Pages

Khamis, 22 Ogos 2024

Makan Lewat Malam di Ah Cheng Laksa

Bismillahirrahmanirrahim.

Cerita 06 Mac 2024. Kisahnya begini : Firdaus dan Encik Suami akan naik pesawat Air Asia dari KLIA 2 ke Tawau pada pukul enam pagi. Kita pula akan naik pesawat MAS, dari KLIA1 juga ke Tawau tetapi pada pukul tujuh pagi.

Abang Farid dan Aseeyah hantar kami ke lapangan terbang. Mula-mula uruskan dulu penerbangan Encik Suami di KLIA2. Abang Farid ajak makan. Oleh kerana kebanyakan tempat makan sudah tutup pada pukul 12.00 malam, jadi kami menuju ke Ah Cheng Laksa yang masih beroperasi.

Kami berada di Ah Cheng Laksa sekitar pukul 2:15 pagi. Apa agaknya yang boleh dicicipi di restoran ini.






Terasa hendak mencuba Asam Laksa di sini.



Selain Asam Laksa, banyak lagi menu lain ada di sini.




Makanan yang dipesan terus dibayar di kaunter. Mari kita lihat apa agaknya hidangan yang sampai di meja dengan harga RM112.25.


Abang Farid dan Aseeyah tidah mahu memesan minuman sebab masing-masing membawa mineral water. Firdaus pun tidak mahu minum juga.

Air Longan - RM7.50.

Teh Susu - RM7.50

Mi Udang - RM19.90.

Encik Suami - Mi Udang

Amie : Asam Laksa - RM16.90. 

Abang Farid : Chicken Chop Rice - RM23.80.


Aseeyah - Dry Pan Mee - RM18.50.


Dry Pan Mee ini datang bersama semangkuk kecil sup. 

Dry Pan Mee

Firdaus : Mini Popiah - RM11.80.


Jom sahur!
Bismillah.

12 ulasan:

  1. Kalau ke Ah Cheng Laksa ni saya suka pesan dry pan mee ni. Bagi saya sedap!

    BalasPadam
  2. Dlm banyak² menu ni Sy paling tertarik dgn pilihan Firdaus. Nampak rangup elok popia tu

    BalasPadam
  3. Semua makanan kat Ah Cheng Laksa sedap..SA memang suka..Mee Udang tu especially

    BalasPadam
  4. harga mahaldahni. tp x apa. sesekali boleh je cuba...

    BalasPadam
  5. boleh tahan harganya kak oi,.... ingatkan mula-mula tu ingat untuk 2 mangkuk mee udang tu rm19 rupanya 1 je

    BalasPadam
  6. Eh ini maksudnya firdaus sendiri naik AA kak? Uwaaaah kali benar, beraniii daus 👍👍👍👍👍. Dulu itu impian saya sangat utk bisa pergi naik pesawat sendiri, tp parent tak pernah izinkan 😅.anak2' saya pun nak saya latih juga. Biar berani dan mandiri.

    BalasPadam
  7. Oh, macam2 makanan ada di Ah Cheng Laksa rupanya.

    BalasPadam
  8. terus niat puasa ya kak🤣🤣

    sy suka mi kari dia. mmg sedap. kena dgn selera. kuah x berapa pekat x berapa cair sedang elok je

    BalasPadam
  9. Tu dia... sahur teghuih 😁
    Selain asam laksa & mini popiah, saya belum cuba menu yang lain.

    BalasPadam
  10. Awal pagi betul menjamu selera. Kalau dah berada di sini dah tak kisah makan jam berapa sebab perut kena diisi. Kalau tidak lapar nanti. Boleh tahan juga harganya di Ah Cheng Laksa ni. Kalau sedap takpe lagi.

    BalasPadam