Pages

Rabu, 21 Ogos 2024

Masak Sup Tulang Kegemaran Bonda

Bismillahirrahmanirrahim.

Setelah meronda negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Pahang akhirnya baliklah kami ke pangkal jalan. Alhamdulillah, ada bawa oleh-oleh sedikit untuk keluarga dan sanak saudara terdekat. Setelah berehat satu malam, keesokan harinya sempat pula masak dengan Wak Niah untuk hidangan tengah hari. Wak Niah sudah keluarkan tulang dari peti sejuk selepas solat subuh. Mulanya kita hendak masak dalca tulang, dan temankan dengan acar timun. Tetapi apabila teringat Bonda suka hirup kuah sup tulang, kita pun rebus sahaja tulang tadi.

Bonda berulang kali masuk dapur dan duduk di meja makan. Walaupun ketika itu jam baru menunjukkan angka 11:30 pagi, tetapi apabila kita hidangkan semangkuk sup tulang yang masih panas, Bonda terus hirup penuh selera. Bonda tidak minta nasi tetapi minta tambah kuah sup tulang.

Sup Tulang

Sambal Udang

Ikan Bawal Emas Goreng

Sayap Ayam Goreng Celup Tepung

Pucuk Ubi Celur

Pada mulanya Wak Niah hendak masak lemak pucuk ubi, tetapi apabila melihat ahi keluarga sudah duduk bersila hendak makan, jadi tak jadilah Wak Niah masak lemak. Dihidangkan saja pucuk ubi celur, cecah sambal tumis. Wak Niah hendak buat sambal belacan pun tak sempat juga.

Sambal Tumis

Hirisan Mangga & Buah Pitaya

Hirisan Tembikai dan Golden Melon



Acar ini sepatutnya berteman dengan dalca tulang. Tapi sekarang jadi solo tak ada pasangan.

Sup Tulang

Hidangan Makan Tengah Hari

Tak tahulah kenapa semuanya nampak lapar! Jadi, makan sajalah apa yang sudah dimasak dan ada di depan mata.

Jus Tembikai

Encik Suami sediakan jus tembikai yang dibeli nun jauh di Pasir Puteh. Memang bergelas-gelaslah jus tembikai membasahi tekak.


Encik Suami memilih beberapa jenis buah untuk Abang Farid. Sebelah petangnya Abang Farid datang dari Gombak dan bawa pulang buah-buahan serta keropok lekor untuk dirinya dan untuk mentuanya.


Encik Suami kata isi tembikai sempurna, merah dan manis. Tak rugi beli dari jauh katanya. Untuk Abang Farid, Encik Suami berikan tembikai, golden melon, mangga dan limau serta jambu batu.


Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya dapatlah beli buah-buahan dengan harga yang jauh lebih murah. Itu sebab rasa tamak sampai hendak diborong semua... ahaks! Tapi, itu juga rezeki untuk cucu cicit Bonda yang datang pada petang itu.


17 ulasan:

  1. Adui, dah tengahari ni lapar pulak bila baca entry Kak Amie ni 🤤

    BalasPadam
  2. Wah….memang berselera saya tengok hidangan kak Amie ni. Dengan buah-buahan pelbagai warna tu lagi, menambah selera.

    BalasPadam
  3. lama dah tak makan berhidang di bawah. Rasa macam susah je nak melipat kaki ni

    BalasPadam
  4. bila makan ramai2...seronok...cepat rase lapar...hihihi

    BalasPadam
  5. Mujurlah Sy dah makan tengahari, kalau tak nak juga teman Bonda Kak Amie hirup sup tulang tu :D
    Seronok dapat menjamu selera beramai² gini...

    BalasPadam
  6. Sup daging dihirup panas-panas memang buat bertambah-tambah makan. Alhamdulillah bonda berselera makan. Kita tengok pun senang hati. Begitulah kan kak Amie, bila orang dah menunggu kita pun cepat cepat nak sajikan. Pucuk ubi celur pun sedap juga. Boleh juga lawankan dengan sambal tumis tu walaupun tak ada sambal belacan. Memang seronok memborong buah kalau murah-murah ni kak Amie. Bukan selalu dapat yang murah. Kat sana nanti tak dapat dah harga murah macam semenanjung.

    BalasPadam
  7. Sedapnya sup tulang...seronok tengok buah- buah tu di bahagi...

    BalasPadam
  8. makin sedap bila makan ramai ramai bersama keluarga besar.

    BalasPadam
  9. Semua tu pakat² lapar plus rindu masakan orang LD, Kak Amie. Sy terasa menghirup sama sup tulang dengan bonda.

    BalasPadam
  10. sedanya sup tulang alhamdulillah berkongsi rezeki

    BalasPadam
  11. Semuanya nampak sedap dan menyelerakan

    BalasPadam
  12. Tengok lauknya tu pun tak sabar nak makan.

    BalasPadam
  13. Sup Tulang dgn Ikan Bawal goreng, memang favorite tapi semua juadah pun memang sedap sangat tu.

    BalasPadam
  14. Kalo buah tak apa kak Amie. Sehat. Beli banyak pun bagus utk snacking dikala lapar. Drpd makan Snack manis bertepung kan 😅. Better ganti buah.

    BalasPadam
  15. kalau beli tembikai yg elok dan sedap mmg rasa puas hati kan kak?

    sesekali makan hasil air tangan anak mana tak bertambah walaupun kuah sup je😀

    BalasPadam