Bismillahirrahmanirrahim.
Ini cerita lama, hari Jumaat 24 Mei 2024 lalu.
Ini cerita lama, hari Jumaat 24 Mei 2024 lalu.
Kisahnya hendak balik kampung, terbang dari Tawau ke Kuala Lumpur naik pesawat AirAsia. Oleh kerana Firdaus menyertai Kuis Kesihatan BSMM secara online, jadi kami lebih awal datang ke Tawau dan bermalam di hotel sebelum keesokannya, sebelah petang terbang ke Kuala Lumpur. Jadi, Firdaus boleh menjawab soalan kuiz dengan selesa selama satu jam bermula pukul 10 hingga pukul 11 pagi. Kemudian kami daftar keluar dan menuju ke Lapangan Terbang Tawau.
Kami tidak tempah penginapan, terus saja walk in di LA Hotel. Petugas kaunter beritahu hanya ada bilik berkatil king sahaja ketika itu. Kami ambil sajalah bilik tersebut dengan bayaran sebanyak RM188.00 termasuk sarapan. LA Hotel Tawau ini merupakan hotel bertaraf 3 bintang dan terletak di Jalan St. Patrick, Off Jalan Belunu, Tawau.
Baca LA Hotel seolahnya berada di USA, tepatnya di Los Angeles tapi LA Hotel tempat menginap kami letaknya di negeri Sabah... ahaks!
Banyak tempat makan terletak berhampiran LA Hotel seperti:
- Lover Kopitiam
- Depot Makan 3 Sekawan
- Era Food House
- Ocean Area Seafood Restaurant
- Sri Titingan Seafood Restaurant
- Tea Time Fajar
Oleh sebab keletihan, selepas menoreh terus gerak dari LD ke Tawau, kami hanya cari makan malam di restoran dalam hotel saja. Paginya pula, bersarapan di hotel. Jadi tidaklah mencari makan di luiar.
Jom masuk bilik. Nyaman dan sejuk-sejuk manja saja di sini.
Firdaus memang tak sabar hendak ambil minuman tin dalam mini peti sejuk.
Ruang kegemaran Encik Suami, boleh didihkan air dan bancuh kopi.
Ada bantal tambahan disediakan.
Bilik air kemas dan lapang.
Firdaus makan BBQ Chicken Burger |
Google : LA Hotel Tawau |
Ingatkan Labu Air Hotel
BalasPadamWalaupun cuma hotel 3 bintang tapi cantik dan sangat kemas biliknya kak.... lengkap semuanya
BalasPadamKita ingatkan Kak Amie dah terbang ke Los Angeles, hehehe.
BalasPadamWaah tinggi juga hotelnya kak. Dan baguus pun . kamar nampak luas 👍👍.
BalasPadamKalo di sana ada LA hotel, di jakarta ada kawasan yg disebut LA juga. Tapi singkatan dari Lenteng Agung 😄😄
wahh.. siap ada air sedap dan Kitkat!
BalasPadam3 bintang dha macam 4 bintang..selesa dna cantik..yang penting bersih jugak, kan kak?
BalasPadamSedap nya makanan di Roof Garden Lounge tu 😋😋
BalasPadamSiap ada air tin minuman lagi dalam mini freezer
BalasPadamOkay juga biliknya tu kak Amie. Luas, bersih dan semestinya selesa. Menarik betul dining area kat rooftop.
BalasPadam