Bismillahirrahmanirrahim.
Pak Herman memang sangat pakar sebagai pemandu pelancong di Padang dan Bukit Tinggi kerana di situlah tempat lahirnya. Bagaimana pun kami meminta jasa baik Pak Herman untuk membawa kami ke Jambi. Jambi dan Palembang bukanlah wilayah takluk Pak Herman dalam hal ehwal tugasnya. Kebetulan pula, Pak Rajaab memang mengetahui selok-belok jalan ke Jambi, jadi Pak Herman meminta Pak Rajab menjadi pemandu van sepanjang perjalanan kami dari Padang sampailah ke Jakarta.
Lama jugalah perjalanan dari Tanjuang Alam merentas ke Jambi. Semalaman berada di van, dan sebelah paginya sambung perjalanan sehingga sampai ke tempat penginapan di STeZe Cost II Jambi yang terletak di Jl. Nusa Indah I, Rw. Sari, Kec. Kota Baru, Kota Jambi, Jambi 36361, Indonesia. Sebelum itu Pak Herman dan Pak Rajaab memberitahu kami bahawa perjalanan memakan masa di antara 12 hingga 15 jam. Ketika daftar masuk jam menunjukkan pukul 10 pagi. Pak Herman dan Pak Rajaan tidak tidur sepanjang malam kerana kami terdengar Pak Herman berbual-bual dengan Pak Rajaab. Barangkali menemaninya supaya Pak Rajaab tidak tertidur.
Amie tidak sempat ambil gambar tempat penginapan kerana terlalu letih dan hendak cepat-cepat membersihkan diri serta meluruskan pinggang. Jadinya, dalam tempoh tiga jam sahaja kami berada di tempat tersebut. Biarlah Pak Herman dan Pak Rajaab berehat, kembalikan tenaga untuk perjalanan seterusnya. Kami ini, boleh saja tidur dan berehat di dalam van sewaktu Pak Rajaab memandu.
Menjelang pukul 2:30 petang kami sudah daftar keluar dari SteZe Cost II Jambi dan kini berada di Jl. Multatuli No.58, Mayang Mangurai, Kec. Kota Baru, Kota Jambi, Jambi 36129, Indonesia.
Pada mulanya Pak Herman bertanya menu yang ingin kami jamah, tetapi kami serahkan kepada beliau untuk membuat pilihan kerana kami pun tidak tahu makanan apa yang istimewa di Jambi. Sudahnya Pak Herman mengarahkan Pak Rajaab berhenti di Rumah Makan Simpang Alay Masakan Padang.
Memang setiap hari kami makan tengah hari dijamu dengan Nasi Padang tetapi dari satu rumah makan ke satu rumah makan kami akan menikmati lauk-oauk yang berbeza. Pak Herman sudah menentukan lauk-pauknya dan apa yang terhidang di hadapan kami, menurut Pak Herman hendaklah dihabiskan!
Perjalanan yang memakan masa panjang menyebabkan kami perlu mengambil waktu untuk berehat seketika, dan walaupun terlewat makan tengah hari namun rasa lega setelah kembali bertenaga.
Menunggu hidangan disajikan untuk santapan tengah hari.
Di Rumah Makan Simpang Alay Masakan Padang, nasi dihidangkan dalam pinggan bersama ulam timun dan pucuk ubi kayu rebus.
Sambal hijau adalah menu wajib di rumah makan Padang. |
Ada ayam goreng dan ayam panggang. |
Rasanya hidangan nasi dengan ulaman, sambal hijau dan ayam sudah mencukupi. |
Tetapi Pak Herman menambah lauk sambal tempe. |
Dan tidak ketinggalan Pangek Cubadak. |
Bismillah. |
Ketika menulis entri ini barulah terfikir, sepatutnya kami meminta masakan khas Jambi! Sekarang bukan berada di Padang atau Bukit Tinggi. Barangkali jodoh kami masih panjang dengan Jambi, jadi lain kali kalau datang ke Jambi kami ingin mencicipi beberapa jenis masakan di sana seperti:
- Gulai Tepek Ikan
- Nasi Gemuk
- Gulai Talang - bukan ikan talang tapi ayam atau itik / bebek
- Rendang Cempedak
- Sate Ikan
- Soto Semurup
- Sate Tempe Rangkayo Hitam
- dan lain-lain
Meriah pilihan lauknya.. Seram Sha tengok sambal hijau dia tu.. kikiki..
BalasPadamsemuanya nampak menyelerakan. Tengok nasi dengan pucuk ubi dan timun pun namopak sedap. aduuuu....lapar terusss
BalasPadamSukanya lauk-lauk padang.
BalasPadamKalau kat Malaysia,nasi padang boleh tahan harganya..
Sambal ijo depa memang sedap kan
Beruntungnya kak Amie, saya sendiri belum pernah ke Jambi 😂😂. Padahal sekarang ini sudah ada tol langsung dari Jakarta sampai Palembang. Jadi tak butuh waktu lama lagi. Kalo dulu sebelum ada tol jakarta Medan bisa 4 - 5 hari naik mobil 🤣. Skr dah cepat lah.
BalasPadamNanti nak paksa suami utk keliling sumatera by car lah 😄
Oh, lauknya telah dipilih siap ya. Macam tu, betullah, kena habiskan nanti rugi, hihi.
BalasPadamJauh juga perjalanan sehingga 15 jam tu.
BalasPadamWalau tidur dalam van agak letih juga .Dapat berehat seketika di hotel pasti sangat melegakan.
authentic nasi padang...lauk-pauk nampak sedap semuanya...rendang cempedak..first time dgr..
BalasPadam