Bismillahirrahmanirrahim.
Ketika MYAirLine mendarat di landasan, berat sangatlah hendak buka mata dan meninggalkan tempat tidur! Setelah mengambil beg, rasanya hendak terus lepak di surau dan sambung tiidur. Tapi kawan-kawan hendak mengopi dulu. Food Archade sudah tutup. Jadi kami menuju ke Hometown Hainan Coffee saja.
Sebaik sahaja duduk di kerusi, waktu tepat menunjukkan angka 12:00 tengah malam. Eh, seperti hendak mengulang kenangan bersama keluarga pada Disember 2022 di sini: MAKAN LEWAT MALAM DI HOMETOWN HAINAN COFFEE KLIA2
Kami terpisah dua meja. Sue, Gee dan Hajah di meja sebelah dalam, dan Amie, Nano, Kam dan Jusna di meja yang terletak arah ke luar sedikit.
Apabila sudah lewat malam, lapar pula perut!
Hendak minum kopi?
Aduhai, rasanya tak sanggup berjaga hingga ke pagi. Mesti hendak rehatkan diri juga.
Ada dua orang lagi rakan kembara kami yang kami tunggu iaitu Kemi dan Liza. Mereka berdua dari Melaka dan dijangka tiba di KLIA2 pada pukul empat pagi.
Hendak minum kopi?
Aduhai, rasanya tak sanggup berjaga hingga ke pagi. Mesti hendak rehatkan diri juga.
Ada dua orang lagi rakan kembara kami yang kami tunggu iaitu Kemi dan Liza. Mereka berdua dari Melaka dan dijangka tiba di KLIA2 pada pukul empat pagi.
Marilah lihat-lihat menu yang kebanyakannya begitu menggoda untuk dijadikan alas perut yang lapar di tengah malam! Terasa pula seperti hendak bersahur.
Setelah membelek-belek menu, akhirnya kami memilih makanan berikut:
Nano: Hainan Chicken Rice (Poached Chicken) |
Kam: Hainan Chicken Rice (Poached Chicken) |
Jusna: Hainan Mee |
Amie: Fried Koay Teow |
Amie: Watermelon Juice |
'bermalam' di airport mmg wajib makan tengah malam tu kak hehehe.. wah sonok berjalan-jalan dengan kengkawan kan.. hepi holiday kak mie
BalasPadamSedap nya semua makanan tu. Haaa ya mana kopinya hehe..
BalasPadamFood plating sama lah dengan menu.
BalasPadamTu bukan ngopi2 tapi mentong 😃
Sedap semua kak hidangannya,cantik juga penyajiannya...
BalasPadamDi mana kopinya??
BalasPadamTapi, makanan semua nampak menyelerakan dan cantik persembahannya walaupun dah lewat malam.
Air tembikai tu tanpa ais?
BalasPadamNikmatnya makanan adalah ketika perut sedang lapar.Apa lagi semua makanan memang sedap
BalasPadamMenyelerakan..
BalasPadamsedapnya dh mkn tentu hlg bgantuknya
BalasPadamTempat favorit saya kalo tiba tengah malam di KLIA dan masih menunggu flight lanjutan 😄😄👍. Suka sangaaat makan di hometown ini kak Amie. Soalnya tak banyak resto yg masih buka saat tengah malam kan. Makanya saya lebih suka menunggu sambil makan dan ngopi di situ 👍
BalasPadamkalau saya agaknya bercawan2 kopi diminum menahan ngantuk. Sekarang dah tak boleh berjaga malam macam dulu.
BalasPadamKalau pekena kopi lagi tu mahu tak tidur nanti kak Amie. Tapi kadang kalau dah penat, minum kopi pun boleh lelap juga. hihi…Menu menu pilihan sedap membuka selera.
BalasPadamTeringat SA penerbangan ke Guangzhou, memang SA tido di airport..flight pukul 5am kan...aik..xde plak yang pekena kopi ye kak amie
BalasPadam