Bismillahirrahmanirrahim.
Selepas membeli-belah di Pasar Kedai Payang, kami jalan-jalan cari makan pula. Terjumpalah Restoran Plan A yang terletak di Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu. Jom kita masuk, dan apa agaknya menu yang ada di sini.
Kepingan Itik Salai dengan Coleslow |
Menu yang ditawarkan termasuk pelbagai jenis nasi dan mi, western food, makanan vegetarian, dim sum, pelbagai jenis snacks, roti dan sebagainya. Boleh pilih pelbagai jenis minuman panas dan sejuk, smoothie dan dessert.
Apa yang paling menarik sudah tentulah semua menu yang kita minta, semuanya ada! Dan tak perlu tunggu lama untuk sampai ke meja.
Kami memesan:
- Grilled Salmon Fish with Potato Wedges
- Smoked Duck Slices
- Popcorn Chicken
- French Toast with Ice Cream
- Prawn Dumpling Noodle Soup
- Lin Chee Kang
- 3 Layer Tea Special - Cold
- Carrot Milk
- Warm Water
Amie - Lin Chee Kang RM8.90. |
Encik Suami - 3 Layer Tea Special RM7.20.
Firdaus - Carrot Milk RM9.90.
Firdaus tak sabar hendak minum Carrot Milk.
Encik Suami - Prawn Dumpling Noodle Soup RM12.90. |
Firdaus - Popcorn Chicken RM12.90 |
Firdaus - French Toast with Ice Cream RM10.90. |
Amie - Grilled Salmon Fish with Potato Wedges RM26.90. |
Total - RM110.40.
Kalaulah kami menginap di Kuala Terengganu selama dua malam atau lebih, sudah tentu kami akan ulang makan di sini. Banyak jenis menu yang ingin dicuba. Mana tahu ada rezeki di lain masa datang ke Kuala Terengganu, bolehlah singgah di Plan A untuk makan-makan lagi. Di sini Amie kongsikan sebahagian daripada menu yang ditawarkan di Plan A berdasarkan maklumat yang Amie perolehi dari FB: RESTORAN PLAN A KUALA TERENGGANU
Menu yang tak dapat dilupakan di Restoran Plan A : Smocked Duck Slices yang lembut dan cukup rasa itu!
Smoked Duck tu memang nampak sedap sangat Kak Amie. Thanks for sharing nanti nak ajak hubby pergi kalau kami ke sana.
BalasPadamMemang sedap Mulan. Lagilah kami penggemarnya. Rasa tak puas makan tapi perut sudah penuh dengan makanan lain.
Padamnampak sesedap semuanya
BalasPadamSelamat menjamu selera
Alhamdulilah. Terima kasih Wak.
PadamYa Allah kak Amie, rasanya kalo saya ke Terengganu, saya tak nak cuma sebentar 🤣🤣. At least seminggu lah, biar puas kuliner di sana
BalasPadamKak Amie pun tak puas di sini dik. Sekadar transit sebentar-sebentar saja dalam perjalanan balik kampung.
PadamBanyak lagi tempat yang hendak diteroka. Mudah-mudahan ada rezeki di lain waktu.
PadamBanyak betul menunya tu. semua nampak sedap menyelerakan.
BalasPadamYang seronoknya, semua yang kita pesan semuanya ada.
PadamDah sampai Ganu ye Kak Amie :D
BalasPadamTerliur tgk carrot milk tu...
Alhamdulillah, transit sana dan sini kejap-kejap jew PH.
PadamWah...dah lajak sampai ke Terengganu dah kak amie.Betul punya pusing satu semenanjung ni
BalasPadamBelum habis pusing Lina. Lain kali sambung.
PadamBanyak pilihan menunya sayang perut nak diisi cuma tiga ketul sahaja.
BalasPadamKan SK.
PadamLain kali boleh singgah makan di sini lagi tapi kenalah lama-lama sikit di Kuala Terengganu.
biasa makan menu itik salai masak lemak cili api,yg ni itik salai dengan coleslow lain dari yang lain ni
BalasPadamSedap Afzan itik salai dengan coleslow tu. Kami nak order lagi tapi makanan yang di depan mata perlu dihabiskan. Cukuplah sekali merasa, lain kali boleh singgah sini lagi.
Padammenarik menunya kak, rare jugak dengan hidangan itik salai keping gitu
BalasPadamLembut dagingnya Dana, terasa asapnya.
PadamSoup mee dumpling tu pun x mengecewakan mata SA..itik salai tu..erm...terliur...
BalasPadamKuah sup tu sedap, cicip sesudu dari mangkuk dumpling soup Encik Suami. Itik salai tu memang sedap... nyum nyummm!
Padam