Pages

Selasa, 14 Mei 2024

Sarapan Sambil Kupas Kulit Sosej

Bismillahirrahmanirrahim.

Di bawah bacaan suhu 0'C kami turun ke lobi menyeret beg masing-masing dan letakkan di hadapan kaunter hotel. Kemudian kami menuju ke dewan makan untuk mengisi perut buat alas di pagi hari yang sangat dingin itu.

Selamat pagi Macedonia!

Pertama kali jumpa sosej yang masih berbungkus.


Suasana awal pagi di ruang makan Imperial Hotel & Spa.


Hiasan dalamannya kelihatan cantik dan menarik.


Jom kita tengok sarapan apa yang disediakan di hotel ini.
Masih lagi suasana romantik dengan lampu malap seperti makan malam.


Tiada buah lain yang disediakan melainkan buah pisang.

Pelbagai jenis roti dan jem.




Tidak ketinggalan hirisan timun, tomato, pelbagai jenis keju dan buah zaitun jeruk.





Sosej yang masih ada pembungkusnya.


Dua jenis air sejuk : Jus delima dan air kosong.


Jom minum jus delima.



Boleh bancuh teh.


Teh Indian?



Mesin kopi.


Bawa sarapan duduk di meja tepi tingkap. Dapatlah sedikit cahaya dari luar.


Inilah antara alas perut di Macedonia. Ambil pisang sebiji.


Ambil risotto sesudu, telur mata, buah zaitun jeruk, timun, tomato dan sosej.


Nasib baik terpandang ikatan pembungkus dihujung sosej. Kalau tak perasan, memang terus ngap masuk mulut.


Inilah kali pertama hendak makan sosej kena kupas kulitnya dulu.




Tambah lagi timun, tomato, keju dan chicken slice. 
Rasa timun di sini lain macamlah. Manis!

Kamsiah dengan minuman kopinya.

Amie tambah segelas jus delima.


Selesai sarapan, kami tinggalkan dewan makan dan heret beg menuju ke bas.



Sewaktu seret beg menuju ke bas, terpandang pula seorang uncle sedang menyusun cendera hati di tepi jalan ke pintu masuk hotel.



Singgahlah kami di sini menjamu mata pula. Maka beramai-ramailah memborong fridge magnet, key chain dan lain-lain di sini.


Menjelang pukul lapan pagi, kami meninggalkan Imperial Hotel & Spa.


Bacaan suhu ketika ini masih menunjukkan 0'C.
Selamat tinggal Struga.
Kami ke Ohrid pula.


9 ulasan:

  1. Aduh Kak Amie, letihlah nak makan sambil kupas ni 😀

    BalasPadam
  2. udah macam makan pisang lak kak hahahhaha

    BalasPadam
  3. sosej dikupas kulit? rajinnye kak emi kupas kulitnya.. :D..

    BalasPadam
  4. makan alas perut ja ya serba sikit

    BalasPadam
  5. Sejuknya 0'C tu. Sedapnya breakfast spread di Macedonia. Kena kupas dulu lah ya sosej tu, nampak tebal kulitnya.

    BalasPadam
  6. sambil makan sambil kupas kulit....jenuhnyaaa...

    BalasPadam
  7. Sedap juga kliatan sosisnya kak 😍😍😄. Biasanya sosis luar negeri ini selalu enak ❤️.

    Pasti senang si uncle, barang dagangannya laris manis PAgi2 😄👍

    BalasPadam
  8. Masuk hotel memang untuk tidur dan makan sahaja ya. Kiranya tak perlu unpack pakaian.
    Uncle senyum je, pagi-pagi laris hasil dagangannya.

    BalasPadam