Pages

Sabtu, 5 Ogos 2023

Ikan Panggang Sambal Mangga

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini luangkan sedikit masa menyediakan hidangan tengah hari. Encik Suami minta panggangkan ikan layar. Apabila ada permintaan begini, senanglah kita nak siapkan masakan. Selongkar peti sejuk mencari bahan lauk yang lain terutamanya sayur. Jumpa labu manis dan kacang panjang serta sebiji mangga air. Bolehlah dijadikan teman ikan layar panggang, sambal mangga dan makan nasi dengan sayur labu manis masak lemak. Ada dua biji terung terselit di celah tangkai kemangi. Eloklah goreng celup tepung BESTARI buat tambah-tambah menu. Terpandang telur masin yang tak dimakan. Nanti waktu nasi hendak kering, bolehlah masukkan ke dalam rice cooker untuk panaskan semula.

Ikan Layar Panggang, Sambal Mangga & Sayur Labu Manis Masak Lemak

Terung Goreng SaLut Tepung BESTARI, Kicap Lada & Sambal Mangga





Warna Ikan Layar Panggang ini berbeza. Bahagian sebelah agak garing sebab terlebih panggang. Sebelah lagi sedang-sedang saja. Saja jew bubuh warna yang berbeza atas pinggan. 

Panggang ikan layar atas kuali leper saja.

Hidangan Makan Tengah Hari 

Sayur Labu Manis Masak Lemak dengan Udang.


Sayur lemak ini tawar tak bubuh cili padi. Letak saja sebiji-sebiji. Kalau hendak rasa pedas, waktu makan boleh patahkan. Selain labu manis dan udang, sayur lemak ini ditambah kacang panjang dan suhun supaya nampak lebih meriah. Guna santan kotak saja. Jadi kuah pun nampak tenang tak beralun atau pecah santan.


Banyak juga Firdaus ambil Terung Goreng Salut Tepung BESTARI. Rupa-rupanya dia hanya makan tepungnya! Berlonggoklah terung togel atas pinggannya!


Sambal Kicap @ Kicap Lada.


Sambal Mangga

Kita belanja resipi Sambal Mangga di bawah ini. Kita tidak bubuh belacan.

Bahan-bahan:
  • 1 biji mangga muda saiz besar - cincang
  • 10 tangkai cili padi
  • 3 biji bawang merah
  • 3 biji limau kasturi - ambil jusnya
  • garam / gula / perasa pilihan
Cara:
  1. Tumbuk cili padi bersama bawang merah hingga lumat.
  2. Dalam sebuah bekas, masukkan mangga muda cincang dan bahan tumbuk.
  3. Taburkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
  4. Tuangkan jus limau kasturi.
  5. Gaul rata.
  6. Sediakan untuk dihidang.
Minggu lepas kami beli mangga air tapi bercampur tua dan muda. Amie simpan dalam peti sejuk beberapa biji mangga air yang bersaiz besar. Hari ini Amie buat sambal mangga gunakan sebiji mangga muda yang terakhir dalam simpanan!

Ikan Layar Panggang


Jumpa lagi!

7 ulasan:

  1. Tak pernah kekeringan idea Kak Amie ni 👍
    Diam² sy ambil inspirasi tau 🤗

    BalasPadam
  2. Menu hidangan dapur Kak Amie setiap hari menyelerakan. Olahan menu yang membangkit selera. Kesian terung ditogelkan Firdaus. hehehe...

    BalasPadam
  3. Masya Allah...
    dapat menu macam ni...memang bocor periuk ni

    BalasPadam
  4. Ikan nya dan sambal kecap dah jadi pasangan sempurna kak Amie 🤤🤤😍. Duuuh saya jadi ingat ikan goreng Mak Beng di Bali yang sangat terkenal. Macam itulah penampakannya 😄👍😍

    Kapan2 saya nak bikin sambal mangga pakai resep kak amie

    BalasPadam
  5. Nampak sedap2nyer
    Selamat mengechef dan menjamu selera

    BalasPadam
  6. Matching semua yang dihidangkan, kalau lauk macam ni, boleh menambah² nasi.

    BalasPadam