Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin, Firdaus menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolahnya. Kita pun sertai aktiviti Interaksi Kokurikulum Sempena Bulan Kemerdekaan. Tamat aktiviti, kita pun cari pasal ajak Encik Suami tak terus balik ke rumah. Kononnya sampai rumah tak sempat masaklah. Ikan tak dikeluarkan dari peti sejuklah. Nanti lambatlah tunggu ikan nyahbeku. Sempat perut masuk anginlah.
Baiklah kita belanja Firdaus makan tengah hari. Kononnya untuk meraikan kemenangan pertandingan Choral Speaking Peringkat Negeri yang diadakan di Semporna pada 16 Ogos 2024 lepas. Walaupun dapat tempat ketiga, kira menang jugalah. Ada nombornya! Okey jugakan beri alasan begitu.
Eh, Firdaus seorangkah yang akan makan? Marilah kita makan sama-sama. Ahaks!
Walaupun dapat tempat ketiga, Firdaus kata tahun 2025 dia hendak ikut lagi pertandingan Choral Speaking. Katanya, dia hendak harumkan nama sekolahnya sebelum masuk ke tingkatan satu tahun 2026 nanti. |
Firdaus dengan ahli BSMM menyertai aktiviti pemasangan khemah. |
Firdaus dan rakan-rakan menyertai Pertandingan Choral Speaking Peringkat Negeri di Semporna pada 16 Ogos 2024. |
Menu yang dipesan untuk makan tengah hari. |
Dalam set hidangan pizza kami dapat 1 liter American Iced Tea. Apa beza teh Amerika dengan teh tempatan? Sama saja...ahaks! Tapi, 1 liter tu habis kami minum bertiga. |
American Iced Tea warnanya cantik dan manisnya juga sesedap rasa. Encik Suami masukkan hirisan oren di dalam gelasnya.
Creamy Mushroom Soup & Crazi Garlic Twist
Creamy Mushroom Soup |
Kami pilih pizza dua jenis topping:
Italiano Chicken Pizza & US Favourite Pizza (Beef)
Italiano Chicken Pizza & US Favourite Pizza (Beef) |
New York Wings (BBQ) |
Firdaus hendak makan New York Wings (BBQ). Ada lapan ketul semuanya.
Spaghetti Ocean Carbonara |
Kalau tak kenyang, ada tambahan menu lagi satu iaitu Spaghetti Ocean Carbonara. Sebenarnya terlebih kenyang! Lebihan pizza dan Crazy Garlic Twist itu kami minta bungksu bawa balik.
Nampak gembira sangat: Firdaus senyum lebar sampai ke telinga!
Saya suka us pizza, sedaap. Waktu itu coba di Penang. Tapi herannya restoran sepi. Padahal enak. Kadang makan di resto sepi padahal rasa sedap, jadi kasian pula π . Berharap bisa survive
BalasPadamMungkin waktu itu bukan masa puncak pelanggan datang.
PadamAlhamdulillah dan Tahniah Firdaus memang choral speaking. Sedapnya pizza dan mushroom soup.
BalasPadamTerima kasih untie Mulanπ
PadamALHAMDULILLAH TAHNIAH DAUS TERBAIK SELAMAT JAMU SELERA SEDAP SEMUANYA TU
BalasPadamTerima kasih auntie PIπ
PadamHuntungla daus selalu dapat makan sesedap.
BalasPadamWak semasa seusia daus hanya makan nasi putih dengan ikan kering aje
Sama Wak. Mommy Daus pun makan nasi putih lauk ikan kering sama sayur bening. Zaman kita dulu pizza belum datang Wakπππ
PadamTahniah dapat no3 tu pun dah ok ada jugak nombor. Pembakar semangat tu dapat makan pizza. Hihi
BalasPadamTerima kasih auntie Cie. Ya, Daus suka makan πππ
BalasPadamtahniah Firdaus moga sentiasa cemerlang dunia akhirat...
BalasPadamsayangnya Us Pizza di Kuantan sudah di tutup
Wahhhh, satu2nya kumbang kat depan, Daus. Memang patut mommy belanja pizza.
BalasPadamBudak2 mmg suka makan pizza, anak2 saya pun sama. Alahai comelnya Firdaus je kumbang antara bunga2 di barisan depan choral speaking tu ye π
BalasPadamhebat tuuuuu tahniah firdaus! dpt tmpt ketiga tu pun dah kita πͺπͺπͺ
BalasPadamus pizza ni sedap. 2 thn lps ada dia buat cempedak piza tp x sempat nak beli
Tahniah Firdaus.
BalasPadamSedap US pizza ni. Crustnya sedang elok.
Terus terliur nampak Pizza ni. Tak pernah lagi try pizza jenama ni.
BalasPadamSeronok lh Firdaus Mummy belanja ye..tau sanagt Firdaus dan Pizza berpisah tiada..appun congratulations Firdaus
BalasPadamTahniah daus .. walaupun tempat ketiga. Next time boleh usaha lagi
BalasPadamOkay sangat alasan tu kak Amie. Boleh juga meraikan kemenangan Firdaus. Baguslah Firdaus ni, semangat dia nak bertanding lagi. Tahniah Firdaus dan rakan-rakan. Warna air tu memang menarik. Kalau tengok bulan puasa ni, dugaan betul. Happy Firdaus, mommy dan baba meraikan kejayaan dia.
BalasPadam