Pages

Isnin, 4 September 2023

Kembara Borneo Dirgahayu Tuanku 03-11 September 2023

Bismillahirrahmanirrahim
Encik Suami kata hari ini Lahad Datu seperti suasana perang! Sewaktu kita pulang dari sekolah, sepanjang jalan laluan Kembara Borneo Dirgahayu Tuanku penuh dengan rakyat jelata yang terdiri daripada orang awam dan murid-murid sekolah! Allahu Akbar! Berjam-jam lamanya mereka berdiri di tepi jalan di bawah terik matahari dengan kibaran bendera di tangan menanti kedatangan baginda yang belum kunjung tiba. Dengar ceritanya sepanjang jalan dari Lapangan Terbang Tawau sehingga ke bandar Tawau sahaja terpaksa mengambil masa selama enam jam kerana baginda menyantuni rakyat yang menunggu di sepanjang kaan! Padahal kebiasaannya pemanduan hanya setengah jam sahaja!


Dirgahayu Tuanku.
Merafak sembah dan ucapan selamat datang ke Sabah Negeri Dibawah Bayu.
Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sempena Program Kembara Kenali Borneo 03 September hingga 13 September 2023. Titik 0 KM Tawau menjadi permulaan kembara, dari Sabah - Brunei - Sarawak melalui jalan Darat Lebuhraya Pan-Borneo.



Kita tak sangka sambutan yang diberikan oleh rakyat jelata di Sabah Negeri di Bawah Bayu begitu meriah sekali! Persiapan untuk menyambut kedatangan baginda tidak mengira waktu, siang dan malam, panas dan hujan! Tak dapat digambarkan bagaimana, tapi kita setuju Encik Suami kata seperti berada di medan peperangan! 

Ampun Tuanku beribu ampun.
Sembah patik harap diampun.

9 ulasan:

  1. Teringat masa sekolah rendah dulu, kami juga pernah berbaris di bawah terik matahari tunggu Sultan lalu. masa tu tak kira panas ke hujan, tahu seronok je nak tengok kelibat orang besar :D

    BalasPadam
  2. Sebut medan perang tu rasa takut pulak kita.. hihi.

    BalasPadam
  3. Pasti rakyat jelata menanti-nanti kedatangan YDPA & RPA.

    BalasPadam
  4. Adah kata sempat berselisih dengan rombongan tuanku🤭

    BalasPadam
  5. Cintanya rakyat terhadap pemimpin mereka ya kak Amie ❤️. Bisa saya bayangkan ramainya saat itu. Bukti kalau Baginda pemimpin yang adil dan mencintai rakyatnya. Karena tu mereka rela menunggu hingga rombongan Baginda dan permaisuri tiba ❤️

    BalasPadam
  6. Ramai yang nak bersalam dan merakam kenangan dengan Tuanku Raja dan Permaisuri Agong 🥰

    BalasPadam
  7. Luar biasa sambutannya kan.Haruslah jem sana sini. Tengok di media sosial pun meriah. Bermacam ragam. Tuanku Raja dan Permaisuri Agong disayangi rakyat.

    BalasPadam
  8. Raja dan Permaisuri berjiwa rakyat...suka sangat tengok..

    BalasPadam