Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini dan esok, kita bertugas sebagai AJK Makanan sempena aktiviti Perkhemahan Perdana yang diadakan di Kem Semulung LD. Kumpulan kami diberi tugas menyediakan minuman untuk sarapan dan mengagihkan makan tengah hari. Tugas menyediakan minum petang dan makan malam diserahkan kepada AJK yang lain.
Sebelum memulakan tugas di pagi hari, sempat isi perut dulu di warung yang terletak berhadapan dengan kedai-kedai di taman perumahan. Warung ini dibuka seawal pukul 5:30 pagi setiap hari. Antara pengunjung tetapnya yang memenuhi meja sudah tentulah bapa-bapa yang baru balik dari masjid selepas menunaikan solat subuh. Pagi ini, kami bertiga menyelit di celah-celah kebanjiran mereka.
Banyaklah pilihan sarapan yang disediakan. Ada nasi kuning lauk sambal ikan tuna. Ada nasi lemak dengan pelbagai pilihan lauk seperi sambal kerang, ayam goreng, sambal sotong, udang salut tepung dan sebagainya.
Amie hanya mengambil kuih dan ubi goreng serta secawan minuman coklat susu.
Encik Suami sarapan mi goreng dengan telur mata.
Firdaus makan mi goreng juga tetapi dengan ayam goreng.
Minuman panas.
Kuih Janda |
Amie memang suka makan kuih janda, pisang disalut ubi dan dilumur dengan kelapa parut.
Ubi Goreng cecah sambal. |
Teruja hendak makan ubi goreng cecah sambal. Rupanya sambalnya tersangat pedas! Tak dapat habiskan dua ketul ubi goreng. Encik Suami pun tak mahu tolong habiskan apabila Amie beritahu sambalnya sangat pedas.
Setelah selesai tugas untuk hari ini di Kem Semulung, kita pun balik rumah. Encik Suami beritahu, pagi tadi jiran sebelah ada berikan cendawan kelapa sawit. Apabila kita masuk dapur, cendawan masih di dalam bungkusan plastik. Mungkin suhu panas di dapur, dan Encik Suami pula biarkan cendawan terbungkus, jadi sebahagian cendawan kelihatan lembik dan basah.
Cnedawan Kelapa Sawit |
Kita pilih cendawan yang masih elok. Fikir-fikir, eloklah digoreng buat kudap-kudapan. Kita tambahkan tepung, hirisan bawang besar, kisarkan bawang putih bersama ikan bilis, pecahkan sebiji telur dan bubuh garam serta perasa. Kita tuangkan sedikit demi sedikit air sekadar untuk bagi melekat tepung pada cendawan. Kemudian goreng hingga warna keemasan. Selain Encik Suami, Firdaus pun ikut makan sama!
Cendawan Kelapa Sawit Goreng |
Sekian, cerita hari ini : Minum Pagi di Warung, Minum Petang di Dapur.
Esok kena bangun awal untuk bersiap sedia mengurus makan dan minum peserta Perkhemahan Perdana di Kem Semulung, LD.
Esok kena bangun awal untuk bersiap sedia mengurus makan dan minum peserta Perkhemahan Perdana di Kem Semulung, LD.
Melihat cendawan goreng jadi rasa nak buat juga 😄😄. Tapi biasanya saya pakai jamur Enoki kak. Belum coba kali jamur lain. Ohh atau jamur tiram. Tp memang jarang beli jamur tiram ini
BalasPadamJamur enoki memang sedap.
Padamsedap tu cendawan goreng
BalasPadamcendawan kelapa sawit ni tak sama kot dengan cendawan busut.
Nampak lebih nipis.
Kalau cendawan busut ditumis sedapnya.
Jarang nak dapat cendawan busut. Berpuluh tahun tak jumpa.
Padamohh nampak beza ye cendawan busut dengan cendawan kelapa sawit. Ingat dulu kalau musim cendawan tumbuh kat kebun getah, lepas aruahmak menoreh terus di petik cendawan tersebut buat makan tengahari. Buat jangan bening je pun sodap
BalasPadamHadoiiii...orang kampung kami panggil cendawan busut ni ayam. Dek kerana sedapnya!
Padamdua2 sama menyelerakan.
BalasPadamAlhamdulillah. Rezeki Allah.
Padam