Pages

Isnin, 2 September 2024

Oleh-Oleh Ikan Bilis Mata Biru & Ikan Kering Kurau

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat datang September!
Begitu cepat masa berlalu sehingga terlupa Ogos sudah berakhir, dan kini September pula menjelma. 

Entri pertama bulan September tentang oleh-oleh yang dibawa pulang ke kampung pada 24 Mei 2024 lalu. Kali ini kami tidak membuat persediaan rapi untuk balik kampung. Kami hanya mengharapkan oleh-oleh yang boleh di beli di Tawau sahaja. Itu pun terhad hanya ikan bilis mata biru, udang kering dan ikan kering kurau.

Untuk adik-beradik Amie minta peniaga di Pasar Tanjung sediakan tujuh bungkus ikan bilis mata biru, tujuh bungkus udang kering dan dua bungkus ikan kering kurau. Ikan kering kurau yang dua bungkus itu hanya untuk Bonda Fuad sahaja. Fuad pesan, minta bawakan ikan kering kurau untuk kawannya. Adik beradik yang lain tak pandai makan ikan kering.... katanyalah! E'eleeehhh.... kecik-kecik dulu dibesarkan dengan lauk ikan masin tau!

Jadi jumlah semua ada 16 bungkus. Setiap bungkusan seberat 1/2 kilogram. Semuanya sudah berjumlah 8 kilogram. Itu tidak termasuk berat 15 helai kain batik sarung dan segala macam makanan ringan yang dipesan Fuad!

Ikan Bilis Mata Biru - RM60.00 sekilogram.


Udang Kering - RM80.00 sekilogram.

Ikan Kering Kurau - RM65.00 sekilogram.

Udang kering itu dapatlah RM70.00 sekilogram sebab beli banyak. Kita suka udang keringnya sebab bersih dan cantik. Ikan kering kurau dapat RM60.00 sekilogram tapi Ikan Bilis Mata Biru itu sudah harga tetap, RM60.00 sekilogram.

Jadilah kan, untuk oleh-oleh balik kampung.


16 ulasan:

  1. Cantik nya ikan bilis especially yg mata biru tu.

    BalasPadam
  2. Orang cantik (oleh2 tu) memanglah harga mahal

    BalasPadam
  3. Ikan bilis mata biru tu sedap .. CCL selalu beli walaupun harga dia agak mahal .

    BalasPadam
  4. Ikan bilis mata biru tu sedap Kak!
    Dulu husband selalu outstation ke Sabah, mmg tak lupa bawa balik bilis jenis tu.

    BalasPadam
  5. kalau balik kampung mst wajib ni kan utk ole² saudara mara? usu sy yg di tawau jarang dh bwk si mata biru ni skrg... dia selalu bawak udang kering dan daging payau... payau mmg ssh nk jumpa di kch

    BalasPadam
  6. sedapnya ikan bilis mata biru tu...

    BalasPadam
  7. Sedapnya kak ikan bilis tu! tolong pos sikit hehehehhe

    BalasPadam
  8. Banyak buah tangan yang dibawa, semoga bertambah rezeki Kak Amie sekeluarga.

    BalasPadam
  9. Sebenarnya kan... mata dia memang biru ke macam mana?

    BalasPadam
  10. Ikan2 kering ini memang tak ada di tempat kak Amie, atau harga lebih mahal? Saya liat udang keringnya jadi teringin pula. Biasa untuk buat bumbu telur kecap kalimantan yg pake ebi singkawang. Atau pakai udang kering begitu juga sedap

    BalasPadam

  11. Dapat ole-ole dari Sabah berupa udang kering dan bilis memang seronoklah.. elok2 semuanya.
    Ikan masin kurau tu pun nampak cantik.

    BalasPadam
  12. Keras juga harganya kak Amie...tapi ole-oleh untuk orang tersayang kan..cantik betul paras ikan bilis mata biru dan udang kering tu

    BalasPadam
  13. banyak bawa ole2 istimewa dari sabah tu harga pun boleh tahan

    BalasPadam
  14. mmg slalu la dgr org sebut ikan bilis mata biru tp kita suka ikan bilis yg besar2 skit...sedap tu ikan kering kurau

    BalasPadam
  15. Cantik dan bersih ikan bilis mata biru tu. Udang kering tu pun merah2 lagi. Bestnyaaaa geram pulak nengok!

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah..sesekali balik mesti nak bawa buah tangan untuk keluarga. Dapat juga mereka merasa oleh oleh dari Sabah. Puas hati dapat beli yang elok² ni.

    BalasPadam