Pages

Sabtu, 27 Januari 2024

Makan Mi Sup Ikan di Tengah Hari

Bismillahirrahmanirrahim.
Sebelum Fairuz terbang ke Kota Kinabalu mendahului kami, sempat dia berpesan: Mommy nanti sampai KK kita makan sup ikan ya!

Dan seperti yang dia janjikan, sebaik sahaja kami tiba di lapangan terbang Kota Kinabalu, kereta yang dipandunya terus meluncur ke tempat makan sup ikan. Menurut Fairuz, empunya restoran mengambil bekalan makanan laut segar di kapal yang sama Fairuz ambil ikan. Dari situlah mereka berkenalan. Semua hidangan yang ditawarkan berasaskan makanan laut yang segar seperti ikan, udang dan sotong.

Maaf, harga untuk setiap makanan dan minuman kita tidak ingat! Satu saja yang masih dalam ingatann : rasa sup ikan pelbagai kuah yang sangat sedap!

Bihun Sup Seafood


Ada tujuh gelas minuman.
Kami hanya berlima : Encik Suami, Amie, Fairuz, Haziq & Firdaus.
Tak ingat dah, yang dua gelas itu siapa punya oderan. Adalah tu terlebih order!
Kalau di Sabah Teh O Ais disebut Teh O Ping. Nampaknya selain Teh O Ping, ada Kopi O Ping, Lo Han O Ping dan Chinese Teh Ping.

Firdaus - Chicken Chop

Sewaktu kami makan di Hometown Hainan Coffee, Firdaus tidur dan tidak mahu makan Chicken Chopnya. Akhirnya abang-abangnya tolong habiskan. Setelah   sebab kami hendak hantar Fairuz terbang, menangislah pula dia! Katanya kenapa tak kejutkan dia untuk makan!

Murtabak Ayam & Kuah Kari

Di dalam penerbangan ke Kota Kinabalu pula, sekali lagi Firdaus tidur dan tidak mahu makan murtabak ayam yang disediakan. Setelah pesawat mendarat, dia bertanya : Mana makanannya? Allahuakbar....! Apabila kita beritahu dia tak mahu makan setelah dikejutkan dari tidur, meleleh pula air matanya!


Sekarang, sementara menanti pesan tiba di meja Firdaus boleh makan wantan goreng.


Tom Yam Sup Kuetiaw Udang dan Isi Ikan

Walaupun Fairuz kata kedai sup ikan, tetapi pelbagai menu boleh dipilih. Misalnya Tom Yam Sup Ikan segar, udang dan sebagainya. Boleh pilih bihun, mi atau kuetiaw.

Fairuz memesan untuk dirinya Tom Yam Sup Isi Ikan dengan Bihun.


Firdaus - Tom Yam Sup Isi Ikan dengan Mi


Rasa sup tom yam memang cukup rasa. Kita tumpang hirup sup tom yam Encik Suami sampai terlupa dengan sup seafood kita sendiri!

Bihun Sup Seafood


28 ulasan:

  1. Kuah tomyam nampak sedap sangat.. teringin pula..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap. Cukup rasa. Saya hendak datang lagi makan di sini tapi jauh...dari LD.

      Padam
  2. Alahai Firdaus..emsti ada drama airmata ye..cranky sebab penat kot Kak Amie...nampak semua hidangan sedap la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, SA. Penat sangat tu. Lagi pun memang wakti tidur, asyik terjaga memang tambah lesu.

      Padam
  3. Eh? Kenapa ada tu je air warna lain tu...?

    BalasPadam
  4. Nampak sedap semuanya tu. Teringin pulak tengok terus rasa lapar. Hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap Cie. Pandai si bujang kami tu cari tempat makan.

      Padam
  5. Laaa.. Daus ngantuk sgt agaknya smpi tak larat nak bangun makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul SK.
      Anak-anak memang waktu tidur dia nak tidur.
      Belum dapat sesuaikan keadaan tu, macam mommynya yang kaki jalan hihihii.

      Padam
  6. bermacam makanan yang sangat enak dilihat, sudah pasti itu rasanya enak pula. yummy...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, semuanya enak belaka. Tidak rugi mencuba makanan di sini.

      Padam
  7. Terliur tomyam sup isi ikan Daus punya tu..Nampak pekat elok ..rasa puas kalau dapat hirup ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Serius, memang sedap Mama Cella. Kuahnya cukup rasa ......perghhh!

      Padam
  8. Sedap sedap nya tengok. Kami pulak jenis memang suka sup, meleleh tengok ni Kak Amie tau. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Peminat sup memang tak rugi cuba makanan begini.

      Padam
  9. Aduhhh.. Firdaus.
    Sedih tak makan chicken chop dengan murtabak kari.
    Dapat makan sup ikan mesti gembira semula.

    BalasPadam
  10. kesian firdaus... msti mengigau tu bgn tidur cari mknn... hehehe

    BalasPadam
  11. ehhh nampak sedapnya tomyam ni. ammi suka betul kalau tomyam yg ada letak susu camni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sangat sedap Ammi. Hirup kuahnya saja macam tak mahu berhenti!

      Padam
  12. aduh kelakar lah Daus ni kak oi, dia lena sangat tidur sampai takmo makan lepas tu dia lak nangis tak dapat makan ya. Nampak sedap semua menu akak tu... lagi la ikan dan seafoodnya semua fresh lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fairuz dah lama duduk KK, jadi dia tahu mana tempat makan yang sedap.

      Padam
  13. Hahahahah daus , terlepas dua kaki makan pula yaa 😄.

    Saya sebenarnya tak terlalu suka kalo ikan dibuat kuah kak. Tapi ntah kenapa liat kuahnya yg seperti kental, gurih, sepertinya kaya rasa, langsung teringin pulaaa 😍😍😍. Saya catat dulu lah tempatnya. Semoga bisa dlm waktu dekat ke KK juga

    BalasPadam
  14. kecur tengok sup tomyam tuuuu
    aduyaiii firdaus
    hehehe
    terlepas dah nk mkn murtabak
    tak apa laa
    nnt naik flight lg boleh pesan murtabak...

    BalasPadam