Pages

Jumaat, 9 Ogos 2024

Sup Hameed - Famous Soup In Penang

Bismillahirrahmanirrahim.

Selepas makan di Restoran Kapitan di Bayan Bay, Fuad bawa kami jalan-jalan melihat sekitar George Town di waktu malam. Fuad tanya: Mommy hendak cuba makan sup kah? Katanya ada restoran Sup Hameed di Jalan Penang. Kita kata, perut masih kenyang. Kata Fuad pula, kita pesan makanan yang ringan-ringan saja.

Memikirkan waktu yang sangat singkat berada di sini, kami pun setuju dengan cadangan Fuad. Lagi pun keesokan pagi kami akan tinggalkan George Town. Maka Fuad pun berhentikan kereta berdekatan dengan Restoran Sup Hameed.

Sup Hameed - Famous Soup In Penang


Ketika ini waktu sudah menunjukkan hampir pukul 10:30 malam tetap Restoran Sup Hameed kelihatan meriah dengan pelanggan yang datang. Apabila masuk ke bahagian dalam, memang penuhlah tempat duduk. Entah apalah yang istimewanya di sini ya.

Teh Panas

Sebelum masuk ke sini, kepala sudah membayangkan akan duduk santai-santai sambil bersembang anak beranak. Sayangnya kami terpaksa berkongsi meja dengan pelanggan lain sebab tempat sudah penuh. Jadi, rasa kurang selesalah samada hendak berbual atau pun hendak makan.

Sup Campur Lembu - RM16.00

Fuad cadangkan menu sup campur lembu. Katanya kuahnya sedap. Apabila sampai di meja, kelihatanlah kuah sup campur lembu yang pekat dan berempah. Kita pun lupa-lupa ingat apa campuran dalam sup ini selain lidah. 



Sup Campur Lembu yang pekat berempah ini memang sesuailah makan dengan roti. 

Roti Bakar - RM2.70 sen.



Bihun Sup - RM15.20 sen.

Encik Suami pula makan bihun sup. Nampak seperti banyak aksesori campuran dalam supnya.

Ada urat, ada daging lembu dan juga perut.


Pukul 11 malam kami pulang ke Spices Hotel.


Sebelum pulang ke Summer Place, Fuad pesan supaya keesokan paginya kami bersarapan di Taman Tun Sardon, Gelugor, Pulau Pinang.

14 ulasan:

  1. Sedap pekat nampak sup tu Kak Amie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, pekat kuahnya. Sesuai sangat celup roti.

      Padam
  2. Supnya sedap! Kalau Syu ke P. Pinang rajin jugak singgah sini 😬.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedapkan. Boleh makan tak kira masa samada pagi atau malam.

      Padam
  3. Sup pekat, baru sedap cicah roti...

    BalasPadam
  4. Tengok kuah sup ni dapat tahu kuah ni mesti sedap dengan ramuan rempah² sup . Hirup pulak panas-panas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap. Terasa rempah2nya😋😋😋

      Padam
  5. Sedapnya cicah roti.
    Rasa rempah sup kat situ secukupnya.

    BalasPadam
  6. Alamak..SA memang suka sup2 macam ni..sedapnya....belum pernah cuba sup campur..kena cuba nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedapkan SA. Isinya pun lembut, senang kunyah.

      Padam
  7. Saya pernah makan di sup Hameed ini 2023 lalu. Saat itu stay di Neo+ Deket saja dengan sup Hameed. Sedap sup nya, tp honestly saya lebih suka sup di nasi kandar pelita 😁. Masalah selera saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pengalaman makan sup memang berbeza-beza kan dik. Lain tempat lain rasanya.

      Padam