Bismillahirrahmanirrahim.
Salam Aidil Adha buat semua.
Taqabbalallahu Minna wa minkum. Kullu am wa antum bikhair.
Pagi ini sempat sediakan sedikit juadah sempena Aidil Adha buat santapan kami bertiga. Pukul 11:00 pagi nanti Encik Suami akan menghadiri kenduri di rumah bapa saudara di kampung. Selepas zohor dan sebelah petang, in syaa Allah kami akan hadiri jemputan rumah terbuka pula.
Juadah seadanya di pagi Aidil Adha:
- Ketupat
- Rendang Nasib
- Sayur Lodeh & The Gang
- Kek Lapis
- Buah Anggur & Mangga Manila
Balik dari solat sunat Aidil Adha di masjid, kami terus ke dapur untuk menikmati juadah yang Amie sempat disediakan. Firdaus bersungguh-sungguh makan ketupat dengan Rendang Nasib. Encik Suami pula sudah pandai makan lontong!
Beberapa tahun lampau, susah benar rendang dan lontong hendak hinggap di meja makan kami! Lama-kelamaan setelah Amie sering-sering masak kedua-duanya, akhirnya menu ini diterima baik oleh seisi keluarga.
Lontong & The Gang |
Ketupat |
Buah Anggur & Mangga Manila |
Kek Lapis |
Salam Aidil Adha.
Semoga sihat dan ceria hendaknya.
Jangan lupa doa untuk saudara kita di Palestin.
Dari sungai ke segara,
Palestin pasti merdeka!
Haii sis yang cantik manis. Saya singgah dan follow sini. Jemput singgah blog saya jugaa. Hehehe. Salam kenal dan selamat hari raya untuk sis sekeluarga, :)
BalasPadamSalam kenal juga Cik Pijaa. Saya sudah singgah di rumah Cik Pijaa ye.
PadamSalam Aidil Adha Cikgi Amie..
BalasPadamAda ketupat randang,maka raya lah kita kan...menarik rendang nasib..ketupat juga macam bentuk segi tiga..unik tu belum pernah saya jumpa bentuk segi tiga
Sarung ketupat tu beli di pasar tani. Tak ada orang jual daun kelapa muda, tak dapatlah anyam sendiri.
Padamselamat hari raya kak...
BalasPadamSelamat hari raya Lady sekeluarga.
PadamAisssh cantiiiiik kek lapis kak amie 😍😍😍. warnanya baguuuus. Sedaap juga sepertinya lontong sayur yang dibuat 😍😍. Lebaran tanpa rendang memang belum lengkap ya kak. wajib ada 😄👍
BalasPadamYa, lontong sayur.
PadamBuat rendang sedikit untuk kami bertiga.
Banyaknya juadah di LD...ada kek lapis juga...Salam Aidiladha dari SA sekeluarga Kak Amie
BalasPadamJuadah seadanya SA, untuk kami tiga beranak. Salam Aidil Adha juga buat SA sekeluarga.
PadamSalam Aidiladha .
BalasPadamSalam Aidil Adha CCL.
PadamTaqabbalallahu minna waminkum.
BalasPadamSalam Aidil Adha. Maaf Zahir Batin.
Sedapnya juadah Raya. Nak sikit....
Alhamdulillah. Juadah seadanya untuk keluarga kecil Kak Amie. Jemput ye Mulan.
PadamLontong di Lahat Datu, tentu sedap rasanya sampai akhirnya diterima jadi juadah utama di meja pada pagi hari raya.
BalasPadamDi LD tak pernah jumpa lontong. Kalau hendak makan kena masak sendiri hihihiii.
PadamSebab sudah ada ketupat, buatlah sikit sayur lodeh. Maka jadilah lontong di pagi raya.