Pages

Khamis, 7 September 2023

Kari Kepala Ikan Jenahak ( Tanpa Santan ) dengan Mangga Muda

Bismillahirrahmanirrahim.
Jumpa lagi di dapur yang sudah agak lama tidak berasap.
Jom kita masak Kari Kepala Ikan Jenahak (Tanpa Santan) dengan Mangga Muda. Dah siap masak, sementara menunggu Encik Suami dan Firdaus sampai ke rumah dari sekolah agama, bolehlah ngadap Mr. Lappy untuk tulis entri.

Kari Kepala Ikan Jenahak (Tanpa Santan) dengan Mangga Muda


Resipi Kari Kepala Ikan Jenahak (Tanpa Santan) dengan Mangga Muda
Bahan-bahan:

  • 1 bahagian kepala ikan jenahak seberat 700 gram - belah dua  - cuci bersih - toskan
  • 2 biji mangga muda - belah 4
  • 1 pelepah daun kari - lurutkan
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 sudu kecil biji sawi
  • 6 sudu besar serbuk kari ikan 888
  • 1 tangkai cili hijau - potong 2
  • 1 tangkai cili merah - potong 2
  • 4 cawan air
  • garam / gula / perasa pilihan
  • 3/4 cawan minyak
  • 1 biji limau nipis - ambil jusnya
Bahan hiris halus:

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 2 cm halia

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bahan hiris halus, serai, halba campur, daun kari dan biji sawi.
  3. Setelah bahan tumis layu dan terbit aroma, masukkan serbuk kari. Perlahankan api dapur.
  4. Untuk menghalang tumisan terlalu kering, masukkan satu cawan air. Masak sehingga terbit minyak.
  5. Masukkan 3 cawan air lagi dan biarkan kuah mendidih dan terbit minyak sekali lagi.
  6. Seterusnya masukkan mangga muda dan kepala ikan jenahak.
  7. Biarkan seketika sehingga kepala ikan jenahak masak, dan mangga muda keluarkan rasa masamnya.
  8. Masukkan cili merah dan cili hijau.
  9. Perasakan dengan gula / garam / perasa pilihan.
  10. Jika kurang rasa masam mangga muda, bolehlah tuangkan jus limau nipis untuk sempurnakan rasanya.
  11. Kacau sekali dua dan kemudian padamkan api dapur.

Kari Kepala Ikan Jenahak (Tanpa Santan) dengan Mangga Muda


12 ulasan:

  1. Kari ikan letak mangga muda, harus sedap rasanya ada masam-masam.

    Saya belum pernah makan atau masak gini.

    BalasPadam
  2. Saat di Penang kemarin, saya makan di restoran Melayu . Dan staff nya merekomendasikan Claypot kari ikan jenahak, persis seperti yg kak Amie buat itu.

    Rasanya juga sedaaaap sangat. Pedas, segar, asam dikiiit. Saya sukaa ❤️👍. Nak simpan dulu resepnya, tapi ntahlah kapan coba. Kalo buat gulai dengan lauk ikan , saya masih belum pandai 😅

    BalasPadam
  3. Kari tanpa santan pastinya sedap menghirup kuahnya yang masam-masam tu...terliur

    BalasPadam
  4. Saya penyuka kepala ikan,biasanya di buat gulai atau pindang asam pedas, tapi kalau masak kari belom pernah coba, masakan kepala ikan pasti enak di masak apapun ya kak

    BalasPadam
  5. Sedapnyaaa..nak cari kari kepala ikan la..Tetiba..

    BalasPadam
  6. Dah guna mangga dah tak perlulah letak air asam jawa ek…dah lama juga tak berkari ikan dapur ammi ni

    BalasPadam
  7. Kita baca pun dah kecur air liur. Masak tanpa santan sihat dan kurang kolesterol.

    BalasPadam

  8. Belum pernah lagi merasa masakan kari tanpa santan dengan mangga. Biasa mak mentua suka masak lemak cili api letak mangga. Sedap juga letak mangga. Boleh makan sekali kan.

    BalasPadam
  9. Mangga dalam kari SA x pernah jumpa..menarik ni..biasa kami masak lemak cili api campur mangga, bacang, pauh ke...lagi masam lagi sedap

    BalasPadam