Pages

Jumaat, 6 Oktober 2023

Nangka Muda Masak Lemak Cili Padi dengan Ikan Liking

Bismillahirrahmanirrahim.
Masak apa tengah hari ini?
Kita tak masak, tapi kita ada menu yang hendak dikongsikan hasil masakan dua minggu lepas. Tak ingat dah apa cerita berkaitan masakan : Nangka Muda Masak Lemak Cili Padi dengan Ikan Liking. Cuma satu yang masih boleh diingat iaitu suasana hujan ketika kami makan nasi bersama lauk ini di kala petang.

Kita teringin makan ikan liking, tapi disebabkan hendak cepat siap masak dan terus makan, kita masukkan sahaja bahagian kepala ikan liking ke dalam masakan lemak. Nangka muda yang kita olah sebenarnya sudah siap direbus empuk dan simpan dalam peti sejuk bahagian beku. Jadi, tak perlulah peruntukkan masa untuk merebus, hanya nyahbeku sahaja.

Nangka Muda Masak Lemak Cili Padi dengan Ikan Liking

Resepi Nangka Muda Masak Lemak Cili Padi dengan Ikan Liking
Bahan-bahan:
  • 500 gram nangka muda - rebus hingga empuk - toskan airnya - potong ikut saiz yang disukai
  • 2 keping bahagian kepala ikan liking
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 keping asam gelugur
  • 2 helai daun kunyit - siat dan simpul
  • 600 ml santan cair
  • 400 ml santan pekat
  • 3 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan tumbuk / kisar:
  • 20 tangkai cili padi
  • 2 cm kunyit hidup
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 sudu besar ketumbar biji
  • 1 sudu besar jintan manis kasar
  • 1 sudu kecil jintan putih kasar
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan perencah dan serai hingga terbit aroma.
  2. Kemudian masukkan santan cair. Biarkan masak mendidih.
  3. Seterusnya masukkan nangka muda, ikan liking dan asam keping.
  4. Tuangkan santan pekat. Perlahankan api dapur.
  5. Taburkan garam / perasa pilihan secukupnya.
  6. Kacau sekali-sekala dan apabila kuah mendidih, padamkan api dapur.



Nangka Muda Masak Lemak Cili Padi dengan Liking ini sudah tentu berbaki. Encik Suami simpan di dalam peti sejuk. Keesokan harinya dipanaskan semula. Rasanya lebih sedap pula! Mungkin semua bahan perencahnya sudah mesra dan sebati.

9 ulasan:

  1. balik solat jumaat makan gulai masak lemak nangka muda td. tp sy beli d pasar tani je. nanti jika ada nangka d pasar sy akan beli n masak sendiri...

    BalasPadam
  2. Nangka muda masak lemak memang ngam..

    BalasPadam
  3. Nangka muda nyumm... memang kesukaan saya. tapi Ikan Liking tu tak pernah pula dengar namanya di sini

    BalasPadam
  4. Lagi diulang panaskan lagi terasa sedapnya kan...cikgu

    BalasPadam
  5. Untunglah kak Amie jelaskan di post sebelumnya apa itu ikan liking. Ternyata ikan asin yaa. Saya pun sukaaa ini kak. Memang lah di goreng saja, atau tumis dengan aneka cabe iris, itupun sedaaap. 🤤

    Pakai sambal belacan makin cepet nasi berkurang hahahah.

    Tapi resep Kaka ini juga sedaap kliatannya 🤤

    BalasPadam
  6. Aduhhhh... sy tak bolehlah tengok lauk kuning² ni, terus terliur.

    BalasPadam
  7. Sedapnya ikan liking/talang tu dicampur dalam masak lemak cili api.
    Terangkat!

    BalasPadam
  8. Ikan Liking tu ikan talang rupanya..kat rumah SA nangka muda memang x jalan..semua angin kalau makan

    BalasPadam