Bismillahirrahmanirrahim.
Seawal pukul 3:30 pagi kami sudah bersedia keluar dari surau untuk bergerak ke balai berlepas. Kemi dan Liza tiba pada pukul 4:30 pagi. Kami bersama-sama pasang tag di beg masing-masing dan kemudian self drop bagasi.
Penerbangan kami dengan AirAsia AK403 dijadualkan pada pukul 7:45 pagi dari KLIA2 dan tiba di Minangkabau International Airport pada pukul 7:55 pagi. Penerbangan hanya memakan masa selama 10 minit sahaja? Waktu di Indonesia lewat satu jam berbanding waktu di negara kita. Jadinya, kami terbang menongkah arus waktu!
Jom ke tanah seberang dengan melintasi Selat Melaka |
Tak jauh pun tempat yang diituju. Hanya menyeberangi Selat Melaka sahaja. Selat Melaka merupakan kawasan perairan sempit yang memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Pulau Sumatera di Indonesia. Panjangnya sekitar 930 km dan menjadi laluan perhubungan utama antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Selat Melaka adalah laluan perkapalan yang terpenting di dunia, sama pentingnya dengan Terusan Suez dan Terusan Panama.
Semua muka baru bangun tidur. Apa pun sempat jugalah lelapkan mata di surau walaupun hanya seketika. |
Menunggu kedatangan Kemi dan Liza dari Melaka. |
Teman Kaki Jalan |
Ketika menunggu Kemi dan Liza sampai, tiba-tiba mata terpandang seseorang! Hei.... Dayah rupanya! Dayah (jaket merah jambu) yang datang dari Ipoh ini teman kaki jalan sebelum wabak Covid-19 melanda dunia. Rupanya pada hari yang sama kami hendak terbang ke Pulau Sumatera, Dayah pula hendak melancong ke Brunei.
Kami menunaikan solat subuh tepat pada waktunya sebelum dipanggil masuk ke dalam perut pesawat. Apabila duduk di kerusi, masing-masing menyambung tidur! Amie sempat ambil gambar makanan dalam katalog, dan kemudian masuk ke alam mimpi!
Antara menu yang nampak menyelerakan!
Kami lebih mengutamakan tidur berbanding melayan selera!
Kami lebih mengutamakan tidur berbanding melayan selera!
Tidak lama kemudian, terdengar pengumuman pesawat akan mendarat di lapangan terbang. Apabila kita buka mata, terpandanglah awan-gemawan bergantungan dengan pelbagai rupa bentuk yang menakjubkan. terasa hangatnya sinar matahari menerusi tingkap kecil pesawat di sebelah sisi.
Pesawat AK403 sudah menghampiri bandar udara. |
Selamat Datang ke Bandara Internasional Minangkabau. |
Sembilan pariwisata selamat menjejakkan kaki di bumi Sumatera Barat. |
Selamat melencong ke luar negara.
BalasPadamMula2 pelik juga 10 minit dah sampai
Seronoknya melancong...
BalasPadamSyoknya ke sana! Enjoy! Semoga Selamat semuanya ye...
BalasPadamBoleh pulak terjumpa kawan dari Ipoh tu ya. Memang sah masing-masing kaki jalan, terjumpa pun di airport 😁
BalasPadamCantik bandara dengan bumbung Minangkabau.
cepat kak cerita pengalaman berjalan kat sana
BalasPadamMemula ingat kak amie typo… kiranya waktu malaysia 8.55 pagilah ye.
BalasPadamSebenarnya waktu semenanjung diawalkan supaya seragam dgn Sabah Sarawakkan? Ammi ada terbaca dulu
Tak sabar nak tau cerita seterusnya.
BalasPadamBoleh pulak terserempan dengan geng kaki jalan ye. Indahnya tengok permandangan dari tingkap pesawat. Alhamdulillah selamat sampai dan mesti tak sabar nak jalan jalan.
BalasPadamTak sabaaaar mau baca cerita jalan2 kan Amie ke sumatera barat ❤️❤️. Saya dah lamaaa trakhir kesana, itu pun hanya Padang dan Bukittinggi. Saya suka kotanya, Krn kuliner Padang sesuai dengan lidah saya 😄
BalasPadamselamat datang ke Ranah Minang ;-)
BalasPadamWah menjejak tanah minang ye Kak Amie..seronoknya, SA belum pernah sampai..masih ada dalam wishlist..nanti ajak suami la..
BalasPadamseronok berwisata bersama kawan2...JJCM paling best...hihi..
BalasPadam