Pages

Rabu, 19 Jun 2024

Makan Kapurung Tapi Kuahnya Kok Sejuk!

Bismillahirrahmanirrahim.

Cuti Aidil Adha pada hari Isnin sahaja, dan pada hari Selasa sudah turun menoreh. Banyak warung makan masih tutup sehingga ke hari ini. Kami singgah di Warung Kampung di bandar LD. Kita hendak makan kapurung dan Encik Suami makan barobbo. Setelah mengambil pesanan, pekerja warung datang semula beritahu tiada barobbo. Encik Suami tukar minta gado-gado pula.

Agak lama juga kami menunggu pesanan tiba di meja. Pelanggan di sebelah meja kami yang lewat sampai, sudah selesai makan nasi campur dan tinggalkan meja. Jus epal hijau hampir habis disedut. Hampir setengah jam menunggu, datanglah semangkuk kapurung. Sayangnya kuahnya sejuk! Alahai.... kenapalah tak panaskan dahulu kuahnya barang seminit dua.

Malas hendak cakap banyak, dan perut pun sudah lapar, sudu sajalah ke mulut!

Encik Suami pula sudah putuskan tidak mahu memanggil pelayan warung. Katanya, biarlah kalau gado-gado tidak sampai. Agaknya Encik Suami sudah bosan selalu berhadapan dengan situasi makanan lambat sampai!

Kapurung

Jus Epal Hijau

Gado-Gado

Setelah kami hendak bangun tinggalkan meja, tiba-tiba datanglah gado-gado yang ditunggu selama 40 minit itu! Kuahnya sedap, cukup rasa dan ada rasa kencur. Sempatlah copet sikit dari pinggan Encik Suami.

Sewaktu jelaskan bayaran makanan di kaunter, pekerja di situ tanya Encik Suami.

Okey tak makanan di sini?
Jawab Encik Suami : Makanan kamu sedap, tapi servisnya sangat lambat.

Pekerja di kaunter minta maaf. Katanya tukang masak di dapur terpaksa melayan pelanggan. Hurrmmm.... mungkin ada pekerja yang masih bercuti.

Tapi Encik Suami tak pula kata kapurung dihidang dengan kuah sejuk!

Oleh kerana tidak puas hati dengan hidangan kapurung kuah sejuk, Amie ajak Encik Suami singgah makan barobbo di warung Kampung Bugis. Sampai di sana, warung tutup. Kami teruskan perjalanan pulang tapi singgah lagi di Batu 1 untuk beli betik dan pisang. Sempat pula beli sup kuetiaw dengan ikan kerapu, bawa pulang.

Kuetiaw Sup Ikan Kerapu

Sampai di rumah, terus bubuh kuetiaw dan tuang sup ikan kerapu ke dalam mangkuk. Masih panas beb! Jadi, balas dendamlah hirup sup sebagai ganti rugi kapurung sup sejuk!

Kadang-kadang hari yang kita lalui tak sempurna seperti yang dirancang.
Maka, berlapang dadalah.


13 ulasan:

  1. Makanan sedap tapi kalau tak jaga kualiti makanan , tak jaga servis risau pelanggan tak nak datang lagi .

    BalasPadam
  2. Walaupun lambat, tapi nampak semua makanan tu sedap Kak Amie. Memang kena bagitau servis lambat.

    BalasPadam
  3. Menarik betul nama makanan kat sana ye. Takde jual kat Semenanjung.

    BalasPadam
  4. Service lambat mmg potong mood nak makan :(

    BalasPadam
  5. Alamak,kalau perut tengah lapar,service lambat memang bpleh spoil mood kan..Tapi,nampak segar ikan kerapu dalam sup tu..pasti sedap menghirup..

    BalasPadam
  6. Mungkin betul kata Kak Amie mereka tak cukup pekerja sebab bercuti Aidiladha..cuma tu la kuahnya sejuk tu...kalau SA memang x lalu nak makan..

    BalasPadam
  7. Lebih 1/2 jam memang lama, tapi kakak dan abang sangat penyabar orangnya.

    BalasPadam
  8. memang potong betul bila dah la lambat, pastu dapat yang sejuk. Kenapa lah kat sini jaranga da jual sup-sup ada ikan segar macam akak tunjuk tu, sini dh diproses jadi fish ball ada lah

    BalasPadam
  9. Saya malah belum pernah coba kapurung kak. Di sana banyak makanan Bugis yaa.

    Seharusnya memang kalo makanan berkuah dipanaskan dulu. Beda cerita kalo yg dihidangkan cold noodle kan 😄

    BalasPadam
  10. wow terbaik gado2 menyelerakan

    BalasPadam
  11. Nampak sup tu terus lapar. Nampak sedap tu banyak isinya.

    BalasPadam
  12. Lama betul menunggu. Mujur juga yg ditunggu capai piawaian mem besar

    BalasPadam