Pages

Sabtu, 10 Ogos 2024

Dari Pulau Pinang Meredah ke Kedah Menuju Perlis - Chuping Pula Yang Terbakar!

Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi 29 Februari 2024 bersamaan pada hari Khamis.
Encik Suami meredah jalan dari Gelugor, Pulau Pinang merentas Negeri Kedah Darul Aman, tujuan ke Negeri Perlis Indera Kayangan. 


Walaupun terpaksa tawaf sebanyak tiga kali pusing balik Jambatan Pulau Pinang, tetapi perjalanan perlu diteruskan. Tak bolehlah merajuk dan patah balik ke Selangor.... ahaks!


Harapnya selepas ini tidaklah terlajak-lajak lagi!


Apabila sudah dapat jalan keluar dari jambatan, lancar pulalah perjalanan ke Kedah.



Hijau jew pemandangan di kiri kanan jalan. 



Antara pejam dan celik, tertidur dan terjaga dapatlah juga rakam beberapa keping gambar untuk kenang-kenangan. Memang terpegunlah melihat sawah padi luas terbentang. 





Jalan yang kami lalui nampak lengang saja.




































Akhirnya sampailah kami di pintu masuk Negeri Perlis Indera Kayangan.
 Daulat Tuanku!




Tenang sungguh jalan raya di sini. Tidak sibuk dengan lalu lintas pelbagai kenderaan. Mata tidak lepas-lepas memandang arah ladang pokok getah! Maklumlah anak penoreh getah. Sudah tentulah banyak nostalgia tercipta di bawah pokok getah. Sekarang tidak ada lagi pokok getah di kampung kami kerana sudah diganti dengan tanaman kelapa sawit. Melihat barisan pokok getah yang teratur, tiba-tiba timbul rasa rindu suasana dulu-dulu!



Lama-kelamaan pemandangan barisan pokok getah dicacatkan dengan 'warna' yang menimbulkan tanda tanya. Hendak dikatakan musim kemarau dan daun-daun getah berguguran, tidak pula semua daunnya berwarna 'kering'. Sebahagiannya berwarna hijau dan sebahagian lagi berwarna kuning perang.


Rumput dan lalang juga berwarna sama. Mungkin sudah diracun untuk mematikannya.



Seolah-olahnya ada kesan kebakaran di kiri kanan jalan.




Keadaan yang sama dilihat sehinggalah sampai ke kawasan ladang kelapa sawit!







Apabila sampai di persimpangan (tak ingat simpang mana dan tak sempat ambil gambar), terpandang angka 41'C terpapar di skrin. Allahu Akbar! Rupanya cuaca teramat panas hingga mencecah suhu tertinggi! Amie segera mencari info di atas talian dan ada berita yang menyebut tentang peristiwa kebakaran akibat suhu terlalu panas di kawasan Chuping!

Barangkali kesan kebakaran yang terlihat di sepanjang jalan yang kami lalui itu adalah sebahagian daripadanya!



Memang betul-betul terbakar!







Tiba di Padang Besar, rasa tidak mahu keluar dari kereta sebab cuaca sangat panas!

10 ulasan:

  1. best nya jejalan sambil menikmati pemandangan sepanjang jalan. saya turut bercita2 nak drive dari selatan ke utara, ke timur bumi west msian ni. semoga ada rezeki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sejuk mata memandang kehijauan sepanjang jalan. Boleh jew rancang untuk jelajah semenanjung. Pelan-pelan orang sini bilang.

      Padam
  2. Chuping memang atr bandar yang terpanas di Malaysia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu. Terkejut tengok kepanasan mencecah 41'C.

      Padam
  3. Chuping memang antara tempat yg paling panas dekat perlis .. dapat rasa bahang kepanasan tue .. tapi bila lalu jalan ni memang akan nampak view yang cantik wlwpun hanya kiri kanan pokok getah serta ditemani langit biru ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nostalgia sungguh melalui jalan raya kiri kanan pemandangan barisan pokok getah.

      Padam
  4. Chuping memang antara tempat yg paling panas dekat perlis .. dapat rasa bahang kepanasan tue .. tapi bila lalu jalan ni memang akan nampak view yang cantik wlwpun hanya kiri kanan pokok getah serta ditemani langit biru ..

    BalasPadam
  5. 41 dercel itu panas nya memang tak sanggub saya. Rasa tak nak kluar kan kak.

    Sampai terbakar area sana yaaa , kering dan panas sangat berarti 😔

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang panas sungguh.
      Itu sebabnya apabila jumpa anak sungai di Kedah, terus berendam sampai kecut. Kedah pun panas.

      Padam
  6. SA paling suka jalan ke Kedah dan masuk Perlis...walau panas tapi pemandangan cantik

    BalasPadam