Pages

Khamis, 29 Ogos 2024

Sarapan Apa di LA Hotel?

Bismillahirrahmanirrahim.
Jom sarapan di LA Hotel. Apa agaknya hidangan pagi yang disajikan untuk para tetamu yang bermalam di situ.

Nasi Lemak


Teringat sewaktu makan nasi lemak di Sandakan, ada acar dalam hidangannya. Tidaklah rasa pelik tetapi sedaplah pula rasanya. Jadi apabila ternampak nasi lemak dan terpandang acar timun, bubuh sajalah dalam pinggan!


Walaupun ketika ini jam baru menunjukkan angka 6:20 pagi, tetapi sinaran cahaya matahari sudah menerobos masuk melalui tingkap kaca. Alhamdulillah, sambil duduk menikmati sarapan dapat pula tambahan vitamin D.


Dari jauh sudah terpandang deretan bahan aksesori bubur nasi. Wah, ini sudah cukup bagus sebab kita memang suka sangat makan bubur nasi di pagi hari.


Tak sabar hendak kaut bubur nasi masuk dalam mangkuk.


Firdaus pula terus ke sudut kegemarannya. Ambil coco crunch dan susu segar.



Acar Timun & Kari Ayam


Firdaus belum nampak hashbrown dan sosej sebab sedang makan coco crunch.



Kuetiaw Goreng & Nasi Lemak



Melihat sajian warna-warni begini rasa sangat berselera pula.



Pertama, makan buah dahulu. Ada hirisan tembikai kuning, nanas dan betik.


Sedap sungguh bubur nasi dengan pelbagai aksesori termasuk serondeng ayam.


Ambil juga sedikit kuetiaw goreng yang nampak menggoda selera apabila ditambah dengan hirisan daun bawang dan kicap cili.


Tidak ketinggalan, secawan teh panas.



Selepas makan coco crunch, Firdaus mengambil hashbrown, sosej, roti, makaroni dan kacang panggang. Sikit sangat Firdaus ambil sarapan! Tipu tu... selepas habis hashbrown dan sosej, Firdaus tambah lagi beberapa ketul.


Kopi Encik Suami

Selesai sarapan kami terus ke Pasar Tanjung untuk mencari oleh-oleh bawa balik kampung. Kalau beli oleh-oleh di Pasar Tanjung, biasanya peniaga sudah sediakan kotak dan tali. Tunjuk sajalah apa yang hendak dibeli da bayar. Siap ikat kotak, kita bawa saja masuk kereta.

11 ulasan:

  1. Pesan kat Daus supaya tapau lebih sikit bawak masuk bilik....

    BalasPadam
  2. Banyak pilihan jugak kak, dan nampak sedap semuanya. Pukul 6.20 dah macam pukul 8 pagi kak kalau kat sini

    BalasPadam
  3. Banyak choice sarapan kat situ.
    Siap ada sate lagi.

    BalasPadam
  4. Buah²an kalau dekat hotel semua rasa sedap² hehe...
    Bagus Daus pandai layan diri ambil itu ini ikut selera dia 👍

    BalasPadam
  5. Budak2 memang tak pandang sosej dah kalau nampak kokocrunch, hehehe.

    BalasPadam
  6. Banyak nya pilihan makanan. Semua nampak sedap.

    BalasPadam
  7. Waaah banyaaak macam sarapannya ya kak Amie ❤️❤️. Kalo di Indonesia Acar itu udah kayak kimchi hahahahaha. Harus selalu ada 😄..walopun ga semua sedap, tp kalo dah Nemu acar yg enak, pas manis asam pedasnya , saya pastiii suka.

    BalasPadam
  8. Nampaknya Firdaus suka breakfast english style gitu. Seronok breakfast di hotel ni, banyak pilihan makanan. Boleh ambil sikit sikit buat merasa.

    BalasPadam