Pages

Ahad, 22 Oktober 2023

Nasi Begana (Oleh-Oleh Majlis Tingkuang) - Dibuat Nasi Goreng Begana

Bismillahirrahmanirrahim.
Minggu lepas, keletihan disebabkan dua perkara di bawah ini:

Sambung cerita hari Sabtu minggu lepas. Esoknya hari Ahad, berehat dan tidur sahaja untuk kembalikan tenaga. Fairuz akan bergerak pulang ke Kota Kinabalu. Tak sempat makan tengah hari bersama. Sebelah paginya Amie goreng nasi saja kerana banyak nasi dalam peti sejuk terutama Nasi Begana, oleh-oleh dari majlis tingkuang pada hari Sabtu, kelmarinnya.

Nasi Begana Goreng

Oleh-oleh dari majlis tingkuang.

Selesai menghadiri majlis tingkuang, kami pulang ke rumah untuk solat dan tukar baju sebelum sambung perjalanan ke Tawau. Encik Suami keluarkan dari kereta semua oleh-oleh. Ada sebakul oleh-oleh termasuk minuman 100 Plus, bunga telur, keropok, biskut dan pelbagai jajanan lain.

Makanan basah seperti Nasi Begana,  pulut kuning dan kuih-muih disimpan dalam peti sejuk. Keesokan paginya, Amie keluarkan makanan basah dari peti sejuk.

Tiga bungkus Nasi Begana.

Di bawah Ayam Begana yang berlapik daun pisang itu ada nasi putih. Amie goreng nasi putih bersama Ayam Begana yang dicarik-carik dan tambah hirisan kacang panjang.

Pulut Kuning dan Ayam Panggang

Kuih-Muih

Baki makan kambing bakar di Tawau. Ada sotong goreng, ayam dan kambing.
Boleh dipanaskan semula di dalam air fryer.

Kambing, ayam dan sotong setelah dipanaskan dalam air fryer.

Nasi Begana Goreng & Kambing Bakar

Setakat ini kalau ada lebihan nasi putih, memang hanya akan digoreng sahaja. Belum terfikir hendak olah jadi apa selain jadi nasi goreng!

5 ulasan:

  1. Wah unik2 nama masakannya....tq sharing ilmu tau

    BalasPadam
  2. unik nama makanannya. tengok pun tau sedap

    BalasPadam
  3. Bener kak, saya pun sisain nasi putih di goreng saja. Pernah liat ada orang yang menjadikan nasi sisa jadi bubur, mix dengan ayam kfc. Tapi Krn saya tak suka bubur jadi memang tak nak 😅

    BalasPadam
  4. Saya suka bila datang sini banyak dapat info aneka makanan

    BalasPadam
  5. Nama nya unik gambar nya lebih unik...

    BalasPadam