Pages

Jumaat, 8 Disember 2023

Sedikit Sama Dikongsi, Banyak Sama Dirasai

Bismillahirrahmanirrahim.
Biasanya Amie sampai ke tempat kerja sebelum pukul 6:10 pagi. Sempat alas perut di kantin sebelum bersedia memulakan tugas pada pukul 6:45 pagi. Namun begitu, rutin tersebut tiba-tiba berubah. Itu masalah di pihak sana. Jadi, kami terpaksa mencari jalan penyelesaian. Jadinya, masing-masing singgah-menyinggah di mana-mana warung jualan makanan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Sempatlah menyambar satu dua jenis kuih dan kami makan bersama sebelum beredar masuk ke tempat tugas masing-masing.

Kadang-kadang sempat juga Amie ambil gambar sebab memang sudah jiwa kita suka melihat makanan, jadi eloklah dijadikan koleksi dalam galeri HP. Lagipun, apabila melihat semula gambar-gambar tersebut, hati berasa agak hiba mengenangkan beberapa tahun lagi kita akan bersara. Sudah tentu semuanya akan jadi kenangan terindah yang tercipta ketika bersama rakan sekerja.

Jom kita lihat sama-sama kuih-muih yang menjadi alas perut kami setiap pagi.

Karipap
Kaswi
Popia
Pulut Inti
Kek Coklat

Karipap
Kole Kacang
Seri Muka
Kek Cawan Coklat
Nescafe Susu



Karipap
Popia
Doraemon
Bingka Labu
Seri Muka
Cempiang
Onde-Onde

Kuih Bakar Pandan
Pulut Panggang @ Gogos
Karipap
Seri Muka

Karipap
Donut
Seri Muka
Kuih Lapis
Popia

Baulu Cheese
Talam Ubi Kayu
Gogos @ Pulut Panggang

Nasi Lemak Panndan & The Gang

Mi Bandung

Karipap
Lumpia
Mi Goreng
Kaki Ayam Masak Negro

Karipap
Bihun Goreng
Telur Rebus

Asam Laksa

Karipap
Popia
Seri Muka
Ubi Kayu Rebus

Lumpia
Wantan Goreng

Kuih Lenggang
Popia
Karipap

Apam
Kaswi Pandan
Talam Gula Merah
Kuih Bakar Pandan
Kek Coklat

Takoyaki
Keria Keledek
Apam Gula Hangus
Kaswi Pandan
Duku

Kek Pisang
Kaswi Pandan
Kek Coklat
Keria Keledek
Penjaram

Karipap
Donut
Kuih Kasturi
Kuih Lenggang
Nona Manis
Kaswi
Kuping Gajah

Kuih Cara Berlauk
Popia Bersira

Apam Gula Hangus
Kaswi Pandan

Karipap
Cempiang
Doraemon

Biasanya kalau tidak sempat sediakan bekalan dari rumah, Encik Suami belikan kita Bihun Goreng & Peha Ayam Goreng di warung. Alhamdulillah, tertunailah nafkah zahir di pagi hari. Moga tambah rezeki Encik Suami.

Kebanyakan waktu kalau beli di warung, Encik Suami akan bawa tupperware. Tapi memang beginilah menu yang Amie minta iaitu bihun goreng putih dengan ayam goreng bahagian peha. Bukan untuk Amie sahaja, tetapi Encik Suami beli untuk dirinya dan juga Firdaus.

Sudah selalu beli bihun goreng, tukar pula ke nasi kuning sambal ikan dan telur rebus.

Kadang-kadang minta Encik Suami belikan dua ketul ayam goreng dan wantan sahaja.

Ada ketikanya minta campur bihun goreng dengan mi goreng. Ketika ini peha ayam tidak ada, jadi gantikan dengan sayap ayam goreng.


Ada suatu pagi itu, Encik Suami kata tidak ada ayam goreng. Jadi dibelikannya mi goreng dengan apa entah namanya ... ahak!

Sebenarnya, boleh dikatakan dalam seminggu tiga empat kali jugalah kita minta Encik Suami belikan bihun goreng putih ini dengan peha ayam goreng dan tambah sedikit lada. Kadang-kadang sebelah pagi makan separuh, dan menjelang tengah hari makan separuh lagi. Pernah beberapa kali tak sempat makan bekalan yang Encik Suami belikan, kita bawa pulang dan makan di rumah. Bihun goreng kekal elok, tidak basi walaupun sudah setengah hari!

Buat rakan-rakan yang sering berkongsi makanan, mudah-mudahan akan berlipat-ganda rezeki kalian. Sesungguhnya makan bersama menambah erat silaturrahim di antara kita.

Opppps! Ini kuih-muih di majlis kahwin anak sepupu suami! Dia pun nak masuk entri juga.


9 ulasan:

  1. Woowwww banyak nya. Semua nampak sedap. Doraemon tu burger Malaysia ke, baru gugel tadi. Cempiang & kaki ayam masak negro nampak sedap, rasa macamana tu ya. 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini antara yang sempat kita ambil gambar sebelum masuk perut hihihii.

      Padam
  2. Tak kongsi dengan uncle pun...? uhuks!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang sanun baru subuh Uncle. Kami pukul enam pagi dah di tempat kerja. Sorry... dah yilek!

      Padam
  3. Dalam gambar ke3 ammi dok berteka teki yg mana doraemon yg mana cempiang. Yg lain tu kenal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cempiang tu yang ada lingkaran hitam macam ubat nyamuk. Di sebelahnya yang bulat tu doraemon.

      Padam
  4. Samalah kita ni, Kak Amie.. suka lihat makanan jadi ambil gambar dulu sebelum makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah ada koleksi gambar, adalah tu nak buat kerja seterusnya kan SK.

      Padam
  5. Seru kaaan kalo saling sharing makanan begini. Sesuatu yg saya juga dulu sering lakukan dengan teman2 kantor. Kadang rindu kalo ingat itu 😄😅.

    Sedap2 kuenya kak. Saya selalu suka kue2 khas seperti itu, trutama karipap ,😍😍

    BalasPadam