Pages

Ahad, 28 Januari 2024

Mencari Falafel & Arabic Mint Tea Hot di Mashawi 2 Tanjung Aru

Bismillahirrahmanirrahim.
Biasanya kami makan malam sebelum maghrib tetapi untuk memenuhi permintaan Fairuz, kami ikut sajalah ke Tanjung Aru, mencari makan di Restoran Mashawi 2. Dalam kepala memang hanya ingin makan yang agak ringan dan minum panas sahaja. Harap-harap adalah falafel dan mushroom soup dengan garlic bread.

Kelmarin makan berenam di KLIA 2, hari ini makan berempat di Mashawi & Grill Tanjung Aru.


Makanan yang dipesan:
  • Chicken Mashawi
  • Lamb Stew
  • Turkish Pide Pizza
  • Chicken Wrap set
  • Falafel
  • Mushroom Soup
  • Arabic Mint Tea Hot (Jug)
Harga Keseluruhan - RM103.40 sen.

Amie - Mushroom Soup - RM7.90
Falafel with Tahini - RM9.90


Mushroom Soup & Garlic Bread


Fairuz - Chicken Mashawi RM16.90

Fairuz - Lamb Stew RM13.90



Nampaknya hanya Fairuz seorang yang makan nasi malam itu.

Encik Suami - Turkish Pide Pizza (Mix : Lamb & Beef) RM24.90

Oleh kerana saiz pizza ini panjang, biasanya dihidangkan dengan meletakkan sepotong di sebelahnya seperti gambar di bawa. Kali ini diubah cara pula, dengan mengambil potongan kedua-dua hujung pizza dan dirapatkan menjadi bentuk hati.




Firdaus - Chicken Wrap Set


Chicken Wrap Set - RM15.90

Terakhir kami makan di sini kalau tak silap pada April 2023. Namun semua harga makanan masih sama seperti dulu. Tidak naik! 

Alhamdulillah.
Dapat makan falafel, cecah garlic bread dengan mushroom sup, dapat hirup beberapa cawan teh arab panas dan bantu Encik Suami habiskan Turkish Pide Pizzanya!

Malam itu badan berpeluh-peluh akibat minum 2-3 cawan Arabic Mint Tea Hot!

20 ulasan:

  1. Ohh Kak Amie sedap nya menu semua tu. Nampak sedapnya sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Memang sedap. Dapatlah makan masakan timur tengah di Kota Kinabalu.

      Padam
  2. Balasan
    1. Jalan sana jalan sini, memang jumpa macam-macam makanan Wak.

      Padam
  3. Pertama kali tengok falafel.
    Nampak sedap pula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beza sikit rasa falafel sini dengan di Madinah / Makkah. Tapi sedaplah dua-duanya.

      Padam
  4. Balasan
    1. Naik sikit berat badannya. Tapi dah sekolah semula, turun balik beratnya.

      Padam
  5. Kadang² memang nak makan yg ringan dgn minuman panas sahaja tapi terlajak pulak tolong makankan makanan orang lain, hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul SK. yang penting semua makanan habis.

      Padam
  6. makanan banyak berbaloi dengan harganya kak, yang pizza tu dana mula-mula ingat manisan tau kak sbb cantik susunannya ada merah2 tu... macam buah ceri pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya dalam banyak-banyak pizza, di sinilah pizza paling sedap pernah kami makan.

      Padam
  7. Berbaloi juga makanan dengan harga tu. Pizza dia unik, panjang tak bulat macam biasa. Mana taknya berpeluh kak Amie, sekali 2-3 cawan minum air panas tu. Mint pulak tu. hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah kot bentuk Turkish Pide Pizza sebab waktu travel ke Turki dulu dapat kepingan yang begitu tapi lagi nipis. Teh arab bubuh mint tu lain macamlah sedapnya Fizah...hiks!

      Padam
  8. walau nampak macam 'light meal' tapi rasanya mengenyangkan jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang mengenyangkan Sal. Sengaja order yang begitu sebab tak mahu kekenyangan. Maklumlah lepas tu nak tidur pula.

      Padam
  9. Dah lama tak makan Timur Tengah nih 😄. Saya pun suka, hummus, nasi, falafel dll. Untungnya di JKT ada banyak resto timur tengah yg sedap. Dan kebanyakan resto2 ini selalu laku dan rame. Mungkin Krn masakan timur tengah kaya akan bumbu rempah, yg sesuai dengan lidah asia kita 😄

    BalasPadam
  10. kenapa lamb stew nampak sedappppp
    adakah sbb sy tgh lapar skrg?
    hahaha

    BalasPadam