Pages

Jumaat, 23 Ogos 2024

DIA Yang Mengirim Angin, Lalu Angin Itu Menggerakkan Awan.

Bismillahirrahmanirrahim.
Biasanya kalau menaiki pesawat pada awal pagi, kebanyakan penumpang akan tidur di tempat duduk masing-masing. Bagi pencinta alam, sudah tentu tidak akan melelapkan mata sehingga sampai ke destinasi. Ketika inilah kita dapat melihat suasana alam seperti menyaksikan matahari terbit dengan sinarnya yang bertebaran di atas awan yang pelbagai bentuk.

Bercerita tentang awan, setiap insan mempunyai pandangan yang berbeza dalam menilai awan di mata masing-masing. Ia berkait dengan falsafah dan pengalaman hidup yang dilalui. Namun begitu, ada juga yang melihat awan sekadar tatapan kosong tanpa makna!


Menaiki pesawat MAS dari KLIA1 pada 06 Mac 2024 lepas, kita sempat merakam beberapa keping gambar awan. Pada mulanya sebaik sahaja memasuki perut pesawat, kita pasang tali pinggang dan terus pejamkan mata. Setengah jam kemudian, apabila buka mata kita terlihat pemandangan awan yang agak berbeza dari biasa. Seolah-olahnya pesawat sedang bergerak laju di atas awan tebal umpama permaidani putih bercorak gelombang kasar! Nun jauh di sana, terlihat pula awan nipis bak sutera dengan penampakan warna biru langit yang cerah sebagai latar belakangnya.

Awan putih kelihatan berkepul-kepul di bawah pesawat.

Video pemandangan awan ketika melintas Laut China Selatan.






Oleh kerana sekejap bentuk awan rupa begini, sekejap rupa begitu jadi tidak dapat tentukan apakah jenis-jenis dan ketegori awan. Mungkinkah :
  • Yang kelihatan tinggi melangit dan sehalus sutera itu awan sirus?
  • Yang berhampiran dengan awan sirus itu awan sirostratus?
  • Dan yang di bawah sirostartus itu sirokumulus?
  • Adakah pesawat kami terbang di bahagian awan pertengahan altrostatus atau altrokumulus?
Nampaknya kita sendiri cetekilmu tentang jenis dan kedudukan awan. Satu saja jenis awan yang kita ingat sewaktu belajar Geografi zaman dulu iaitu awan Komulonimbus, sejenis awan tebal yang menegak dan selalu dikaitkan dengan hujan dan ribut petir. Tapi kali ini tidak nampak pula jenis awan begini.





Leka menyaksikan awan, sampai tidak dapat tumpukan perhatian membaca majalah.



Lupakan dahulu pemandangan awan. Sarapan sudah sampai di depan mata.
Bismillah.

Abang Farid tempahkan kita sarapan melalui Chef on Call : Nasi Goreng & Sate.


Begini pula pemandangan awan setelah pesawat melepasi laut China Selatan. Pesawat sudah memasuki ruang Borneo.

Nampak awan bintik-bintik kecil menutupi warna biru laut.



Unik sekali bentuk awannya!

Ketika diumumkan pesawat akan mendarat, terus terbayang Encik Suami dan Firdaus yang sudah mendarat lebih awal sejam dengan menaiki pesawat AirAsia. Sekarang mungkin sedang menunggu kita di balai ketibaan.


Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendaki-Nya, tiba-tiba mereka menjadi gembira. (Q.S. Ar-Ruum : 48)

8 ulasan:

  1. subhanallah indahnya awan kayangan

    BalasPadam
  2. Ya Allah ternyata firdaus dengan ayahnya yaa 😅. Saya pikir firdaus sendiri baca postingan sebelumnya. Salah paham pula.

    Saya beberapa kali naik MAS. Tak sering, tapi so far suka. Paling jauh saat ke jepang. Nantilah Desember esok nak pakai MAS lagi ke Hanoi. Tak sabar, setelah beberapa tahun terakhir guna MAS 😄

    BalasPadam
  3. Kalaulah dapat mengepul awan
    Akan kupintal kujadikan
    oh namamuuuuuu

    BalasPadam
  4. kalau hari cerah mmg syok tgk hamparan awan. macam karpet gebu!

    BalasPadam
  5. Sama lah.. awan Komulonimbus, nama awan yang paling ingat 😁

    BalasPadam
  6. Subhanallah..cantik sungguh awan...SA memang suka tengok awan macam ni..sebab tu kalau travel mesti duduk di bahagian window..

    BalasPadam
  7. Subhanallah Allahuakbar . Cantiknya awan gebus gebasss ya ..

    BalasPadam
  8. MashaAllah, cantik betul permandangan awan dan langit yang membiru. Kak Amie cakap begitu, terasa juga cetek ilmu tentang awan. Ingat nama awan komulonimbus tu tapi lupa bagaimana rupa dia.

    BalasPadam