Pages

Selasa, 25 Jun 2024

Makan Malam Pukul 10 Malam

Bismillahirrahmanirrahim.

Tepat pukul 10 malam kami sudah berada di dewan makan untuk menikmati hidangan. Rasanya kalau tidak makan malam pun tidak mengapa sebab sudah keletihan dan mengantuk. Apa pun rezeki sudah di depan mata, Alhamdulillah. Eloklah jamah sedikit. Mana tahu tengah malam waktu tidur terjaga pula sebab perut pedih masuh angin!

Makanan disediakan secara berhidang. Sebaik sahaja masuk ke dewan makan, setiap meja sudah disajikan dengan hidangan pembuka.

Hidangan utama : Set nasi, kentang bersama ayam.


Para peserta rombongan sedang menikmati hidangan masing-masing.


  • Roti
  • Air mineral
  • Buah oren
  • Salad
  • Dessert / Turkish Chocolate Cake

Turkish Chocolate Cake

Turkish Soup : Tavuk Suyu Corbasi


Celup sekeping roti ke dalam mangkuk sup.
Memang sedap!


Rasanya dapat makan sekeping roti celup sup, hirup semangkuk sup panas dan ratah salad pun sudah cukup!
Terlupa pula ada hidangan utama belum sampai ke meja.


Pelayan sentiasa melayani para tetamu dan memastikan semuanya mendapat hidangan yang sepatutnya.


Setelah lapan hari merasa hidangan di negara-negara Balkan, malam ini kami menikmati sajian Turkiye yang menggabungkan resipi warisan Uthmaniyyah dan Asia Tengah.

22 ulasan:

  1. Kemarin itu makanan di Istanbul saya lumayan suka. Tapi masuk ke kota2 lain di Turkiye, jujur dah tak sesuai rasanya 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena bawa bekal makanan sendiri kalau begini kan Fanny.

      Padam
  2. Kalau saya pun sama, pukul 10 malam saya akan pilih tidur. Tapi makanan tu nampak enak semuanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasal. Kalau tak turun makan tak tahu pula ada hidangan enak-enak.

      Padam
  3. Tavuk Suyu Corbasi tu nampak menarik, bila digoogle ia adalah sup ayam dan ada campuran bihun dalam tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, sup masih panas. Berselera makan celup roti.

      Padam
  4. Biar menyesal makan dari menyesal tidur, Kak Amie!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul SK. Bukan selalu dapat datang sini.

      Padam
  5. Lewatnya makan malam di situ. Kalau saya agaknya dah takde selera sbb mata dah mengantuk 🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadual makan di hotel sama seperti biasa, tapi sebab kami lambat sampai dari Bulgaria. Jadi mereka sediakan selepas kami selesai urusan daftar masuk hotel.

      Padam
  6. Baru betul betul makan malam...🤭

    BalasPadam
  7. Betul Kak Amie kalau travel ni, penat macamana pun kena makan sikit jugak takut perut kosong apa lagi bila duduk hotel je kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaaa.... Boleh dijadikan peringatan kalau travel lain kali kan Mulan. Mesti isi perut walau sedikit.

      Padam
  8. HHappy holiday Amie, semuga yang baik baik mengiringi kamu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Ita. Moga Ita pun baik-baik saja.

      Padam
  9. Kalau SA pun akan makan dulu walau macam mana penat dan mengantuknya sebab kalau x makan, pasti SA x boleh tido tenang

    BalasPadam
  10. chocolate cake tu nampak sedapppp cukup ke byk tu kak?🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kek coklat tu memang dah dikhususkan di atas meja, seorang sepotong sahaja. Heheheee... Kak Amie tak makan kek tu sebab rasa dah penuh sangat perut dengan makanan lain.

      Padam