Pages

Sabtu, 30 Mac 2024

Masuk Bilik Hotel Emporium, Bihac Bosnia Herzegovina Disambut Aroma Lilac Yang Menyegarkan!

Bismillahirrahmanirrahim.
Dari pukul 11 pagi hingga 3 petang kami berada di Plitvice Lakes National Park, Croatia. Bas meninggalkan taman negara menuju ke sempadan negara Bosnia Herzegovina. Setelah cop passport di pintu keluar negara Croatia, kami cop passport lagi di pintu masuk negara Bosnia Herzegovina. Kami dijadualkan akan bermalam di Hotel Emporium di Bihac. Eh, 30 minit melepasi pintu masuk negara Bosnia Herzegovina, bas sudah sampai di hadapan hotel!

Untuk pertama kalinya kami daftar hotel seawal pukul 4:40 petang! 
Alhamdulillah! Memang tidak sabar untuk merehatkan diri terutama melunjurkan kaki. Kalau kaki boleh berkata-kata mungkin beginilah bicaranya : Cepatlah masuk bilik! Hendak tercabut rasanya tumit kaki asyik berjalan tak henti-henti.

Makan malam dijadualkan pada pukul 6 petang. Hendak keluar berjalan-jalan di sekitar Bihac pun boleh sementara menunggu waktu makan, tapi Amie dan Kamsiah memilih untuk berada dalam bilik sahaja.

Sebaik sahaja pintu bilik nombor 101 dibuka, terbau aroma semerbak menerpa di hidung. Badan kami yang letih seolah-olah kembali bertenaga mengidu aroma yang sangat menyegarkan.

Katil kami agak tinggi berbanding ukuran ketinggian katil biasa. 
Eh, beginikah maksud rupa katil ada 'frame' seperti yang SK Tanah Jauhar kata dalam entri daftar masuk di Hotel Bela Krajina?


Macam tahu saja kami ini bermusafir. Siap disambut dengan tulisan: A journey of a thousand miles begins with a single step. Oh, itu kata-kata Lao Tzu rupanya.


Malam keempat di Balkan, kami mendapat penginapa di hotel empat bintang.

Hotel Emporium


Haeter terletak di tepi dinding sebelah langsir. 
Nampaknya malam nanti setelah Kamsiah tidur, Amie bukalah sedikit tingkap supaya boleh masuk angin. Kebetulan katil Amie di tepi tingkap. Rupanya tingkap di sini hanya boleh dibuka beberapa inci sahaja!



Ada sesuatu yang sangat menggembirakan hati kami sebaik sahaja masuk ke bilik!
Sudah tentulah dengan adanya air minuman, gelas, cawan, cerek elektrik dan juga beberapa uncang teh yang sudah tersedia di atas meja!

Air minuman, gelas dan dua bungkus kecil coklat.


Nampaknya inilah hotel pertama yang kami inap yang sediakan minuman air kosong di dalam botol! Alhamdulillah. Kalau di Hotel Bela Krajina hanya disediakan cerek elektrik, itu pun berkali-kali mengucap syukur, makan di sini berlipat gandalah rasa syukurnya.



Ada teh pudina dalam uncang dan gula.


Malam nanti bolehlah bancuh teh dan minum panas-panas!




Dari sini rupanya datang aroma yang semerbak dan menyegarkan itu!

Areon Home Ferfumes Lilac

Ada makanan ringan dan minuman di dalam peti sejuk mini.


Nampak menarik pula tempat letak hanger berhadapan dengan pintu tandas.



Adakah memang batang kayu yang sebenar?



Bilik airnya bersih dan selesa.







Sementara menunggu waktu makan, kami baring-baring dahulu di atas katil masing-masing.


Sebelah malamnya, masak air panas dan minum teh!

14 ulasan:

  1. Uniklah tempat sangkut baju tu. Bolehlah ambil idea mereka, di tempat kita pun apa kurangnya batang kayu kan ? Hihi...

    BalasPadam
  2. ID hotel nampak ringkas tapi menarik. Terpaling menarik batang kayu dijadikan tempat sangkut baju. Ye, nampak biliknya bersih. Tambah pula aroma lilac tu kan. Sangat relaks rasanya setelah lama berjalan. Sangat menenangkan gitu. Tahu tahu je kita dah berjalan jauh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah Fizah, aroma yang lembut segar itu membuatkan kami hendak tidur saja. Kalau tidak kerana memikirkan perut yang lapar, memang rasanya sudah terbongkang sampai pagi atas katil hihihii.

      Padam
  3. Akhirnya dapat air dalam botol. Ada kettle boleh buat teh panas. Katil ada frame yg sy maksudkan tu siap ada bingkai kat tepinya, selalu cuma ada kepala katil saja. Salute betul la tengok Kak Amie check in & check out dari satu hotel ke satu hotel. Berapa byk baju Kak Amie bawa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Amie bawa baju lebih, ada 13 helai, sebab sampai KL nanti nak balik kampung, takut tak sempat pergi dobi. Baju sejuk bawa tiga helai saja. Berat dan makan banyak ruang walaupun boleh bawa bagasi sampai 30 kg, tapi nak seret tu macam tarik batulah beratnya!

      Padam
  4. Wah baru kali ini lihat sangkutan baju dari dahan kayu, unik juga konsep nya, menggunakan bahan dari alam langsung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, samalah saya pun first time lihat dahan kayu dalam almari.

      Padam
  5. Kayu dalam almari...
    Lain dari yang lain ni...kilang perabut Malaysia boleh cedok idea ni

    BalasPadam
  6. Bila dah penat berjalan je kan kak, memang ingat nak lunjur kaki je. Mujur dapat hotel yang sngat cantik dan selesa kan. Yelah kan baca cerita akak asyik susah nak dapat air kosong, air mineral 1botol je dapat sehari. Ini siap disediakan air dan kettle memang bahagia la rasanya kan.

    BalasPadam
  7. kak amie jalan jalan
    tak terjumpa pula botol aroma tu
    kat kedai-kedai?
    kalau ada tentu dah boleh angkat sebotol...

    BalasPadam
  8. Unik tempat gantung baju berbentuk kayu. Best penat2 dapat aroma lilac.

    BalasPadam
  9. Mesti nyaman aje bau kat bilik hotel ni kan..hotel ni nampak modern dan selesa lebih la kak amie..compare hotel sebelum2 ni

    BalasPadam
  10. kak amie seperti saya, saat winter pun nak buka jendela hahahaha. saya memang tipe yg tak kuat sangat panas, karenanya tiap vacation pasti di waktu winter. saya tak suka season yg lain.

    memang paling seneeeng kalo di kamar disediakan air putih, drpd harus minum air kran ;p. saya pun tak biasa. tapi sekali saat di Georgia, sukaaa sangat dengan air kran mereka, krn benar2 segar. langsung dr pgunungan

    BalasPadam