Bismillahirrahmanirrahim.
Setelah tiga hari berada di rumah Bonda, kami minta izin untuk mengunjungi Fuad di Jelutong, Pulau Pinang. Kali ini Abang Farid turut serta bersama kami. Encik Suami pun duduklah di sebelah sebab Abang Farid yang memandu. Kami singgah di R&R Arah Utara Gunung Semanggol untuk makan tengah hari.
Makan tengah hari di R&R Gunung Semanggol. |
Firdaus baca doa sebelum kami tinggalkan rumah Bonda.
Lebih kurang pukul 9:25 pagi Abang Farid memandu dari rumah Bonda. Menjelang Pukul 11:56 pagi kami berhenti di R&R Gunung Semanggol untuk makan tengah hari.
Bismillah |
Firdaus tidak mahu memesan apa-apa makanan selain teh ais. Amie beli yong tau foo dan laksa asam. Apabila melihat yong tau foo, Firdaus terus terbuka selera untuk makan.
Selamat menjamu selera
BalasPadamPernah beberapa kali singgah R&R semanggol ni . Hentian sini best macam² ada
BalasPadamIngatkan nasi berlauk ayam goreng dan nugget tu kepunyaan Firdaus. Rupanya dia tak order.
BalasPadamR&R Semanggol ni besar. Ramai suka singgah sini. Tengok Firdaus senyum pegang aiskrim tu nampak iras-iras abang Fairuz dia.
BalasPadamhappy betul Firdaus dengan aiskrim tu...ooo x order makan ye Firdaus..
BalasPadamKUSYUK FIRDAUS BERDOA ANAK SOLEH NI ALHAMDULILLAH SEDAP SEMUANYA KAN DAUS
BalasPadamYong tau fu style kering ya kak 😍😍😍. Blm pernah coba yg pakai saus begini. Nampak sedap. Es krim daus pun segar pasti. Cocok di makan saat udara panas macam skr ❤️
BalasPadamSejuk hati tengok anak2 membaca doa. Semua makanan nampak menggiurkan.
BalasPadam