... presentasi nya cantik banget.
BalasPadamMiang Kham ini makanan popular orang Siam / Thailand. Kalau pergi ke belah utara semenanjung Malaysia biasanya boleh jumpa Miang Kham di Perlis, Kedah dan Kelantan.
PadamMiang Kham tu pernah cuba sekali dan saya suka juga. Pulut mangga tu kegemaran Dania.
BalasPadamSama, pertama kali cuba Miang Kham saya boleh terima. Dan seterusnya....
PadamBestnya Amie... dapat berkumpul anak beranak. Macam2 makanan ada dijual di Lotus Sungai Petani rupanya, baru tahu. Balik kampung nanti bolehlah singgah. Teringin juga nak merasa miang kham, susah dapat miang kham ni.
BalasPadamYa, banyak makanan di Medan Selera LOTUS Sungai Petani Selatan. Ada nasi arab, ada nasi kandar, makanan Siam dll.
Padamwahhhh best ni
BalasPadambleh pesan kat abang tlg beli kan
hehehe...
lama jg tak makan miang kham ni
Dulu kat area office SA ni ada Kelantan Delight...selalu makan kat situ..memang akan order Miang Kham...sedap sesekali layan
BalasPadamOh di tempat lain di Malaysia tak ada pasembur kah kak? Atau Krn pasembur asalnya memang dari Penang juga, seperti nasi kandar?
BalasPadamSaya sukaa pasembur, tapi tuhlah.. kdg jumpa yg sedap, tapi pernah juga tak sedap.
Miang kham ini saya pernah denger, tp tak pernah makan. Cuma kalo saya lihat dr foto di atas, ada pakai bawang merah mentah ya? 😅😅. Saya tak bisa makan kalo ada itu 🤣
Rare sup ayam dengan telur pindang tu. Biasa telur pindang popular di Johor je. Miang kham ni saya pun tak pernah makan lagi. Kalau dah jumpa orang jual, rugi kalau tak beli dan cuba rasa. Murah juga harganya tu berbanding masa viral dulu. Ke memang murah harganya.
BalasPadam