Pages

Isnin, 23 Oktober 2023

Asam Pedas Ikan Pari Harimau

Bismillahirrahmanirrahim.

Terliur tengok ASAM TUMIS IKAN PARI HARIMAU air tangan Mama Cella. Kena zikir selalu supaya dapat masak ikan pari. Kelmarin petang, terpandang ikan pari di Eco Fresh Sri Perdana. Ada dua keping. Kita tanya, apa nama ikan pari itu. Kata pekerja di situ : Pari Lang. Kita tanya lagi, ada bau tak? Jawabnya : Tidak berbau. Jadi kita pun hendak beli sekeping. Timbangannya 1100 gram. Encik Suami minta potomg sekali.

Apabila kita tanya Pak Google dan bandingkan gambar, rasanya bukan pari lang @ helang tapi lebih kepada pari rimau @ harimau. Betulkah....tengok gambar di bawah.

Petang ini kita tak sabar hendak masak ikan pari. Terlupa Mama Cella masak Asam Tumis Ikan Pari Harimau, kita pula masak Asam Pedas Ikan Pari Harimau! Ada beza antara asam tumis dengan asam pedas. Tak apalah. Lain kali kalau jumpa ikan pari harimau, kita masak asam tumis pula.

Rupanya ada banyak jenis ikan pari. Lain kali kalau pergi pasar hendak kenal-kenal dengan jenis ikan pari. Kali ini dapat berkenalan dengan ikan pari harimau.

Asam Pedas Ikan Pari Harimau

Betulkan ini ikan pari harimau? Gambar diambil di Eco Fresh Sri Perdana LDU.


Resipi Asam Pedas Ikan Pari Harimau
Bahan-bahan:
  • 500 gram kepingan  / potongan ikan pari rimau
  • 4 biji tomato - belah 2
  • 1 kuntum bunga kantan - belah 2
  • 7 tangkai pokok kesum 
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 liter air
  • 1/2 cawan minyak
  • garam / gula / perasa pilihan

Bahan kisar:
  • 15 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 sudu kecil belacan
  • 2 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 sudu kecil lada hitam
Cara memasak:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga terbit minyak.
2. Masukkan serai dan asam gelugur dan tambahkan air. Biarkan mendidih selama 10-15 minit. Lebih lama di atas api, kuah akan menjadi sedikit pekat.
3. Masukkan bunga kantan, daun kesum dan ikan pari rimau. Biarkan sehingga ikan menjadi lembut.
4. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
5. Akhir sekali masukkan tomato.
6. Perlahan api dapur selama 3 minit sebelum dipadamkan.

Asam Pedas Ikan Pari Harimau

Jemput makan nasi lauk Asam Pedas Ikan Pari Harimau. Firdaus baru pulang dari sekolah agama. Terdengar bunyi pinggan mangkuk di dapur. Dia sedang hidangkan nasi. 
Jumpa lagi.

6 ulasan:

  1. Nampak sedapnyer
    Ikan pari pun dah mahal harganya sekarang.
    Jaman dulu2 tak laku

    BalasPadam
  2. Aum...aum..
    Saya pun rasa itu pari rimau...corak cheetah kan...
    Sebelum ni tak ambil tahu sangat pasal pari sebab bukan peminat pari.Tapi pari rimau sedap la pulak
    Isinya lembut kan cikgu...
    Saya pun ada beli lagi pari rimau ni2 hari lepas..

    BalasPadam
  3. Payahla nk jumpa ikan pari yang helok kalau kat pasaraya, kene beli sendiri kalau suruh Edy kang dah berbau pun dia beli jugak.

    BalasPadam
  4. Sedap tu ikan pari harimau... Thank kongsi resipi.. :D

    BalasPadam
  5. saya suka sangat asam pedas ikan pari. Tapi memang tak reti masak sendiri. Kalau nampak kat mana mana restoran, memang laju laju ceduk

    BalasPadam
  6. Cuma bisa melihat foto2nya sambil neguk liur lah iniii 🤣🤣🤣. Saya sukaaaa ikan pari. Tapi samalah kak, saya pun tak tahu jenis2 nya. Yang pasti kalo mama masak ikan pari selalunya di gulai atau di bakar. Kalo di Jawa sini pula, ikan pari dimasak Mangut pedas . Dia diasapin dulu sampai Mateng dan smokey wanginya. Baru lah dimasak pakai bumbu mangut.

    BalasPadam