Pages

Rabu, 17 April 2024

Sulejmanija Mosque in Travnik : Satu-satunya Masjid di Bosnia Dengan Menara di Sebelah Kiri

Bismillahirrahmanirrahim.
Sambung entri jalan-jalan Balkan.
Dalam perjalanan dari Jajce menuju ke Sarajevo, kami singgah di Travnik. Salah satu tempat tujuan kami ialah Sulejmanija Mosque (Masjid Sulaimaniyah), satu-satunya masjid di Bosnia yang mempunyai menara menjulang dari sebelah kiri bangunan. Kami diberi masa selama satu jam sahaja untuk ke tandas dan menunaikan solat.

Sulejmanija Mosque



Masjid yang berwarna-warni, sarat dengan ukiran dan hiasan dinding gaya seni bina Uthmaniyyah ini wujud sekitar tahun 1757.

Suasana di bahagian dalam masjid , tempat jemaah lelaki.
Sumber : Google


Selepas kebakaran besar pada tahun 1815, masjid ini dibaikpulih semula. Walaupun warna-warna masjid tersebut menjadi pudar tetapi bangunannya kekal terkenal sehingga ke hari ini.





Pemandangan dari luar masjid.



Sulejmanija Mosque in Tranvik




Pemandangan dari bahagian tas, tempat jemaah wanita.




Pemandangan di tingkat bawah (tempat jemaah lelaki).
 

Pintu masuk masjid.


Tandas.




Pemandangan di belakang masjid.
Di sebalik gerbang kecil, terdapat kedai makan dan minum.


Menikmati minuman petang di cafe yang terletak di belakang masjid.


Pemandangan di hadapan masjid.


Ketika ini jam menunjukkan hampir pukul empat petang.
Waktu yang diperuntukkan hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi.
Jadi, kami cepat-cepat meninggalkan masjid menuju ke tempat letak bas, lebih kurang 300 meter dari sini.


Sempat jugalah tangkap beberapa keping gambar untuk merakan suasana di sini.




Mata terpikat melihat pelbagai jenis cendera hati di sini tetapi waktu tidak mengizinkan untuk berlama-lama merenungnya!





Nampaknya restoran ini menjadi tumpuan ramai sehingga para pelanggan terpaksa beratur untuk memberi makanan!


Salah seorang rakan kami sempat beli burger!


Perjalanan diteruskan.



Pemandangan kawasan perumahan di sepanjang jalan.



Banyak masjid yang dapat dilihat.


Ada juga terselit sebuah dua gereja. Namun begitu jumlah masjid memang lebih banyak berbanding gereja.

Menjelang senja bas kami menghampiri Sarajevo.



11 ulasan:

  1. Cantiknya SULEJMANIJA MOSQUE ni. Alhamdulillah senja yang indah tiba di Sarajevo.

    BalasPadam
  2. Cantik seni bina masjid ni. Dalamnya ceria dengan vibrant colour. Ada banyak sudut yang menarik. Tak boleh nak berlamaan dan merenung apa yang ada sebab semua nak serba cepat kan.

    BalasPadam
  3. cntiknya senibina kat sana.. sngt unik. dpt bezakan negara dorang dgn negara lain

    BalasPadam
  4. Cantik kaler dalam masjid tu.. nampak ceria.

    BalasPadam
  5. Aiiiih saya sukaaaa liat lukisan2 di dindingnya, cantiiiiik sangat 😍😍😍😍. Bagian dalam pun baguus ya kak. Walo pudar tapi memang mesjid ini masih terlihat aura megah nya

    BalasPadam
  6. Beruntungnya Kak Amie dapat pengalaman menunaikan solat di masjid yang terkenal dan penuh sejarah ni. Kagum sy melihat senibinanya dan keindahan yang dihasilkan orang² terdahulu.

    BalasPadam
  7. Hebat senibina mereka.
    Burger tu nampak sedap la..apa lagi makan dalam cucaca dingin

    BalasPadam
  8. Cantiknya senibina masjid tu..masih kekal cantik walau dh terlalu lama kan..bila dingin..pasti lapar kan kak...

    BalasPadam
  9. masjid dia macam rumah2 aje dari luaran. dalaman dia cantik juga

    BalasPadam