Pages

Ahad, 22 Oktober 2023

Sup Kepala Ikan Merah & Ikan Merah Goreng Berempah

Bismillahirrahmanirrahim.
Bonda kita selalu pesan, kalau hendak masak sup gunakan serai, tak perlulah tambah daun sup. Kalau sudah ada daun sup tak perlulah masukkan serai pula. Kenapa mak? Nanti tak merasa bau salah satunya, jawab emak. Oh, begitu. Betul juga kata-kata emak. Patutlah kalau masak sup tak bubuh serai, terbit bau daun supnya! Kalau masak sup bubuh serai, tak tabur daun sup, timbul aroma serainya!

Itu kata emak kita ye. 
Lain emak orang, lain pendapatnya. Lain dapur lain masakannya.

Wokey, kita cerita Sup Kepala Ikan Merah & Ikan Merah Goreng Berempah. Ini sudah tentunya lauk makan nasi di sebelah petang setelah Firdaus balik dari sekolah sebab ada ikan goreng. Gambar berbayang-bayang sebab asyik hujan dan suasana gelap kelam suram di waktu petang.

Masak sup begini tambah sedap kalau gaya sup tumis darat, tapi kita masak ikut kronologi sup biasa. Tumis dahulu bahan perencah dan tambahkan air.

Sup Kepala Ikan Merah & Ikan Merah Goreng Berempah

Sup Kepala Ikan Merah

Resipi Sup Kepala Ikan Merah
Bahan-bahan:
  • 4 kepingan bahagian kepala ikan merah
  • 1 sudu besar rempah sup
  • 1 cawan hirisan brokoli
  • 2 biji tomato - potong dadu
  • 7 tangkai cili padi
  • 1 sudu kecil lada putih - tumbuk
  • 4 cawan air
  • garam / perasa pilihan
  • bawang goreng secukupnya
  • hirisan daun sup secukupnya
Bahan hiris:
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah 
  • 1 labu bawang besar
  • 2 cam halia
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga kekuningan.
  2. Masukkan rempah sup, dan tambahkan sedikit air supaya tidak terlalu kering.
  3. Tuangkan baki air dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan kepingan kepala ikan bersama brokoli, cili padi, lada putih tumbuk dan tomato.
  5. Biar lebih kurang tiga minit sahaja. Jangan masak terlalu lama kerana isi ikan merah sangat lembut.
  6. Taburkan garam / perasa pilihan secukupnya.
  7. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.
  8. Hidangkan bersama taburan bawang goreng dan daun sup.
Ikan Goreng Berempah untuk Firdaus

Sup Kepala Ikan Merah untuk Amie berdua dengan Encik Suami.

13 ulasan:

  1. Sedapnya, terliur saya terngok sup ikan merah tu kak

    BalasPadam
  2. Mak ai, sedapnya...

    Masak semua menjadi ni!

    BalasPadam
  3. masakan aimie tak pernah mengecewakan. tgk je dah menyelerakan

    BalasPadam
  4. Nampak sedapnyer.
    Ikan merah sekarang harga kayangan

    BalasPadam
  5. lama tk masak sup ikan merah...sedap tu

    BalasPadam
  6. Baru dok terbayang2 nak buat sup ikan, dah terhidang dah di dapur Kak Amie.
    Sedap sup banyak sayur gini...

    BalasPadam
  7. Saya suka ikan gorengnya, tapi kalo sup, memang dari dulu tak bisa kalo pakai ikan 😅. Kecuali ikannya di fillet kak , 😄. Saya memang picky sangat kalo dah berbau ikan ikanan ini 😅

    BalasPadam
  8. tampilan makanan kak Amie selalu cantik,bikin penasaran rasanya

    BalasPadam
  9. Dah lama tak makan Sup Ikan Merah. Cantik betul kejadian sup ikan merah Kak Amie.

    BalasPadam
  10. Sedap nya sup ikan merah. Lama jugak tak makan.

    BalasPadam
  11. Satu ekor ikan boleh msak dua menu.. Allahu.. Sedap nya.. Kalau makan dgn nasi panas2.. Mau dua kali tambah :D

    BalasPadam