Pages

Jumaat, 26 Januari 2024

Makan Tengah Hari di R&R Jejantas Ayer Keroh Melaka

Bismillahirrahmanirrahim.
Jumaat, 29 Disember 2023. Fuad ajak kami singgah makan tengah hari di R&R Jejantas Ayer Keroh Melaka. Agaknya selera Fuad sudah menyatu dengan hidangan nasi kandar! Jadi, dibawanya kami makan nasi kandar di Mr. Noodles & Rlash Nasi Kandar. Kita sebenarnya tidak biasa dengan harga nasi kandar baik di Penang atau pun di tempat lain. Maklumlah di LD memang tidak pernah jumpa restoran yang jual nasi kandar.

Makan tengah hari di R&R Jejantas Ayer Keroh Melaka.

Amie : Sambal Telur Sotong, Bendi & Telur Masin

Abang Farid : Ayam Madu

Fuad : Ayam Goreng Bawang, Sayur Goreng & Telur Masin


Fairuz : Kari Kambing, Ayam Goreng Bawang, Sayur Goreng & Telur Masin


  • Nasi Putih 1/2 = RM1.10
  • Nasi Putih  X 3 - RM2.20 X 3  = RM 6.60
  • Ayam Goreng Bawang X 2 - RM7 X 2 = RM14.00
  • Ayam Madu 1 = RM7.00
  • Kari Kambing 1 = RM12.00
  • Sayur Goreng X2 - RM2.00 X 2 =RM4.00
  • Telur Masin X 3 - RM1.50 X 3 = RM4.50
  • Sambal Telur Sotong 1 = RM7.00
  • Bendi 2 X RM0.50 = RM1.00
  • Teh O Sejuk 1 = RM2.20
Jumlah Keseluruhan : RM59.40 sen.

Jadinya tahulah sekarang kuah-kuah yang pelbagai yang membanjiri nasi kandar itu tak perlu bayar. Betul ke?

Bismillah.


Encik Suami dan Firdaus pula tidak mahu makan nasi kandar. Ada nasi campur di Restoran Gulai Wangi. Di sinilah kami membeli makanan untuk mereka berdua:
  • Nasi Putih RM2.20 X = RM4.40
  • Telur Itik RM3.00 X 1 =RM3.00
  • Ikan Keli RM7 x 3 = RM21.00
  • Sayur Goreng  1 = RM2.00
  • Telur Mata 1 = RM2.00
  • Ayam Goreng 1 = RM6.50
  • Teh Ais 1 = RM3.00
  • Milo Ais 1 =RM4.00
Jumlah Keseluruhan : RM45.90.


Firdaus - Ayam Goreng & Telur Mata

Encik Suami - Ikan Keli, Sayur & Telur Itik

Lauk tambahan : Ikan Keli Balado

Selepas ini, entah bila dan di mana hendak makan nasi kandar lagi.

Kari Kambing



Harga Kari Kambing Fairuz RM12.00. Ya ampun! Banyak sungguh!
Terpaksalah abang-abangnya bantu habiskan si kambing dalam pinggannya.


19 ulasan:

  1. saya peminat nasi kandar tapi tak ada geng nak ajak makan..biasa bungkus je makan sorang2 tak syok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami balik-balik makan nasi kandar atas godaan Fuad hihihiii.

      Padam
  2. Telan air liur saya baca entri ni. Sedapnya...!!! Ye, ye, kuah campur letak atas nasi tu, tak perlu bayar. Dia kira lauk kita amik je.

    BalasPadam
  3. Menu yang super mantap
    Sedap dan nikmat
    kalau saya suka ikan lele

    BalasPadam
  4. Ala... tengok time ni pulak.. terus lapar...

    BalasPadam
  5. Terus kecur air liur tengok nasi kandar dengan kuah melimpah tu Kak Amie 🤤

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak kuahnya sampai melimpah, tak tahu mana satu rasa sebab dah bercampur kan.

      Padam
  6. Kuah dia dah kira sekali arung tu. Skrg ni tak payah ke Penang nak makan nasi kandar, tapi di LD belum ada pulak ya. Mungkin cuma di Malaya saja byk kedai nasi kandar ni, Kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di LD memang tak ada. Mungkin di KK ada. Maklumlah orang India di LD boleh dikira dengan jari.

      Padam
  7. Balasan
    1. Nasi kandaq memang suka goda selera ye Mama Cella.

      Padam
  8. Suka betul dia dengan nasi kandar ye. Saya bukan peminat nasi kandar sebab kuahnya banjir. Kalau nak makan kena asingkan kuah. Tapi kadang tak sempat cakap, dia dah tuang dulu. huhu...
    Memang banyak porsi nasi kari kambing fairuz tu. Jenuh nak menghabiskan.

    BalasPadam
  9. Kemarin saya liat di feed, nasi kandar di Samarinda Kalimantan sudah dibuka lagi kak Amie, mungkin LBH Deket makan di sana drpd terbang ke Penang 😄😅.

    Seingat saya memang kuah banjir tuh tak pernah bayar. Dulu saya ingat tiap beli nasi kandar, saya tak pernah mau bikin kuahnya banjir.

    Krn bagi saya rasa lauknya jadi tertutup. Saya cuma minta sedikit saya, dan terkadang tak nak dicampur Ama 2-3 kuah. Satu kuah saja biar rasa tak mix 🤣

    Belum bisa enjoy nasi kandar yg kuahnya buanyaaak sangat. Lebih suka yg sedikit.

    BalasPadam
  10. Kari kambing tu
    Saya Nampak macam asam pedas kambing
    hehehe

    BalasPadam