Pages

Khamis, 18 April 2024

Bermalam di Hotel Exclusive, Sarajevo Bosnia & Herzegovina

Bismillahirrahmanirrahim.
Menjelang pukul 5:30 petang waktu Bosnia Herzegovina, sampailah kami ke Hotel Exclusice di Safeta Zajke Sarajevo. Seperti di Bihac, sebelah malamnya kami hanya berehat dan tidur di bilik sahaja. Lagipun tidak banyak masa yang hendak diluangkan pada waktu malam di sini memandangkan premis-premis perniagaan tutup sekitar pukul 9 malam. Di sini, kami perlu serahkan passport kepada pihak hotel dan boleh diambil semula sewaktu atau sebelum keluar dari hotel.

Hotel Exclusive





Selamat Datang ke Hotel Exclusive


Hotel Exclusive bertaraf 4 bintang.


Masih teringat pesanan agen pelancongan supaya ambil gambar ketika masuk hotel sebagai bukti sekiranya berlaku kerosakan dan sebagainya.


Lupa pula apa bendanya ni!


Bilik kami nombor 209.



Sebaik sahaja pintu dibuka, inilah pemandangan pertama yang kami lihat.
Sebuah katil dan meja serta sofa.




Almari pakaian.




Apabila toleh ke sebelah, terpandang pula katil besar!


Malam itu kami berdua beradu di sini.


Pemandangan dari bilik berkatil besar.


Ada kerusi meja dan televisyen skrin rata.


Tandasnya luas dan bersih.





Sabun mandi sangat harum!




Kecoh juga kami malam itu kerana masing-masing menghadapi masalah tidak tahu apa yang hendak ditarik atau ditekan supaya air boleh keluar dari pancuran! Huurrmmm... lain tempat, lain caranya. Bukan kami berdua sahaja yang terpaksa mencari rahsianya, tetapi peserta lain pun sama sehingga terpaksa diterangkan melalui WhatsAap Group.


Turut disediakan tiga biji gelas.
Memang betullah! Kena minum air paip sebab sudah jelas dan nyata gelas tersebut merupakan gelas untuk minum air.


Malam itu kami tidur lena!
Bangun pagi, terasa segar dan kembali bertenaga setelah cukup rehat.


Terjaga pukul 2:31 pagi, sempat melihat suhu ketika itu -2'C.


Pemandangan dari tingkap hotel waktu pagi sekitar pukul 6:40.



Susunan rumah penduduk yang dapat dilihat dari tingkap hotel.


Selamat Pagi Sarajevo.
Jom sarapan.


10 ulasan:

  1. Hahahah.. sy pernah jugak jumpa tandas yg paipnya pelik. Mujurlah Kak Amie ada whsp group yg terangkan cara nak buka paip. Tapi mangkuk tandas dorg mmg ada kegunaan khas yg berasingan ek. Bilik Kak Amie duduk ni bilik triple la kan atau family room.

    BalasPadam
  2. pastu mcm mana nak guna air tu? tarik ke tolak ke atau kena tekan button apa-apa? hehe

    BalasPadam
  3. kiranya katil kat ruang tamu tu utk lepak2 la ye kak... cantik bilik hotelnya selesa jugak...

    BalasPadam
  4. Ohh macam tu pulak sistem dia, pihak hotel simpan passport. Ringkas je bilik dia tapi luas. Agaknya disana memang kena ada sinki selevel sebelah toilet bowl. Permandangan luar tu cantik. Rugi kalau tak dipotretkan. Kann...

    BalasPadam
  5. Hotel nampak selesa walaupun design hotel lama. Bestnya, belum pernah lagi sampai ke negara2 Balkan.

    BalasPadam
  6. Sink dia memang bentuk toilet bowl ke tu...🤣
    Terbayang kalau salah lending dek keliru sebab bentuk sama...bayangkan terlanding kat sink🤣🤣🤣

    BalasPadam
  7. Lain tempat lain caranya ye kak...cantinya pemandangan dari tingkap hotel tu...pemandangan rumah penduduk

    BalasPadam
  8. cantik hotel 4 bintang ni. rumah2 di sana pun nampak cantik2 dan tersusun

    BalasPadam
  9. Hahahahaha masalah kran air di beberapa negara memang beda ya kak. Sama lah macam saya di US 🤣. Untung pakai tur guide. Bisa dia jelaskan di grub. Kalo tak, malu2 bertanya lah ke staff di bawah hahahaha

    Berarti kamar ini memang utk family lah yaa. Ada tambahan tilam juga soalnya

    BalasPadam