Bismillahirrahmanirrahim.
Hari Selasa, malam Rabu 28 Mei 2024 Fuad bawa kami makan malam di Restoran Kapitan di Lebuh Chulia. Bersungguh-sungguh Fuad hendak perkenalkan Nasi Milani Briyani kepada Abang Farid. Sebelum ini, pada Februari 2024 Fuad bawa kami makan Nasi Milani Biryani di Restoran Kapitan di Persiaran Bayan Bay, Bayan Indah, Bayan Lepas.
Restoran Kapitan di Lebuh Chulia besar dan luas, pelanggannya juga tidak putus-putus datang walaupun hampir pukul sembilan malam ketika kami sampai.
Chicken Biryani Claypot |
Restoran Kapitan No.93 Lebuh Chulia Georgetown 10200 Pulau Pinang Kredit Gambar : Restoran Kapitan |
Ketika hendak menulis entri, keliru nama setiap makanan yang dihidang!
Nampak macam sama tapi tak serupa.
Chicken Biryani Claypot |
Biryani Nasi Milani |
Apabila melihat semula gambar yang dirakam, barulah faham nama-nama makanan yang dipesan. Ketika ini makanan Fuad dan Amie belum sampai lagi.
Chicken Biryani Claypot |
Firdaus makan Chicken Biryani Claypot. Sangkanya, makan nasi dalam claypot. Kami pun tidak terfikir nak makan macamana.
Fuad tuangkan nasi biryani ke atas tray. |
Rupanya nasi dalam claypot kena tuangkan ke dalam tray. Fuad tahulah cara makan begini sebab dia sudah biasa makan di sini.
Di sini barulah nampak, yang berkuah cream yang sedang dimakan Abang Farid itulah Biryani Nasi Milani. Tapi Fuad kata, nasi milani di sini agak kering berbanding nasi milani yang pernah kami makan di Restoran Kapitan di Persiaran Bayan Bay.
Amie pesan kebab kambing dan ayam tapi pelayan restoran datang semula mengatakan kebab sudah habis. Terpaksalah tukar menu lain.
Sementara itu minum sajalah dulu Tropical Sarbat Mocktail. |
Nampak berselera sungguh Firdaus makan Chicken Biryani Claypot. |
Nampaknya menu pesanan Fuad sudah sampai ke meja. Meriahnya Arabian Mix Grill.
Arabian Mix Grill |
Chicken Sheek Roll |
Akhirnya sampailah Chicken Sheek Roll, menu yang terpaksa dipilih menggantikan kebab yang sudah habis. Anak-anak bertanya: Mommy kenyangkah makan begini? Kenyang tak kenyang, kita makan dulu!
Memanglah tak kenyang!
Teringat SK Tanah Jauhar komen dalam FB mengenai paparan kami makan di Anjung Gurney. Kata SK, jangan lupa makan di Padang Brown.
Teringat SK Tanah Jauhar komen dalam FB mengenai paparan kami makan di Anjung Gurney. Kata SK, jangan lupa makan di Padang Brown.
Haaaa... adalah alasan minta Fuad cari Padang Brown sebab tak kenyang makan Chicken Sheek Roll!
Jadinya selepas menjamu selera di Restoran Kapitan Jalan Chulia, kami pun terus ke Medan Selera Padang Brown pula.
Roti & Sup Campur |
Kami singgah di Warung Bismi Soup. Malam-malam makan roti celup sup campur sedap juga kan! Jadi, anak-anak pun temankan kita makan roti dengan sup campur daging, urat dan ekor! Seksa juga hendak habiskan roti dan sup. Minta bantuan Encik Suami untuk selesaikan.
Makan malam di Restoran Kapitan Jalan Chulia:
- Chicken Biryani Claypot
- Ayam Tandoori Biryani Claypot
- Biryani Nasi Milani
- Arabian Mix Grill
- Chicken Sheek Roll
- Sirap Lemon Ice
- Mint Tea Panas
- Lemon Juice Ice
- Teh O Ice
- Tropical Sarbat Mocktail
Total : RM101.55 sen
Wah..JJCM sungguh ni kak Amie.
BalasPadamNasi claypot tu kalau tak ada yang bagitau, saya pun tak tau kena tuang dalam tray 😄
Saya pun sangka makan dalam mangkuk.
PadamRupanya kena tuangkan ke dalam tray.
Itulah yang Fuad buat.
Firdaus ni boleh jadi hos JJCM tak pun buat mukbang series hehe. .. dia punya gaya makan tu, boleh buat org telioq :D
BalasPadamOh gitu cara makannya nasi Beriani clay pot tu ye...
Hehee.. Firdaus model cilik JJCM bersama family.
PadamHihihi.. Kak Amie, sy betul2 tersedak tadi, rupanya ada yg nyebut nama kita.
BalasPadamBeberapa kali ke Penang, selalu nampak Restoran Kapitan tapi tak pernah singgah. Tak pernah jugak mencuba hidangan briyani di sana, tiber rasa teringin pulak ni.
Wahhh, tak kenyang ya makan, terus ke Padang Brown. Memang kena pergi tempat makan dua tiga tempat dalam satu malam jika ke Penang.
Rupanya ada beberapa cawangan Restoran Kapitan di Penang ni SK.
Padamkalau Fuad tak bawa JJCM memang saya tak tahu.
fuhhh
BalasPadamtgk si kecik tu makan... berselera betul!
sy pula yg terasa lapar...
kalau ada rezeki bln dpn ke penang nak singgah juga laa ke sini
Singgah Anies, jangan tak singgah.
PadamSelit masuk jew walaupun penuh sesak dengan pelanggan hihihii.
Nampak sedap la nasi- nasi tu semua..dengan ayam portion besar...lepas tu soup plak...huiiiii...sedap betul la JJCM cara kak amie satu family ni
BalasPadamSesekali JJCM dengan Fuad memang best sebab dia tahu banyak tempat makan di Penang.
PadamPenang ini memang surga kuliner ya kak Amie 😍😍😍. Semakin banyak yg saya coba, semakin banyak juga yg muncul dan belum dicoba 🤣.
BalasPadamNasi briyaninya saya yakin sedap. Tp sup itu paling menggoda. Saya selalu suka sup penuh rempah dengan roti
Ya, betul tu dik Fanny.
PadamTinggal kita pilih saja mana tempat makan yang disukai.
Makan roti dengan sup berempah memang mengenyangkan.