Pages

Rabu, 2 Oktober 2024

Menanti Kedatangan Anakanda Fuad di Jawi Peranakan Mansion

Bismillahirrahmanirrahim.
Sambungan catatan kelmarin yang tak siap kerana HP merajuk... ahaks!

Fuad selesai kerja pada pukul lima petang dan akan terus bergegas ke tempat penginapan kami. Sementara menunggu kedatangan Fuad, kami jalan-jalan di bahagian luar bilik dan terus ke pintu masuk.

Fuad tiba di Jawi Peranakan Mansion lebih kurang pukul 5:25 petang.


Gambar di ambil di luar bilik.



Ada almari berisi pinggan mangkuk yang boleh digunakan oleh tetamu.





Sudu dan garfu ditutup dengan kain.


Terdapat ruangan terbuka di bahagian luar menuju ke kolam mandi.


Kalau ikutkan hati Firdaus hendak mandi pada petang tersebut, tetapi memandangkan Fuad akan sampai tidak lama lagi terpaksalah batalkan hasratnya. Fuad hendak bawa kami jalan-jalan cari makan.





Firdaus dengan bantal busuknya berpisah tiada.


Sudah keluar, masuk semula ke ruang tamu.




Sudah masuk ruang tamu, keluar pula ikut pintu hadapan.





Cantik sungguh sentuhan Moghul!









Di sinilah kami menunggu Fuad sampai.


Jom kita lihat rumah agam yang bersejarah ini dari tempat duduk Firdaus.





Fuad ajak kami makan di Padang Kota Lama.


Jom kita tinggalkan buat sementara waktu Jawi Peranakan Mansion ini.








Pintu keluar menuju ke jalan raya.



Selepas makan di Padang Kota Lama, sempat lagi membeli makanan bungkus bawa pulang. Mana tahu sebelah malamnya ada yang lapar!


Boleh jew makan di meja di luar bilik, tetapi kami lebih selesa makan dalam bilik. Mencarilah beberapa biji pinggan mangkuk dalam almari dapur!

Ruang makan.


Malam itu kami sambung makan:
  • Laksa Sarang Telur
  • Sotong Kangkung
  • Sup Gear Box
Laksa Sarang Telur

Sotong Kangkung

Sup Gear Box - sudah siap potong dagingnya.


Bermalam di Jawi Peranakan Mansion memang menyeronokkan tetapi yang lebih menggembirakan sudah tentulah apabila dapat bersama anak-anak kecuali Fairuz. Fairuz tidak dapat bersama kerana sibuk menguruskan ikan-ikannya.


11 ulasan:

  1. Bantal busuk berpisah tiada tu sama macam saya msa kecil2 dulu.. smpai kan mak kena sembunyikan sebelum nak pergi bjln kalu tidak mesti sy bawa huhuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tahulah sampai bila Firdaus nak usung bantal busuknya...ahaks!

      Padam
  2. Mujur juga disediakan pinggan mangkuk, senang nak hidang makanan.. Dah rasa mcm dekat rumah pula

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul Linda.
      Makan ramai-ramai yang sedap sangat tu.

      Padam
  3. terasa macam berada di zaman dahulu kala

    BalasPadam
  4. Kenapalah saya tak pernah lihat penginapan ini saat ke Penang yaaa. Padahal cantik, dan besaaar juga 😍😍.

    Saya suka ruang makannya, dan lemari utk letak piring2. Macam punya mama. Rasanya kalo stay di sana saya bisa merasa bagai stay di rumah orang tua sayang, Krn banyak furniture kayu.

    BalasPadam
  5. Firdaus masih dengan bantal busuk ye...hehehe...apapun semua makanan tu nampak sedap betul la kak amie..

    BalasPadam
  6. Wahhh ada swimming pool jugak. Serba klasik semuanya rumah agam hotel ni. Tak dapatlan Firdaus nak berendan dalam air. Eh eh, keluar jalan jalan bawa bantal busuk jugak ye. Hehe...
    Makan di Padang Kota Lama mesti pekena pasemboq sekali.

    BalasPadam