Pages

Ahad, 3 Disember 2023

Sambung Sambut Merdeka di Tugu Monumen Nasional (MONAS)

Bismillahirrahmanirrahim.
Setelah puas membeli-belah di Pasar Tanah Abang, kami bergerak menuju ke Jalan Lapangan Monas. Nampaknya bersambung lagilah perarakan kecil kami menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos 2023 itu. Sesudah berarak kecil di lorong daerah Petamburan, kini kami berada di Monumen Nasional atau Tugu Monas yang merupakan tugu peringatan yang didirikan untuk mengenang jasa dan perjuangan rakyat Indonesia bagi mendapatkan kemerdekaan dari belenggu penjajah Hindia Belanda.



Ketika ini cuaca sangat terik! Untunglah yang bawa topi. Yang tak bawa topi terpaksalah mencari perlindungan di bawah pokok.


Untuk sampai ke Tugu Monumen Nasional terpaksa memakan masa beberapa minit untuk sampai.
Mujurlah ada kenderaan yang disediakan untuk sampai ke sana.






Monumen Nasional yang dikenali dengan nama singkatnya Monas atau Tugu Monas, merupakan sebuah tugu peringatan dengan ketinggian 132 meter (433 kaki) yang didirikan untuk mengenangkan jasa dan perjuangan rakyat Indonesia untuk mendapatkan kemerdekaan dari pemerintahan Hindia Belanda. Tugu ini mula dibina pada 17 Ogos 1961 di bawah pemerintahan Presiden Sukarno dan dibuka untuk orang awam pada 12 Julai 1975. Tugu ini dimahkotai lidah api yang dilapisi lembaran emas yang melambangkan semangat perjuangan yang menyala-nyala. Tugu Nasional ini terletak di tengah Lapangan Medan Merdeka, Jakarta Pusat.

Tugu Monumen Nasional


Dari Tugu Monumen Nasional kami berjalan di tengah panas untuk sampai ke monumen lima sosok manusia yang berkumpul memegang tiang bambu dan bendera merah putih.

Ketika ini kelihatan Gee sangat gembira bergelak ketawa bersama rakan-rakan. Sekarang Gee masih dirawat di hospital setelah menjalani pembedahan appendiks minggu lepas. Semoga Gee cepat sembuh.

Inilah Monumen IKADA - Ikatan Atletik Djakarta

Semoga negara kita, juga negara Indonesia terus aman dan makmur!




10 ulasan:

  1. Sering melewati tugu Monas,tapi tak masuk ke dalamnya, kalau mau ke Stasiun Gambir pasti melewati tugu ini

    BalasPadam
  2. Semoga rantau kita sentiasa aman makmur 🤲
    Rasanya ini tempat wajib dilawati jika ke Jakarta ye Kak Amie...ada kawan berkunjung ke sana, singgah melawat di sini juga.

    BalasPadam
  3. Salam. Tempat yang menarik. Rasanya jika ada rezeki dan peluang nak juga ke sana. Tunggu masanya kan tiba.

    BalasPadam
  4. luas dan cantik tempat ni. pernah pergi dan berkeinginan nak naik tugu tu tapi cancel sebab tak larat menunggu ramai org berbaris

    BalasPadam
  5. Wah, kak Amie pernah ke Jakarta? Kalau saya tahu kita bisa bertemu, kak.

    BalasPadam
  6. semangat patriotisme tu mesti ada... semua pakai tudung tudung jalur gemilang walaupun di tempat org

    BalasPadam
  7. Tak jauh dari rumah saya ini. Tapi saya tak pernah naik ke Monas kak hahahahah. Cuma lewat saja 🤣. Dulu sering brisk walk kliling monas. Skrg, LBH suka workout di rumah.

    Patung yg 5 pemuda bawa bambu, saya sendiri tak pernah lihat loh 🤣🤣🤣.

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasa laa tu fanny. biasanya org dekat mmg x penah pegi walaupun tmpt tu famous. yg komen ni pun sama jugaaakkkk

      kalau tak kerana macet kompem sy dah smpi sini dulu...monas dgn masjid istiqlal... missed 2 tmpt ni dan terpaksa tkr arah ke tanah abang 🥹🥹

      Padam
  8. Untung bawa topi kan kak Amie. Tak ribut nak cari tempat teduh. Tempat ni antara tempat wajib singgah lah kan.
    Semoga kawan kak Amie cepat sembuh. Aamiin...

    BalasPadam
  9. patutla semua pakai tudung jalur gemilang ya... semangat kenegaraan

    BalasPadam