Bismillahirrahmanirrahim.
Setelah memerah sedikit tenaga mendaki bukit dari arah Milanovakci Slap, akhirnya sampailah kami di pondok rehat. Alhamdulillah ada tandas percuma disediakan di sini. Cuma kenalah bawa botol isi air di sinki luar kerana tiada air untuk beristinjak di dalam tandas.
Rupanya jam sudah menunjukkan angka 2 petang dan bermakna di negara kita lebih kurang pukul 9 malam. Kami baru hendak makan tengah hari dan tunaikan solat jamak taqdim zohor dan asar.
Restoran terdekat letaknya 1.2 kilometer : Licka Kuca Restaurant |
Kami juga sudah diberi peringatan supaya membawa bekalan makanan masing-masing. Pihak agen pelancongan membekalkan kami dua bungkus nasi basmathi. Satu bungkus lauk ayam dan satu bungkus lauk daging. Cukuplah makan satu bungkus sahaja. Satu bungkus lagi boleh dimakan pada waktu yang lain.
Ikut sahaja arahan yang tertulis di luar bungkusan. Yang penting ada air untuk memanaskan makanan di dalam bungkusan.
Setelah air mendidih biarkan makanan dalam bungkusan selama lima minit sebelum dibuka.
Nasi lauk daging salai masak lemak cili padi. |
Nasi lauk ayam masak merah. |
Selamat menjamu selera! |
Toilet. |
Di kawasan tandas pun ada susunan kayu bic.
Susunan kayu bic di bawah pokok.
Setelah berehat selama satu jam termasuk makan dan solat, kami pun meneruskan perjalanan menuju ke pintu keluar.
Naik tangga, turun tangga.
Merentas jambatan.
Akhirnya sampai ke pintu keluar. Tapi kena guna jejantas untuk menyeberang jalan.
Naik tangga lagi untuk melalui jejantas menyeberang jalan.
Ingatkan murid sekolah saja yang melalui jejantas untuk menyeberangi jalan.
Memang ketat sungguh kawalan keselamatan di sini. Walaupun tidak ada kenderaan yang lalu di jalan raya, tetap juga diwajibkan kami gunakan jejantas!
Di hadapan sana terletaknya Licka Kuca Restaurant. |
Kami meneruskan perjalanan menuju ke tempat letak bas.
Selamat tinggal Tasik Plitvice dan beruang coklat!
Pohon gerigis luar biasa indah suasananya
BalasPadamKagum melihat keindahan alam.
PadamBagi sy susah nak jaga wudhu. Bagus diajar cara begini, boleh ya rupanya cuma basahkan di luar kasut sahaja.
BalasPadamKiranya permusafiran kami ini dipermudahkan sebab tiada tempat solat dan ambil wudhu' khas di dalam hutan.
PadamMenarik dapat rasa pengalaman solat dan menjamu selera disini dekat dengan alam. Dah banyak nampak makanan travel pack macam ni. Mudah penyediaan dan dapat makan makanan panas-panas. Satu kenangan yang indah di sini pastinya.
BalasPadamSaya pun inilah kali pertama solat dalam kawasan hujan. Dapat belajar cara wudhu' dan solat sewaktu bermusafir begini.
PadamBanyak kene belajar dan dapatkan panduan untuk jalan ke sana ye kak, cuaca, keadaan tempat semua kene fikir kan. Pengalaman baru yang tak sama mcm negara kita kan
BalasPadamwalaupun pokok2 dah togel
BalasPadamtapi view tetap superb!
View semuanya sangat awesome Kak Amie, seronok nya tengok. Kalau travel memang seeloknya bawa botol spray Dan botol mineral kecil. Senang untuk ke toilet dan wuduk. Solat pun boleh di mana2 asalkan bersih tempat nya.
BalasPadamdi kawasan itu ada banyak beruang berarti ya kak? tapi di saat winter begini mereka biasanya hibernasi kan? tempat ini langsung jadi bucket list saya kalo nanti ke balkan
BalasPadam