Pages

Isnin, 24 Jun 2024

Dari Bulgaria ke Turkiye : Singgah di Masjid Fatih Sultan Mehmet

Bismillahirrahmanirrahim.

Perjalanan dari Sofia, Bulgaria menuju ke Istanbul, Turkiye memakan masa yang agak lama. Namun bagi Amie, tidaklah terasa sangat sebab sepanjang perjalanan Amie membuat kerja-kerja edit penulisan. Amie termasuk di antara 10 orang penulis bersama buku bersiri (25 Rasul) : Iktibar Kisah Rasul terbitan YADIM (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia).

Kami bertolak dari Sofia pada pukul 11 pagi dan tiba di Istanbul pada pukul 9:15 malam. Seperti biasa, ketika sampai di sempadan negara Bulgaria, kami turun dari bas untuk pemeriksaan imigresen dan cop passport. 

Masjid Fatih Sultan Mehmet


Gambar kenangan di stesen minyak SHELL di Bulgaria.
Sempat tukar mata wang EURO untuk beli biskut. 


Selamat tinggal Bulgaria.
Selamat tinggal Balkan!
Apabila perut berasa lapar, Amie makan biskut, kacang dan limau yang diambil dari hotel.


Sempat qadha' hajat buat kali terakhir di tandas imigresen Bulgaria.
Bayaran yang dikenakan hanya 0.50 EURO sahaja.


Pemandangan setelah melepasi sempadan Bulgaria ke tanah Turkiye.

Ada yang memilih tempat duduk terbuka untuk menikmati makan tengah hari.

Selepas melintasi sempadan negara, bas berhenti di sebuah masjid di Turkiye.

Nasi bungkus, lauk ayam.

Kami berehat seketika di sini untuk menikmati hidangan tengah hari yang memang dibekalkan dari hotel di Bulgaria. Banyak pondok dan tempat duduk di sekitar masjid. Jadi, kami memilih salah satu tempat berbumbung untuk makan.

Masjid Fatih Sultan Mehmet





Selepas makan tengah hari, kami masuk ke masjid untuk menunaikan solat jamak taqdim zohor dan asar.


Assalamualaikum.


Tempat solat kaum wanita terletak di sebelah atas. Kena naik tangga untuk sampai di situ.


Sekarang sudah sampai di tempat solat kaum wanita.


Selepas solat sempat intai ruangan solat kaum lelaki di bahagian bawah.


Cantik dan bersih keadaan dalam masjid ini.



Terserlah kehalusan senibinanya.



Bahagian bumbung Masjid Fatih Sultan Mehmet.


Sempat lelapkan mata dan terjaga beberapa kali sebelum sampai ke Istanbul.
Tak sangka pula boleh datang ke Istanbul buat kali kedua setelah tujuh tahun berlalu. Kali pertama Amie jelajah Turkiye pada  Mac 2017.

Istanbul!
Aku datang lagi!

10 ulasan:

  1. Pagi-pagi nampak nasi bungkus lauk ayam tu menyelerakan sekali.

    BalasPadam
  2. Wahhh.. tenang² sahaja Kak Amie dalam bas pun boleh buat kerja mengedit ya. Indah sungguh binaan dan dekorasi masjid tu, Kak Amie.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum sis, cantik dan indah masjid di sana, suasana tenang, senang jelajah makanan di sediakan.. Bestnya ke Istanbul pula...

    BalasPadam
  4. Tenang dan damai suasananya tiada manusia berpusu-pusu.
    Menarik bumbung tu

    BalasPadam
  5. unik senibinanya.. yg pasti nasik bungkus tu sedap n menyelerakan...

    BalasPadam
  6. cantiknya masjid Fatih tu Amie, Alhamdulillah... di rezekikanNya Amie ke sana melihat kebesaran Allah swt...

    BalasPadam
  7. Tenang je suasananya ye kak... jalan pun tengok lengang tak macam tempat tumpuan lain. Masjid tu cantik betul lah, takjub nengok hasil senibina dalamnya tu

    BalasPadam
  8. Dulu pun pertamakali ke turkiye, saya berangkat dr Bulgaria. Hanya 10 jam. Berangkat malam, sampai sana subuh. Jadi bisa tidur di dalam bus

    BalasPadam
  9. Saya pun nak datang lagi ke turkiye...... yeh istanbul aku datang lagi. Aamiin. Masjid Turkiye suka tenguk rekabentuk dia dan senibina dia yang cantik didalamnya.

    BalasPadam
  10. Cantik rekabentuk Masjid Turkiye ni kak...nasi berlauk tu pun nampak sedap betul

    BalasPadam