Bismillahirrahmanirrahim.
Apa khabar rakan-rakan blogger.
Rindu rasanya hendak berblogging setelah berhibernasi buat seketika dari dunia maya. Selamat bertemu kembali dan marilah sama-sama terus memeriahkan rumah kita. Terima kasih buat semua yang sudi berkunjung dan bertanya khabar menerusi emel.
September ini, banyak ceritanya tetapi kita ambil yang baik-baik saja supaya terus menjadi bekal kegembiraan untuk menyambut bulan Oktober.
Dalam entri September setiap tahun sudah semestinya Amie catatkan kenangan sambutan ulang tahun ketiga-tiga anakanda yang berkongsi bulan kelahiran yang sama iaitu Fuad (14 September 1998), Fairuz (19 September 2001) dan Abang Farid 30 September 1995).
14 September 2024, perancangannya itulah tarikh pernikahan anakanda Fuad, di hari ulang tahunnya atas cadangan bakal bapa mentuanya. Bagaimanapun, suratan takdir mengatasi tadbir hamba-Nya. Untuk kedua-duanya, kami ibu bapa kedua belah pihak hanya mampu mendoakan dari jauh supaya masing-masing mengambil iktibar atas segala yang berlaku. Belajarlah dari pengalaman lalu agar lebih matang dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan penting dalam hidup.
19 September 2024, ulang tahun anakanda Fairuz. Fairuz sudah berani melangkah mengejar cita-citanya sendiri. Selain membekalkan ikan, anakanda ketiga ini menjadi mekanik. Isnin hingga Jumaat bekerja di bengkel, manakala hari Sabtu dan Ahad menghantar bekalan ikan di pasar raya sekitar Bandaraya Kota Kinabalu. Nampaknya Fairuz memang bertekad tidak mahu sambung belajar walaupun bertahun lamanya kami memujuknya untuk menimba ilmu di IPT. Jika itu memang kemahuanmu anakanda, kami doakan agar dirimu sentiasa teguh dengan pendirian dan semoga terus berjaya.
30 September 2024, hari ini hari ulang tahun anakanda sulung kami Abang Farid. Masih teringat tengah malam 30 September 1995 mula sakit perut dan mundar-mandir menahan sakit sambil menanda kertas Peperiksaan Percubaan SPM murid-murid. Menanda kertas sambil berdiri, sekejap duduk dan sekejap berjalan! Esoknya 8:20 minit pagi lahirkan anakanda kami. Sekarang Abang Farid sudah berumahtangga dan sudah memiliki Hamzah berusia tiga bulan setengah. Alhamdulillah, Abang Farid juga telah berjaya menyiapkan kerja penyelidikan Ph.Dnya pada tahun ini.
Sekian, coretan di akhir September.
Jumpa lagi di bulan Oktober.
nk tgk tragedi oktober pulak., hehe
BalasPadamHarap tragedi yang positif ye Wak.
PadamWelcome back Kak Amie. Rinduuuu coretan Kak Amie.
BalasPadamHappy Birthday Fuad, Fairuz, Farid. Moga cemerlang dunia akhirat.
Terima kasih Mulan.
PadamKak Amie pun rindu nak jalan-jalan ke rumah Mulan.
Terima kasih doa untuk birthday 3F.
Welcome back Kak Amie!
BalasPadamWah, senang sambut birthday ketiga-tiga anak serentak sebab dalam bulan yg sama. Firdaus je la nampaknya lain dari yang lain sebab tak berkongsi birthday month dengan abang2 nya 😃
Terima kasih Carbeyz.
PadamYa, sewaktu ketiga-tiganya masih tinggal bersama kami memang sambut serentak sekali harung.
Betul, Firdaus sahaja yang berbeza bulan, lahir Mac.
Wah…meriah kalau sambut birthday 3 orang terus.
BalasPadamSemoga Allah kurniakan kejayaan dunia akhirat buat anak-anak kak Amie.
Betul Ujie.
PadamTerima kasih doa untuk anak kami 3F.
Sy juga tertanya² kemana Kak Amie menghilang... Apapun doa Sy sentiasa ada utk Kak Amie sekeluarga 🌹
BalasPadamSelamat Hari Lahir utk hero³ bertiga. Semoga terus sukses dlm apa jua bidang yang diceburi 🤲
Terima kasih doanya PH.
PadamTerima kasih ucapan untuk 3F. Amin ya Allah.
rindu kak amie...
BalasPadammoga yang baik2 semuanya untuk anakanda....
Sama Afzan, Kak Amie pun rindu Afzan dan rakan-rakan blogger.
PadamTerima kasih doa untuk 3F.
Kak Amie dah balik jalan2 ke?
BalasPadamSanah helwah utk ketiga2 hero Kak Amie.
Balik dah ke LD.
PadamTerima kasih ucapan untuk 3F.
welcome back kak Amie...
BalasPadamsenang la, sekali 3 org sambut birthday yer...
Terima kasih Mummy Ayu.
PadamYa, sambut sekali harung.
Firdaus sorang la yang lain bulan yek abang-abang semua boleh sambut hari jadi sekali. Lepas ni kene panggil Dr Farid la sebab dah dapat phd, tahniah Dr Farid ya. Kiranya paling tragis yang 14 september tu ye kak....
BalasPadamYa, betul tu. Firdaus yang lain bulan.
PadamAlhamdulillah. In syaa Allah Abang Farid akan dapat gelaran Doktor Falsafah.
Ya, 14 September perlu berdamai dengan takdir.
alhamdulillah tahniah sanah helwah anak2 September amie yg soleh kacak n hebat moga sukses dunia akhirat
BalasPadamTerima kasih doa Kak PI untuk 3F.
PadamAmin ya Allah.
Halo Mbak Amie apa kabar?
BalasPadamSemoga September yang telah berlalu menorehkan kenangan yang baik dalam hidup kita ya.
Wah...anak-anaknya lahir sama pada bulan September ya Mbak. Btw, hanya anak pertama saya yang lahir pada bulan September, tepatnya 9 September 1991.
Sukses selalu pada bulan-bulan mendatang ya Mbak.
Salam,
Khabar baik-baik saja Pak.
PadamAmin ya Allah, moga baik-baik semuanya untuk anakanda kami 3F.
Happy belated birthday untuk anakandanya yang lahir 9/9/1991. Cantik tarikhnya.
Saya senaaang sangaaat kak Amie sudah balik ke blog lagiiiiii 🤗🤗🤗❤️. Apapun , semoga skr kak Amie sudah lebih refresh dan semangat menulis kembali.
BalasPadamHappy belated birthday utk anak2 Kakak, triple F 🤗🎉. Saya baru sadar semua mereka memakai nama hurup F di awal yaa 😁👍
Semoga semuanya sukses dalam kehidupan dan selalu jadi kebanggaan mami papinya
Terima kasih dik Fanny.
PadamRindu dengan rakan-rakan blogger, tak sanggup berehat lama-lama hihihii.
Terima kasih ucapan untuk 3F.
Amin ya Allah.
welcome back Kak Amie
BalasPadamTerima kasih Mama Tisya.
PadamAlhamdulillah.. Semoga yg baik2 utk anakandanya..
BalasPadamPatot lama tak nmpk kak amie
Wahhh.. dah balik dari Pakistan ye. tunggu N3 je ni. happy belated to all the boys. senang kan dpt sambut sekaligus ni mmg best.
BalasPadamWelcome back Kak Amie...happy belated birthday buat ketiga2 putera Kak Amie..buat Fuad..semoga tabah...
BalasPadam