Pages

Jumaat, 29 September 2023

Kiniko Coffee - Pabrik Kopi Tradisional di Tabek Patah Tanah Datar

Bismillahirrahmanirrahim.
Petang yang redup itu kami singgah di sebuah kilang pembuatan kopi tradisional, iaitu Kiniko Coffee yang terletak di Jl. Raya Batusangkar, Tabek Patah, Kec. Salimpaung, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat 27262, Indonesia.


Matahari sudah tidak kelihatan. Barangkali disebabkan mendung. Awan pun tidak secerah sebelumnya dan langit hilang warna birunya.


Bergambar di hadapan pusat jualan kopi sementara menunggu rakan-rakan yang lain ke tandas yang terletak di seberang jalan (gambar bawah).



Inilah Parbrik Kopi Tradisional tetapi ketika kami sampai, kilang ini tidak beroperasi. Mungkin hari tersebut hari Ahad, jadi pekerja bercuti. Bagaimanapun kami dibenarkan masuk untuk melihat keadaan di dalam kilang tersebut.

Semua peralatan memproses kopi di kilang ini memang benar-benar tradisional. 



Tempat pembakaran kopi.








Sedang ambil gambar di dalam kilang tiba-tiba tidak kedengaran suara kawan-kawan. Rupanya mereka sudah beredar menuju ke kedai kopi berhadapan dengan kilang.

Kedai Kopi - Kiniko Coffee



Kedai kopi di sini kelihatan menarik dengan susunan kerusi dan meja yang terbuat dari kayu dan dikelilingi pemandangan alam nan menghijau. 

Kopi Daun Kawa

Kawa Daun adalah daun kopi tempatan yang dikeringkan dan disangai  lebih kurang 12 jam. Daun kopi yang kering ini  ditambah air dan dimasak sehingga mendidih.


Kopi Daun Kawa boleh dinikmati dengan menuangkan ke dalam cawan atau tempurung kelapa. Untuk rasa manis, tambahkan sedikit gula dan kacau gunakan kulit kayu manis untuk aroma yang lebih wangi.

Tempurung Kelapa

Kopi Daun Kawa

Ada pilihan kopi serbuk serta gula pasir jika tidak mahu minum Kopi Daun Kawa.

Selamat menikmati Kopi Daun Kawa!



Tak ingat apa nama manisan yang kami makan ini.




Selepas menikmati Kopi Daun Kawa, kami bergambar di taman berhadapan kedai kopi.




Kemudian kami masuk semula ke kedai kopi dan sempat mengambil gambar peralatan dan cara menyediakan Kopi Kawa Daun.


Manfaat Pohon Kopi:
  • Bubuk Kopi - diproses menjadi kerajinan batik.
  • Biji Kopi - diproses menjadi bubuk kopi.
  • Daun Kopi - diproses menjadi minuman yang biasa disebut kawa daun. Kawa daun dapat mengubati penyakit seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan penyakit jantung.

Biji kopi yang disangan @ disangrai.



Peralatan untuk mengopi.


Kopi Kawa Daun


Produk kopi di Kiniko Coffee.


Oleh-oleh Kopi Kawa Daun sudah tentu cukup istimewa untuk dibawa pulang!

Jangan lupa beli seberkas dua kulit kayu manis untuk dijadikan 'sudu' membancuh Kopi Kawa Daun.


5 ulasan:

  1. Hantu kopi tentu suka jika dapat ke mari memborong kopi.

    BalasPadam
  2. Seakan terhidu aroma kopi yang segar

    BalasPadam
  3. Kopi pasti lebih beraroma bila dikacau dengan kulit kayu manis.

    BalasPadam
  4. Memang harus saya catat nama dan kontak driver yg bawa kakak kesana nih. Bagus2 tempat yg dia tuju 👍. Saya justru baru banyak tahu tempat ini setelah baca tulisan kak amie

    Memang tradisional sangat cara mengolah kopinya yaa. Baru kali ini saya liat peralatan yg lama macam ni.

    Manisan yg Kaka lupa namanya, itu tadi saya kira pisang sale. Bukan ya ternyata?

    BalasPadam
  5. sedapnya kopi fresh from kilang...menarik proses buat air kopi daun kawa - buh dlm tempurung & kacau guna kayu manis...

    BalasPadam