Pages

Rabu, 15 Mei 2024

Ratah Kulit Ayam Goreng Rangup Dua Set!

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini cari makan tengah hari di Perdana Square. Singgah di Soup House Cafe Sri Perdana. Ada coto dan juga soto dan menu lain. Encik Suami hendak makan soto ayam. Amie pula memilih coto campur. Nampak menu ayam goreng crispy, pesanlah satu set. Harganya RM5.00.

Ayam Goreng Crispy pesanan set kedua. Yang di belakang set pertama sudah licin.


Kulit ayam ini digoreng sempurna. Lelemaknya dibuang. Salutan tepungnya pun tidak tebal. Terasa kerangupannya. Apalagi ketika makan cecah dengan dua jenis sambal. Waduh...waduh Tijah! Ralit mengunyahnya... krap kurp krup krap!

Coto Campur ini isinya daging dan ayam. Minta tambah dua keping buras.

Nampak sedap pula Soto Ayam Encik Suami. Sebenarnya terpikat dengan pegedilnya yang comel itu!


Ada rakan blogger kita yang tanya, soto itu coto samakah? Tidak sama:

  • Soto kuahnya jernih.
  • Coto kuahnya agak pekat dan berwarna.
Yang Encik Suami makan itulah soto. Yang Amie makan itu coto.



Oleh kerana yang datang ke meja ialah kulit ayam goreng jadi kami ratah dulu sampai habjs. Panas dan rangup. Kemudian barulah sampai coto dan soto. Tiba-tiba terasa hendak makan kulit ayam goreng lagi. Encik Suami pun memesan lagi. Kalau teringin makan lagi, makan sajalah. nanti sampai rumah teringat-ingat pula.


Selepas habis menyoto dan mencoto, kami pun sambung makan kulit ayam set kedua sampai habis.

Tak ingat apa nama minuman ini. Ada rasa-rasa gula melaka!

14 ulasan:

  1. Buat bloggers trip ke LD lah camni. Macam2 makanan belum jumpa. Sedap semua nya tu 😍

    BalasPadam
  2. Kulit ayam goreng tu sedapp... Lama tak jumpa

    BalasPadam
  3. Kak Amie pernah ke Makasar? Pasti puaslah menikmati coto di sana. Saya paliiiing suka dengan Coto Gagak kalo di Makasar. Sayangnya belum buka cabang di jakarta. Yg di jakarta pun ada banyak resto Makasar. Tapi kadang rindu juga makan Coto langsung dari kota asalnya

    BalasPadam
  4. ooo berbeza rupanya Coto & Soto.. baru tahu hehehe

    BalasPadam
  5. Kafe pun ada jual kulit ayam goreng, kalau kat sini biasa jumpa kat pasar malam je.
    Bila lah nak rasa coto tu.
    Rasa cam kat LD banyak makanan yang best-best je 😁

    BalasPadam
  6. makanan kegemaran juga ni.. kulit ayam goreng kruk krak.. kalau di trg ni di dungun sahaja sedap.. kalau di kwsn lain x menjadik.. hihihi.. citarasa masing2 kan..

    BalasPadam
  7. Sedapnya kulit ayam rangup, tapi skrg dah kena elakkan makanan2 macam tu takut kolesterol naik.

    BalasPadam
  8. sedpanya kulit ayam...SA x leh makan...nanti kolestrol naik...

    BalasPadam
  9. wah sedapnya menu mengait selera

    BalasPadam
  10. Baru tahu bezanya coto & soto. Sy ingat dari segi dialeknya.
    Kulit Ayan crispy mmg sedap diratah²...

    BalasPadam
  11. Kulit ayam goreng memang sedap..

    BalasPadam
  12. di pantai timur ni kulit ayam pasar malam je yg famous...tu pun tak selera nak beli kadang masih ternampak bulu-bulu ayam

    BalasPadam