Pages

Jumaat, 26 Julai 2024

Jalan-Jalan Cari Makan di Kuala Selangor

Bismillahirrahmanirrahim.

Penghujung Februari 2024, ketika kami berada di kampung memang terasa sangat bahang panasnya. Hendak tidur panjang di siang hari, rasa tidak selesa. Selepas solat zohor, ajak Encik Suami ke Kuala Selangor. Firdaus tidak mahu ikut serta kerana hendak bermain bersama sepupunya.

Ada dua tujuan kami ke Kuala Selangor. Yang pertama hendak berurusan di bank dan yang kedua, sudah terlajak ke Kuala Selangor kami singgah di LOTUS untuk beli barang dapur. Biasanya kami berbelanja di Puncak Alam, tapi kali ini beralih arah sebab senang sekali jalan.

Di LOTUS sempat pula singgah di KADIR PASEMBOR. Oleh kerana tidak biasa makan pasembor di sini, jadi kami hanya membeli sedikit sahaja. Orang kata sekadar nak merasa.

Sepinggan pasembor, makan berdua dengan Encik Suami.


Encik Suami hanya memesan air suam sahaja, manakala Amie memesan sirap limau. Tapi yang datang teh sarbet @ teh lay.

Teh Sarbet @ Teh Lay

Teh Sarbet & Sirap Limau

Oleh kerana teh sarbet sudah berada di meja, Encik Suami kata biarlah dia minum saja. Kami minta pekerja Kadir Pasembor sediakan sirap limau seperti yang diminta.

Boleh tahan juga rasa pasembor di sini. Tapi, rasa tidak sabar untuk makan pasembor di Penang! Selesai makan, kami habiskan masa membeli keperluan dapur, yang kering dan yang basah dan kemudian bergerak pulang. 

Sebelum sampai ke kampung sendiri, singgah dulu di kampung sebelah. Tak lain tak bukan di Warung Soto Ori Kanang, tempat niaga sahabat baik Amie dari sejak sekolah rendah iaitu pasangan suami isteri Zainal dan Hawa. Zainal tidak ada, tetapi Hawa kelihatan sibuk di ruang dapur. Hawa tidak perasan Amie datang ke situ.

Warung Soto Ori Kanang, Kampung Bukit Cherakah.

Amie : Soto Ayam

Encik Suami : Mi Goreng Basah

Cendol

Hawa sudah tentulah terkejut apabila kita tiba-tiba cuit dia dari belakang! Mengucap panjang dia. Setelah berbual seketika, kami tinggalkan Warung Soto Ori Kanang untuk pulang ke rumah.

5 ulasan:

  1. Cendol tu sangat2 mengancam time cuaca panas ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waktu itu memang cuaca sentiasa panas. Memang sedaplah menyendol, sejuk, lemak manis!

      Padam
  2. Pasembor sekarang susah nak cari yg ori dan kena dengan tekak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agakanya nak dapat yang ori tu di mana ye.

      Padam
  3. Pasembor penang le lagi sodap tapi nampak cendol dengan soto tu aduhaiiii..... telan air liur ni amie aduhaiii

    BalasPadam