Pages

Isnin, 13 Mei 2024

Tempat Makan Romantik Tapi Tak Berapa Rasa Romantiknya!

Bismillahirrahmanirrahim.

Makan malam ditetapkan pada pukul tujuh dan dihidangkan dari meja ke meja oleh pramusaji. Apabila kaki melangkah ke dewan makan, mata terpegun melihat betapa luasnya ruangan makan. Namun mata tidak begitu damai dengan cahaya lampu di segenap ruang.


Cahaya lampu yang malap seolah-olahnya kami berada di tempat makan bersuasana romantik tetapi bagi yang tidak biasa dengan suasana kelam begini sudah tentulah berasa kurang selesa.


Sudahlah kami kurang ilmu mengambil gambar, walaupun guna mode malam beginilah gambar yang terhasil. Gunakan HP Amie atau gunakan HP Kamsiah, sama saja. Memang sakitlah mata hendak merenung gambar-gambar dalam entri ini.


Minuman yang disediakan, air kosong.



Penambah rasa, lada hitam, garam dan minyak zaitun.


Hidangan pertama disajikan sudah tentunya sepiring salad untuk setiap orang.


Ada roti. Comel pula rotinya. Nampak kembung dan ada bijan saiz besar. Eh, bijan atau biji bunga matahari?



Apabila pramusaji menuangkan sup di dalam mangkuk di hadapan kami, cepat-cepatlah ambil roti dan celup sementara sup masih panas.

Bismillah.


Kemudian dihidangkan pula risotto. Tidaklah banyak risottonya yang dibubuh di tengah-tengah pinggan besar. Bolehlah untuk alas perut. Dan sementara masih panas, eloklah terus suap masuk mulut. Orang kata sementara masih ada 'rasa' sebab hidangan di  sini tiada perasa tambahan selain lada hitam, garam dan minyak zaitun yang terletak di atas meja.

Risotto

Kek Coklat Pisang

Hidangan terakhir, pencuci mulut : kek coklat pisang penuh berkrim.

Krim dan pisang dibalut dengan coklat!




7 ulasan:

  1. saya kalau masuk restoran lampu macam ni alamatnya pening la kepala lepas tu. Mata tak tahan cahaya macam ni

    BalasPadam
  2. hahaha... tergelak saya... Memang la.. kalau makan dengan suami, rasa la juga mood romantik nya tu kut..

    BalasPadam
  3. Ana pun kurang suka lighting jenis mcm ni.. jadi pening kepala hehehe

    BalasPadam
  4. Boleh pening jugak tapi sekali sekala ok kot hehe.

    BalasPadam
  5. Hahahahahahah saya pun benciii sangat kalo masuk ke ruangan dengan lampu remang2 seperti ini. Apalagi pakai warna lampu merah atau kuning.

    Semua foto yg diambil pun jadi tak bisa terlihat warna sebenarnya. Semua JD merah atau kuning 🤣

    BalasPadam
  6. Sama macam saya, kurang seronok kalau masuk tempat makan yang lampu malap2..
    Rasa pandangan terhad.
    Usia sudah bertambah ni lebih gemar tempat terang.

    BalasPadam