Pages

Sabtu, 9 Disember 2023

Telur Ayam Masak Kurma Pun Sedap!

Bismillahirrahmanirrahim. 
Selamat berhujung minggu. Di mana keberadaan anda sekarang? Sudah makan tengah hari atau belum? Kita tak masak, tapi kita paparkan gambar masakan yang sayang hendak dibuang. Paparan kali ini tentang Telur Ayam Masak Kurma. Sebenarnya cerita masak kurma ini sudah lama berlalu : KURMA AYAM RESIPI CHE JAH MEMANG POWER! Seperti biasa Encik Suami suka simpan lebihan masakan. Hanya kuah kurma dan baki seketul ayam. Keesokan harinya, kita masak nasi dan panaskan semula kuah kurma serta tambahkan 3 biji telur rebus. Firdaus tanya : Kenapa Mommy tak rebus banyak telur? Daus tak cukup makan sebiji.

Namanya Telur Ayam Masak Kurma, tapi itu tipulah... ahaks! Yang sebenarnya Panaskan Kuah Kurma, Masukkan Telur Ayam....hiks! Lepas itu tambahkan kacang buncis dan terung goreng. Makan waktu perut tengah lapar, memang tak toleh kiri kanan lagi.

Telur Ayam Masak Kurma


Sementara menunggu nasi tanak, sambil panaskan kuah kurma sempat lagi goreng ikan dongol untuk Firdaus dan ikan basung serta tempe.

Ikan Dongol Goreng

Ikan basung goreng, tempe goreng dan sambal kicap bubuh hirisan daun ketumbar jawa.

11 ulasan:

  1. Saya suka juga kurma telur cuma sayur apa di dalam tu? Nampak seperti kacang panjang atau kacang buncis. Lawa pinggannya bersegi2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kacang buncis tu ditambah terung. Kedua-duanya saya goreng dan masukkan ke dalam masakan kurma sewaktu menghidang.

      Padam
  2. Cuya tak pernah makan telur masak kurma..
    kurma bukan makanan kegemaran Cuya.. heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masakan kurma ada penggemarnya yang tersendiri.

      Padam
    2. Ternyata ada juga yg tidak suka kurma 😄😁. Dulu saya dianggan aneh pas umroh kak, karena tak nak beli kurma. Memang tak suka soalnya. Tapiiiii saya suka kurma muda, yg masih kries2 dan crunchy, lalu rasanya manis sepat. Dan kalo dibuat minuman atau bumbu masak, suka, Krn rasa kurma tak terlalu berasa 😄

      Padam
  3. uncle memang suka terlur ayam masak kurma!

    BalasPadam
  4. Mcm mn tu, Daus tak cukup telur sebiji, mummy!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mommynya terpaksalah mengalah. Sudah disediakan ikan dongol goreng, dia nak telur juga hihihiii. Makanlah dia dua biji telur kurma.

      Padam
  5. ni kegemaran anak anak ni.. kurma telur, kari telur, bening telur.... pendek kata kalau telur takde di pasaran memang bikin panasaran

    BalasPadam
  6. Ammi pun slalu gini suka simpan kalau kuahnya berlebih. Kalau kari atau asam pedas kita makan dgn roti. Atau ganti dgn telur rebus juga

    BalasPadam