Pages

Jumaat, 6 Oktober 2023

Kepala Ikan Lausu @ Landok Masak Kari, Isi Goreng Berempah

Bismnillahirrahmanirrahim.
Senangnya hati sebab sudah siap masak. Setengah jam lagi Encik Suami dan Firdaus akan sampai ke rumah. Bolehlah terus makan bersama.

Di bawah tudung saji sudah terhidang lauk Kepala Ikan Lausu @ Landok Masak kari dan dua keping isi ikan Amie goreng berempah, lauk kegemaran Firdaus. Ikan lausu @ ikan landok ialah sejenis ikan dari keluarga kutambak. Muncungnya agak panjang dan tajam, sisiknya pula lebih keras berbanding sisik ikan lain. Selain nama landok, ikan ini dikenali juga dengan nama pelanduk dan ikan luping.



Resipi Kepala Ikan Lausu @ Landok Masak Kari (Tanpa Santan)
Bahan-bahan:

  • 2 keping bahagian kepala ikan lausu @ landok - cuci bersih - toskan
  • 3 batang kacang panjang - potong sepanjang 5 cm
  • 7 biji tomato ceri - belah tak putus
  • 1 pelepah daun kari - lurutkan
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 sudu kecil biji sawi
  • 6 sudu besar serbuk kari ikan 888
  • 4 cawan air
  • garam / gula / perasa pilihan
  • 3/4 cawan minyak
  • 1 biji limau nipis - ambil jusnya
Bahan hiris halus:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 2 cm halia
Cara memasak:
  1. Kacang panjang digoreng hingga layu. Angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan 3/4 cawan minyak gorengan kacang panjang di dalam kuali. Tumis bahan hiris halus, serai, halba campur, daun kari dan biji sawi.
  3. Setelah bahan tumis layu dan terbit aroma, masukkan serbuk kari. Perlahankan api dapur.
  4. Untuk menghalang tumisan terlalu kering, masukkan satu cawan air. Masak sehingga terbit minyak.
  5. Masukkan 3 cawan air lagi dan biarkan kuah mendidih dan terbit minyak sekali lagi.
  6. Seterusnya masukkan kepala ikan lausu @ landok.
  7. Biarkan seketika sehingga kepala ikan lausu @ landok masak
  8. Masukkan tomato ceri, dan perasakan dengan gula / garam / perasa pilihan.
  9. Tuangkan jus limau nipis.
  10. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
  11. Hidangkan panas dan masukkan kacang panjang goreng.


Ikan Lausu @ Landok Goreng Berempah

Terima kasih sudi singgah dapur Amie.
Jemput makan!

6 ulasan:

  1. Melihat fotonya saja perut jadi lapar. Apalagi kalau terhidang di depan mata. Emaaak... Sedapnya.

    BalasPadam
  2. Seronokdatabg dapur Kak Amie, jumpa macam² jenis ikan :D

    BalasPadam
  3. Adui tengok masakan kakak terus saya rasa lapar

    BalasPadam
  4. Kalau singgah sini..perut kenyang pun jadi lapar

    BalasPadam
  5. Nak cobaaa yg digoreng atau kari 😍😍😍😍. Haissssh tiap liat masakan kak Amie, langsung lah selera makan naik ini 😂

    BalasPadam
  6. Macam² nama ikan sy tahu bila singgah ke blog orang LD ni, susah jugak nak menghafalnya.

    BalasPadam