Bismillahirrahmanirrahim.
Abang Farid tempahkan penginapan untuk malam kedua di Royale Chulan Penang. Masa untuk daftar masuk ditetapkan pada pukul tiga petang. Kami daftar masuk pada pukul 5:43 petang. Bagaimanapun kami tidak dapat terus ke bilik kerana kerja-kerja mengemas bilik belum selesai.
Disember 2023, kami pernah bermalam di Royale Chulan Damansara : Penginapan Yang Sangat Selesa di Royale Chulan Damansara. Memandangkan pengalaman yang memuaskan hati, jadi apabila berada di Pulau Pinang kami mencari cawangannya di sini iaitu Royale Chulan Penang.
Terletak di kawasan Weld Quay, Royale Chulan Penang menawarkan penginapan di Tapak Warisan Dunia UNESCO di George Town. Ia menyediakan kolam renang luaran dan tetamu boleh menjamu selera di restoran di lokasi. WiFi percuma disediakan di seluruh tempat penginapan ini.
Royale Chulan Penang terletak 300 meter ke Jeti Clan di Pulau Pinang, manakala Muzium Pinang Peranakan, Muzium Wonderfood dan Little India yang meriah dengan budaya berjarak 1 kilometer jauhnya. Kalau suka bolehlah berkunjung ke Kubu Cornwallis yang terletak 1.6 kilometer dari hotel ini.
Bilik kami jenis Superior Twin dengan harga RM269.95sen satu malam.
Royale Chulan Penang |
Setelah daftar masuk, kami duduk berhampiran lift sementara menunggu masa untuk masuk ke bilik.
Bergelas-gelas jugalah kami minum air sirap yang disediakan di ruang lobi.
Setelah menunggu agak lama, Amie pun jalan-jalan ambil gambar untuk mengurangkan rasa bosan. Sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan! Hampir dua puluh minit duduk memandang arah kaunter untuk dipanggil, mana tidak timbul rasa resahnya.
Mundar-mandirlah ke sana ke sini, gambar pemandangan di dinding pun dirakam juga!
Selain pasang telinga kalau-kalau dipanggil nama dari kaunter, menoleh-noleh jugalah kepala ke arah sana.
Buka pintu bilik.... alaaaa kenapa rupa katilnya begini. Kelam-kabut mengemas ke dik?
Firdaus buka sebekas lagi Sambal Bilis Garing! |
Encik Suami menikmati secawan teh panas. |
Abang Farid makan Jeruk Madu Pak Ali. |
Encik Suami menemani kita makan Miang Kham. |
Selepas solat maghrib, kami keluar jalan-jalan cari makan.
Sumber : Royale Chulan Penang |
Sekali sekala best jugak ya Amie... jalan-jalan ke Penang. Lama dah tak gi Penang.
BalasPadamKebetulannya anak kerja di Jelutong. Tu sengaja cari pasal nak selalu jalan-jalan Penang hihihiii.
PadamSelalu nampak RCP ni, tapi belum pernah menginap di sini. Kak Amie tak komplen kat housekeeping ke pasal cadar dia tu, hihi.
BalasPadamLepas ambil gambar, terus terlupa.
PadamLagi pun sarapannya banyak pilihan dan sedap-sedap. Jadi dah hilang ingatan dah pasal cadar tu kihkihkih!
Amboi Daus! Penat sangat la tu!
BalasPadamJauh perjalanan, banyak tenaga dipakai Uncle.
PadamUish…lama sungguh masa menunggu untuk dapat masuk bilik.
BalasPadamDengan cadar tak kemasnya, memang menguji kesabaran.
Kan Ujie.
PadamMungkin ketika ini banyak tetamu, tukang kemas pun kalut nak siapkan katil.
menarik juga ni harga pun ok
BalasPadamtgk deko dia pun lbh krg sama dgn cawangan kat KL ni
Ya, kami pun pernah menginap di RC Damansara.
PadamLebih kurang sama.
SA dah laama x pi penang ni...ntah bila la dapat pi..dengan PZ yang x sihat tu...
BalasPadamMari jalan-jalan Penang dengan Dania & husband.
PadamLaaa.... PZ tak sihat ye. Moga cepat sembuh ye PZ.
Best tempatnya kak Amie 😍😍😍. Walaupun sedikit minu di bedsheet yg tak rapi yaaa. Saya biasanya memilih hotel di booking , Agoda atau Traveloka dengan melihat bentuk kastil. Kalo terlihat rapi beddingnya, saya akan pilih. Tp kalo nampak berantakan, terkadang jujurnya langsung skip.
BalasPadamNtah kenapa bedding yg rapi, itu menambah kenyamanan bagi saya lah 😅.
Cuma terkadang hrs dimaklumi kalo petugas housekeeping mungkin masih baru, atau dia terburu2 Krn suatu urusan. 😅
Biasanya hotel begini memang rapi, tapi benarlah seperti kata dik Fanny, petugas housekeeping mungkin masih baharu atau terburu-buru hendak cepat siap kerana banyak tugasan lain.
PadamKak Amie biasanya tempah hotel melalui booking.com. Sudah terbiasa di situ jadi selalunya dapat diskaun.
Ingatkan dah lewat check in boleh terus masuk bilik. Sekali kena tunggu lagi. Mahu tak resah gelisah menunggu. Kena tulis feedback kat note tu improve service bagi laju sikit. Royale Chulan ni Hotel yang bagus, tak seharusnya service begitu. Mungkin sebab ramai atau ada yang late check out.
BalasPadam